Penyerangan PBB, 1950

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penyerangan PBB, 1950
Sebahagian daripada Perang Korea
TarikhSeptember - Oktober, 1950
Lokasi
Keputusan Kemenangan Bangsa-Bangsa Bersatu
Pihak yang terlibat

 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

 Korea Utara
 Republik Rakyat China
Komandan dan pemimpin
Amerika Syarikat Douglas MacArthur Korea Utara Kim Il-sung

Penyerangan pertama Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semasa Perang Korea bermula pada 15 September 1950, dengan Kor X A.S., dibawah Mej. Jen. Edward M. Almond, membuat serangan amfibia di Inchon, 150 batu dari utara garisan depan. Di selatan, Tentera Darat Kelapan A.S., terdiri daripada tentera A.S., ROK, dan British, menyerangbalas pada keesokkan harinya. 1 Wing Udara Marin menyediakan sokongan udara bagi pendaratan di Incheon manakala Tentera Udara Kelima membantu Tentera Darat Kelapan. Pada September 16, sebagai sebahagian daripada kempen pengeboman strategik, FEAF mengebom Pyongyang, iaitu ibukota Korea Utara, dan Wonsan, sebuah pelabuhan pantai timur 80 batu dari utara paralel ke-38.

Marin A.S. yang ditempatkan di Kor X menawan Pangkalan Udara Kimpo berhampiran Seoul pada 17 September. Dua hari kemudian pengangkut kargo pertama FEAF mendarat disana, merasmikan angkutan udara 24 jam, membekalkan bahan bakar, dan anggota tentera. Pesawat C-54 membawa pulang askar yang tercedera ke hospital di Jepun, dan pesawat C-119 menggugurkan bekalan ke pasukan garisan depan. Cuaca buruk menghalang sokongan udara dekat Tentera Darat Kelapan, tetapi pada 26 September Divisyen 1 Kavalri A.S. mara dari Perimeter Pusan di utara Taegu dan dalam masa sehari maju ke arah utara untuk bergabung dengan askar Divisyen Ke-7 Infantri berhampiran Osan, 25 batu dari selatan Seoul. Alat kawalan udara, menggunakan taktik yang serupa dengan yang dibangunkan di Perancis semasa Perang Dunia II, mengiringi pasukan kemaraan kereta kebal, menyokong komander kereta kebal dengan pengintipan udara, dan memanggil misi sokongan udara dekat sekiranya diperlukan. Pada 26 September Jeneral Besar Douglas MacArthur mengisytiharkan penawanan semula Seoul, tetapi pertempuran jalanan masih berterusan selama beberapa hari.

Sepanjang bulan Ogos dan September 1950, sebelum penawanan semula Kimpo, semua unit udara FEAF terpaksa terbang dari pangkalan di Jepun. Satu-satunya pangkalan taktikal yang boleh digunakan di Korea adalah Taegu (K-2), yang mana FEAF gunakan sebagai tempat untuk mengisi minyak dan melengkapkan senjata pesawat taktikal. Pada September 28 pesawat pengebom pejuang kembali ke Taegu secara kekal. Sewaktu tentera AS menghalau tentera Korea Utara dari Korea Selatan, para jurutera udara membina semula lapangan terbang, bermula dengan Pohang, di pantai timur 50 batu dari timur laut Taegu. Unit-unit udara USAF kembali pada 7 Oktober ke Pohang dan ke lapangan terbang lain yang dibina semula di Kimpo, berhampiran Seoul, dan di Suwon, 20 batu dari selatan Seoul.

Pada September 27, Presiden Truman menyerahkan memorandum rahsia Majlis Keselamatan Negara, 81/1, kepada MacArthur yang mengingatkan beliau bahawa operasi di utara paralel ke-38 hanya dibenarkan jika “pada masa operasi itu tidak terdapat tentera Soviet atau Komunis China masuk ke Korea Utara, tiada pengumuman masuk, atau ancaman kepada operasi ketenteraan kita…” Pada 30 September, Setiausaha Pertahanan George Marshall menghantar mesej kepada MacArthur yang mengarahkan beliau “Kami ingin anda merasa lapang secara taktikal dan strategik untuk mara ke arah utara paralel ke-38.” [1]

Disokong oleh resolusi PBB, Presiden Harry S. Truman mengarahkan Ketua Turus Bersama A.S. untuk membenarkan pemburuan tentera Korea Utara yang sedang berundur, dan pada 9 Oktober Tentera Darat Kelapan menyeberangi paralel ke-38 berhampiran Kaesong. Tentera Amerika dan Korea Utara memasuki ibukota Korea Utara Pyongyang pada 19 Oktober. Pesawat-pesawat B-29 dan B-26 FEAF turus mengebom laluan pengangkutan darat dan sasaran tentera di Korea Utara, manakala pesawat B-26, F-51, dan F-80 menyediakan sokongan udara dekat kepada pasukan darat. FEAF juga dilengkapi pengintipan fotografi, angkutan udara, dan pemindahan medik udara. Sebagai contoh, pada 20 Oktober pengangkut askar tentera udara menghantar 2,860 askar paracut dan lebih kurang 301 tan kelengkapan dan bekalan digugurkan di zon Sukchon dan Sunchon, 30 batu dari timur laut Pyongyang. Askar airborne melangkaui pertahanan kuat yang didirikan oleh Korea Utara, dan diserang secara mengejut, tentera musuh meninggalkan posisi mereka untuk berundur jauh ke utara. Bruce Cumings berpendapat bahawa pengunduran pantas KPA adalah strategik, dengan askar mereka meresap kedalam kawasan pergunungan dari mana mereka dapat melancarkan serangan gerila ke atas tentera PBB yang bertaburan di pantai.[2] Sementara itu, di pantai timur Korea, tentera ROK menyeberangi paralel ke-38 pada 1 Oktober dan sepuluh hari kemudian menawan Wonsan. Pada 26 Otober tentera Korea Selatan menghampiri Sungai Yalu di Chosan, 120 batu dari utara Pyongyang. Tentera komunis menyerangbalas dalam masa dua hari di sepanjang barisan ROK berhampiran Chosan, memaksa askar Korea Selatan berundur. Republik Rakyat China memasuki konflik menentang Tentera Darat Kelapan A.S. di barat Korea, dan Kor X A.S. di timur. Pada ketika ini, peperangan di Korea mengambil watak yang berlainan sama sekali apabila arus berubah melawan pasukan PBB.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Weintraub, Stanley. MacArthur’s war: Korea and the Undoing of an American Hero, Simon & Schuster, ISBN 0-684-83419-7. p.157:158.
  2. ^ Cumings 1997, m/s. 278–281.