Pengucilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gambaran imaginasi yang menunjukkan Paus Gregory IX sedang melakukan pengucilan Maharaja Frederick II.

Pengucilan (bahasa Inggeris: excommunication) ialah celaan agama yang digunakan untuk menyisih atau menggantung seseorang atau kumpulan daripada menjadi ahli sesebuah komuniti agama. Perkataan ini secara literal bermaksud mengeluarkan seseorang daripada kumpulan agama. Dalam beberapa agama, pengucilan termasuk kutukan agama ke atas individu atau kumpulan. Celaan yang datang selepas pengucilan selalunya termasuk pengusiran, pemulauan, penyisihan dan tindakan memalukan individu atau kumpulan yang dikucil.


Kristian[sunting | sunting sumber]

Asas pengucilan ialah kutukan atau celaan (anathema). Rujukan kepadanya ditemui dalam Galatians 1:8, dan juga 1 Corinthians 16:22. Perkataan ini boleh diterjemah dalam pelbagai cara, Bible versi King James menyebutnya sebagai dilaknat.

Perjanjian Baru mengandungi sedikit contoh pengucilan. Jesus, dalam Matthew 18:17, mengajar bahawa mereka yang berterusan menyakiti orang lain hendaklah dilayan seperti "Gentile (bukan orang Yahudi) atau pemungut cukai". Dalam Warkah kepada Orang Rom 16:17, Paul menulis agar sesiapa yang menyebabkan perpecahan yang bertentangan dengan doktrin hendaklah dikenalpasti dan dielakkan. Dan dalam 1 Corinthians, Paul mengarahkan orang Corinthian untuk mengusir ahli mereka yang tidak bermoral.

Kutukan digunakan pada oleh gereja zaman awal sebagai satu pemulauan agama yang ekstrim lebih daripada pengucilan. Contoh catatan awal mengenainya dalam tahun 306 AD. Gereja Roman Katolik masih mengamalkan pengucilan, walaupun amat jarang dikenakan ke atas individu.