Penyakit kusta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
كوستا
Kusta
Leprosy
Pengelasan dan sumber luaran
Seorang lelaki berumur 24 tahun dari Norway, diserang penyakit Kusta pada tahun 1886.
ICD-10 A30.
ICD-9 030
OMIM 246300
P. Data Penyakit 8478
MedlinePlus 001347
eMedicine med/1281 derm/223 neuro/187
MeSH D007918
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Penyakit kusta atau juga dikenali sebagai penyakit Hansen juga Leprosy, merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan Mycobacterium leprae. Nama penyakit Hansen datang daripada orang yang menjumpai Mycobacterium leprae, G. A. Hansen. Pengidap penyakit Hansen biasanya dipanggil pesakit kusta atau dalam bahasa Inggeris lepers, walaupun penggunaan istilah lepers semakin ditinggalkan kerana jumlah pesakit yang berkurangan dan sebagai mengelak stigma buruk yang dikaitkan dengan pesakit kusta.

Permulaanya ia merupakan penyakit granuloma kepada saraf periferi dan membran mukosa yang berada di trek pernafasan atas; kudis kulit adalah tanda awal luaran.[1] Jika tidak dirawat atau dilengah-lengahkan rawatan, serangan kusta boleh jadi lebih progresif, menyebabkan kerosakan kekal pada kulit, saraf, otot dan mata. Berbanding cerita-cerita rakyat, kusta tidak menyebabkan seluruh bahagian badan jatuh, walaupun ia menyebabkan bahagian organ badan kebas atau menyebabkan penyakit dari jangkitan; perkara-perkara ini berlaku apabila sistem pertahanan tubuh semulajadi telah diserang oleh penyakit awal.[2][3] Jangkitan kedua, boleh menyebabkan kehilangan tisu organ, menyebabkan jari dan ibu jari menjadi lebih pendek dan terbantut, disebabkan kartilej disedut oleh badan.[2][3][4]

Pada tahun 1995, Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan diantara 2 hingga 3 juta orang telah mengalami masalah kecacatan kekal disebabkan kusta dalam satu-satu masa.[5] 20 tahun yang lepas, 15 juta orang seluruh dunia telah pulih dari jangkitan kusta.[6]

Kusta dahulunya tidak dapat diubati dan amat mencacatkan. Pesakit kusta akan disingkir dan diasingkan di penempatan kusta. Pada masa kini, kusta mudah dirawat dengan menggunakan terapi pelbagai antibiotik. Cabaran utama bagi usaha menghapuskan penyakit kusta adalah untuk sampai kepada penduduk yang masih belum menerima perkhidmatan terapi pelbagai dadah, memperbaiki pengesanan penyakit, dan membekalkan pesakit dengan perkhidmatan berkualiti tinggi dan dadah yang murah.

Selain manusia, haiwan lain yang diketahui mengidap kusta adalah armadilo.(baca: tenggiling eksotik)

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penyakit kusta telah dikenali sebagai masalah semenjak permulaan sejarah bertulis. Pesakit kusta sering tinggal dipinggir masyarakat, dan penyakit sering dipercayai disebabkan oleh sumpuhan tuhan (atau shaitan) atau hukuman.

Kitab Injil mengandungi banyak rujukan kepada "pesakit kusta", yang tidak semestinya berkaitan dengan penyakit Hansen. Perkataan ini telah digunakan bagi merangkumi pelbagai masalah kulit yang berlainan etiologi dan keparahan ( severity ).

Di bawah hukum Yahudi silam, rabai dikehendaki mampu mengenalpasti pesakit kusta. Kaum Yahudi menggunakan kuarantin untuk menghalang penyebarannya.

Minoriti seperti agote Navarrese sering dituduh sebagai pesakit kusta.

Ciri-ciri klinikal[sunting | sunting sumber]

Penyakit ini disebabkan oleh basilus yang membiak amat perlahan dan kebanyakkannya menjejaskan kulit, saraf, dan membran mukus. Organisma ini tidak pernah dibiakkan dalam media bakteriologi atau kultur sel, tetapu telah dibiakkan dalam tapak kaki tikus. Ia berkait dengan M. tuberculosis, basilus yang menyebabkan batuk kering.

Kaedah penularan kusta kekal tidak jelas. Kebanyakan penyiasat merasakan bahawa M. leprae disebarkan dari seseorang ke seseorang dalam titisan pernafasan. Apa yang diketahui adalah kadar penularan adalah amat perlahan.

Penyakit jangkitan kronik ini biasanya memberi kesan kepada kulit dan saraf pinggir tetapi mempunyai manifastasi klinikal yang luas. Pesakit dikelaskan sebagai mempunyai penyakit Kusta Pausibakilari atau Kusta Multibakilari. Penyakit Kusta Pausibakilari adalah serdahana dan bercirikan satu atau lebih makules kulit hipopigmen. Penyakit Kusta Multibakilari pula dikaitkan dengan lesion kulit sekata, nodule, lendir (plaques), kulit menebal, dan peningkatan lendir hidung menyebabkan hidung tersumbat dan epistaxis (hidung berdarah).

Insiden[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1999, Jumlah penyakit Hansen sedunia dianggarkan sebanyak 640,000; dan pada 2000, 738,284 kes telah dikenalpasti. Pada tahun 1999, 108 kes telah dicatatkan berlaku di Amerika Syarikat. Pada tahun 2000, Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyenaraikan sebanyak 91 negara di seluruh dunia sebagai endemik penyakit kusta, dengan India, Myanmar dan Nepal mencatatkan 70% dari keseluruhan kes tersebut. Pada tahun 2002, 763,917 kes baru telah dikesan di seluruh dunia termasuk Brazil, Madagascar, Mozambique, Tanzania dan Nepal yang menguasai 90% penyakit tersebut berdasarkan rekod WHO.

Seluruh dunia, 1-2 juta orang mengalami kecacatan kekal disebabkan kusta. Bagaimanapun, pesakit yang sedang menerima rawatan antibiotik atau selesai menerima rawatan dianggap bebas dari jangkitan aktif.

Penyakit kusta merupakan salah satu penyakit yang dijejak secara pasif oleh Pusat kawalan dan Penghalang Penyakit. Taburannya di Amerika Syarikat kekal rendah dan stabil. Terdapat pengurangan jumlah kes seluruh dunia, sungguhpun kes setempat dikawasan tertentu terus muncul di kawasan seperti Pasifik timur.

Rawatan[sunting | sunting sumber]

rawatan untuk Kusta multibacillary merangkumi rifampicin, dapsone, dan clofazimine yang diambil selama 12 bulan berturutan.[7] Dos tunggal terapi pelbagai dadah (MDT) untuk satu luka kust merangkumi rifampicin, ofloxacin, dan minocycline. Peralihan kepada strategi rawatan dos tunggal telah berjaya mengurangkan kadar penyakit di beberapa wilayah/kawasan di seluruh dunia. Hari Kusta Sedunia pula dianjurkan untuk menyemai kesedaran masayarkat kepada orang yang pernah menghidap kusta sebelum ini, dan sedang menghidap.

Kumpulan Berisiko[sunting | sunting sumber]

Mereka yang berhubung rapat dengan pesakit yang tidak penyakit kebanyakannya multibasilari aktif, tanpa rawatan, dan mereka yng tinggal di negara dengan penyakit kusta asal (endemik) berisiko mengidap kusta. Penyelidikan terkini menunjukkan variasi genetik menyumbang kepada kecenderungan penyakit ini. Kawasan DNA bertanggung jawab bagi variasi ini turut terbabit dengan penyakit Parkinson, menimbulkan jangkaan bahawa kedua penyakit ini berkait pada aras biokimia.

Perlindungan[sunting | sunting sumber]

Masih terdapat beberapa koloni kusta disekeliling dunia, di negara seperti India dan Filipina. Di Amerika Syarikat, pulau Molokai kecil di kepulauan Hawai mengandungi perlindungan kusta tertua negara itu.

Pada 2001, koloni dikendali kerajaan di Jepun diteliti oleh badan perhakiman, mendorong kepada keputusan bahawa kerajaan Jepun telah salah mengendali pesakit [1].

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Kenneth J. Ryan, C. George Ray, editors. (2004). Ryan KJ, Ray CG, pengarang. Sherris Medical Microbiology (edisi ke-4th). McGraw Hill. ms. 451–3. ISBN 0-8385-8529-9. OCLC 52358530 61405904. 
  2. 2.0 2.1 "Lifting the stigma of leprosy: a new vaccine offers hope against an ancient disease". Time 119 (19): 87. May 1982. PMID 10255067. 
  3. 3.0 3.1 Kulkarni GS (2008). Textbook of Orthopedics and Trauma (edisi ke-2). Jaypee Brothers Publishers. ms. 779. ISBN 81-8448-242-6, 9788184482423 Check |isbn= value (bantuan). 
  4. "Q and A about leprosy". American Leprosy Missions. Diperoleh pada 2011-01-22. "Do fingers and toes fall off when someone gets leprosy? No. The bacillus attacks nerve endings and destroys the body's ability to feel pain and injury. Without feeling pain, people injure themselves on fire, thorns, rocks, even hot coffee cups. Injuries become infected and result in tissue loss. Fingers and toes become shortened and deformed as the cartilage is absorbed into the body." 
  5. WHO (1995). "Leprosy disabilities: magnitude of the problem". Weekly Epidemiological Record 70 (38): 269–75. PMID 7577430. 
  6. Walsh F (2007-03-31). "The hidden suffering of India's lepers". BBC News. 
  7. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan WHOleprosyFAQ tidak disediakan