Pengiran Anak Sarah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pengiran Anak Sarah
Pengiran Anak Isteri
Pengiran Anak Sarah semasa memakai pakaian seragam untuk kadet tentera pada tahun 2009
Pasangan Al-Muhtadee Billah
(Putera Mahkota Brunei)
Putera-puteri
Pengiran Muda Abdul Muntaqim
Pengiran Anak Muneerah Madhul
Ayahanda Pengiran Salleh Abdul Rahaman
Bonda Rinawaty Abdullah

Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah (Jawi: ڤڠيرن انق استري ڤڠيرن انق ساراه) (lahir 9 April 1987) merupakan isteri kepada Putera Mahkota Brunei Al-Muhtadee Billah. Sebagai anak perempuan daripada ahli keluarga diraja yang jauh, beliau telah dianggap sebagai orang biasa. Semasa menghadiri kursus pra-universiti pada usia 17 tahun, beliau telah berkahwin dengan Putera Mahkota. Beliau dan pasangannya telah dikurniakan dengan dua orang anak.

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan dengan nama Dayangku Sarah binti Pengiran Salleh dan bertempat di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan. Beliau merupakan anak ketiga dan satu-satunya anak perempuan bagi pasangan Pengiran Salleh Abdul Rahaman Pengiran Damit dan Rinawaty Abdullah (nama asal ialah Suzanne Aeby). Bapa beliau (lahir pada 1 Jun 1950) adalah ahli keluarga diraja yang jauh dan bekerja sebagai ketua pembantu makmal di Bahagian Perkhidmatan Air di Jabatan Kerja Raya. Ibunya (lahir 3 Mac 1954 di Fribourg, Switzerland) adalah seorang jururawat yang bekerja di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.[1]Ibu bapanya bertemu di United Kingdom pada 1970-an semasa sedang melanjutkan pelajaran.[2]

Pengiran Anak Sarah memasuki St. Andrew's School dari tahun 1993 hingga 1998. Kemudian, beliau menyambung pengajiannya di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, dah berjaya untuk lulus peringkat O-level pada tahun 2003. Al-Muhtadee Billah juga merupakan pelajar lepasan untuk kedua-dua sekolah tersebut. Beliau meneruskan pendidikan pra-universiti di kolej yang sama.

Perkahwinan dan Anak[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Mac 2004, ketika masih menuntut di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, beliau berkahwin dengan Al-Muhtadee Billah iaitu seorang Putera Mahkota yang berusia 30 tahun. Majlis perkahwinan yang bergemerlapan telah diadakan di Istana Nurul Iman. Majlis ini juga ditakrifkan sebagai "Asian wedding of the year" yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan termasuklah anggota keluarga diraja asing dan ketua-ketua kerajaan.[2][3] Selepas majlis bersanding, pasangan diraja ini telah dibawa dengan kereta open-topped Rolls-Royce yang diselaputi dengan emas dan berjalan di seluruh Bandar Seri Begawan, di mana mereka telah disambut oleh orang ramai di sepanjang jalan.

Pada 17 Mac 2007, beliau telah melahirkan anak pertama bersama pasangannya iaitu pewaris masa depan, Pengiran Muda Abdul Muntaqim, di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Kemudian, beliau bersama pasangannya meraikan kelahiran anak kedua, iaitu seorang perempuan yang bernama Pengiran Anak Muneerah Madhul pada 2 Januari 2011.

Puteri[sunting | sunting sumber]

Beliau mendaftar di Universiti Brunei Darussalam, di mana beliau telah lulus dengan Kepujian Kelas Pertama pada bulan Oktober 2010 serta menerima Ijazah Sarjana Muda (Sastera) dalam Dasar dan Pentadbiran Awam. Beliau juga adalah seorang ahli kadet tentera di universiti dan penjaring terbanyak dalam pasukan bola jaring di universiti tersebut. [4]

Gelaran[sunting | sunting sumber]

Gelaran penuh bagi beliau ialah: "Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman". Beliau dirujuk oleh media kerajaan dan penerbitan berbahasa Inggeris di negara Brunei Darussalam sebagai isteri kepada Putera Mahkota, bukannya Puteri Mahkota. Gelaran "Pengiran Anak Isteri" diberikan kepada isteri seseorang raja.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Her Royal Highness Crown Princess Sarah". BruneiResources.com. http://www.bruneiresources.com/papsarah.html. Capaian 2011-06-09. 
  2. 2.0 2.1 "Guests arrive for Brunei crown prince's wedding", China Daily, 2004-09-09. Dicapai pada 2004-09-09. 
  3. Kent, Jonathan. "Brunei's future king gets married", BBC News, 2004-09-09. Dicapai pada 2011-06-09. 
  4. Thien, Rachel; Ubaidullah Masli (2010-10-01). "Princess Sarah gets First Class Honours". The Brunei Times. http://www.bt.com.bn/news-national/2010/10/01/princess-sarah-gets-first-class-honours. Capaian 2011-02-13.