Perakaunan FIFO dan LIFO

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perakaunan
Konsep utama

Akauntan
Simpan kira-kira
Timbangan duga
Lejar am
Debit dan kredit
Kos barang dijual
Sistem catatan bergu
Amalan piawai
Asas tunai dan akruan
GAAP / IFRS

Penyata kewangan

Kunci kira-kira
Penyata Pendapatan
Penyata aliran tunai
Ekuiti pemilik
Untung tertahan

Pengauditan

Audit kewangan
GAAS
Audit dalaman
Akta Sarbanes-Oxley
Juruaudit Empat Besar

Bidang perakaunan

KosKewanganForensik
TabungPengurusanCukai


Perakaunan FIFO dan LIFO ialah sebuah kaedah yang digunakan dalam pengurusan inventori dan hal kewangan yang melibatkan jumlah wang yang perlu digunakan oleh syarikat dalam inventori barangan yang dihasilkan, bahan mentah, bahagian, komponen atau bahan fedstok. Ia digunakan untuk menguruskan andaian kos yang berkaitan dengan inventori, pembelian semula stok (jika dibeli pada harga yang berbeza), dan pelbagai tujuan perakaunan lain. Persamaan berikut berguna apabila menentukan kaedah pengekosan inventori:


FIFO[sunting | sunting sumber]

Kotak mi segera di atas rak pasar raya, dengan perkataan "Pertama masuk, pertama keluar / Kekalkan Kesegaran" tertulis padanya

"FIFO" bermaksud Pertama masuk, pertama keluar (first-in,first-out), bermakna item inventori yang tertua direkodkan sebagai dijual terdahulu (tetapi ini tidak semestinya bermakna objek fizikal tertua yang tepat telah dijejak dan dijual). Dengan kata lain, kos yang berkaitan dengan inventori yang dibeli dahulu ialah kos yang dibelanjakan dahulu.

Sebuah syarikat mungkin menggunakan kaedah LIFO (Terakhir masuk, pertama keluar, Last in,first out) untuk tujuan perakaunan, walaupun ia menggunakan FIFO untuk tujuan pengurusan inventori (iaitu, untuk penyimpanan sebenar, rak dan penjualan barangannya). Sebagai contoh, syarikat yang menjual banyak barangan mudah rosak, seperti rangkaian pasar raya, berkemungkinan mengikuti kaedah FIFO semasa menguruskan inventori, untuk memastikan barangan dengan tarikh luput awal dijual sebelum barangan dengan tarikh luput kemudian. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak menghalang syarikat yang sama daripada mengakaunkan barangannya dengan kaedah LIFO.

Dengan FIFO, kos inventori yang dilaporkan pada kunci kira-kira mewakili kos inventori yang paling baru dibeli. Aliran perakaunan FIFO menepati aliran inventori, kerana kebanyakan perniagaan lebih cenderung untuk menjual inventori tertua dahulu.

Sebagai contoh: Foo Co. mempunyai inventori berikut di tangan, mengikut urutan pemerolehan pada bulan November:

Bilangan unit kos
100 unit $50
125 unit $55
75 unit $59

Jika Foo Co. menjual 210 unit pada bulan November, syarikat akan membelanjakan kos yang berkaitan dengan mencatatkan 100 unit pertama pada $50 dan baki 110 unit pada $55. Di bawah FIFO, jumlah kos jualan untuk bulan November ialah sebanyak $11,050. Inventori akhir akan dikira dengan cara berikut:

Bilangan unit Harga seunit Jumlah
Berbaki 15 unit $55 $825 ($55 x 15 unit)
75 unit $59 $4425 ($59 x 75 unit)
Jumlah $5250

Dengan itu, kunci kira-kira kini akan menunjukkan inventori bernilai $5250.

Implikasi Cukai FIFO[sunting | sunting sumber]

FIFO akan mempunyai nilai inventori akhir yang lebih tinggi dan kos barang dijual (COGS) yang lebih rendah berbanding LIFO dalam tempoh kenaikan harga. Oleh yang demikian, FIFO akan menghasilkan keuntungan kasar yang lebih tinggi dan, begitu juga, perbelanjaan cukai pendapatan yang lebih tinggi.

LIFO[sunting | sunting sumber]

"LIFO" bermaksud terakhir masuk, pertama keluar, yang bermakna item yang paling baru dihasilkan akan direkodkan sebagai dijual dahulu. Sejak tahun 1970-an, beberapa syarikat AS beralih ke arah penggunaan LIFO, yang mengurangkan cukai pendapatan mereka semasa inflasi, tetapi sejak Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) mengharamkan LIFO, lebih banyak syarikat kembali kepada FIFO. 

LIFO hanya digunakan di Amerika Syarikat, yang dikawal oleh prinsip perakaunan yang diterima umum (GAAP). Seksyen 472 Kod Hasil Dalam Negeri mengarahkan cara LIFO boleh digunakan.[1]

Berdasarkan contoh di atas, syarikat Foo Co. (menggunakan perakaunan LIFO) akan membelanjakan kos yang berkaitan dengan 75 unit pertama pada $59, 125 unit lagi pada $55, dan baki 10 unit pada $50. Dengan aliran LIFO, jumlah kos jualan untuk bulan November ialah $11,800. Inventori akhir akan dikira dengan cara berikut:

Bilangan unit Harga seunit Jumlah
Baki 90 unit $50 $4500 ($50 x 90 unit)
Jumlah $4500

Kunci kira-kira akan menunjukkan nilai sebanyak $4500 dalam inventori di bawah LIFO.

Perbezaan antara kos inventori yang dikira di bawah kaedah FIFO dan LIFO dipanggil rizab LIFO (dalam contoh di atas, ianya bernilai $750). Rizab ini pada asasnya ialah amaun yang mana pendapatan boleh dicukai oleh sebuah entiti telah ditangguhkan dengan menggunakan kaedah LIFO.[2]

Dalam kebanyakan set piawaian perakaunan, seperti Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa, prinsip penilaian FIFO (atau LIFO) adalah disubordinat secara "halus" kepada prinsip yang lebih rendah iaitu lebih rendah kos atau penilaian pasaran.

Di Amerika Syarikat, entiti dagangan awam yang menggunakan LIFO untuk tujuan percukaian juga mesti menggunakan LIFO untuk tujuan pelaporan kewangan[3] tetapi syarikat tersebut juga berkemungkinan melaporkan rizab LIFO kepada pemegang saham mereka. Beberapa cadangan pembaharuan cukai telah berhujah untuk pemansuhan peruntukan cukai LIFO. "Save LIFO Coalition" adalah sebuah organisasi yang menyokong pengekalan perakaunan secara LIFO. [4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Internal Revenue Code, § 472: Last-in, first-out inventories, accessed 23 December 2016
  2. ^ "LIFO Reserve Definition". AccountingTools. Dicapai pada 2011-11-09.
  3. ^ "LIFO Conformity Rules". Mondaq. Dicapai pada 2015-07-09.
  4. ^ About Save LIFO Coalition, accessed 23 December 2016

Pautan luar[sunting | sunting sumber]