Inflasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kadar inflasi
Kadar inflasi tahunan di A.S., 1666-2004.
Ekonomi
GDP PPP Per Capita IMF 2008.svg
Kategori umum

Mikroekonomi · Makroekonomi
Sejarah pemikiran ekonomi
Metodologi · Heterodox approaches

Ekonometrik

Ekonomi matematik · Statistik
Cross section & Panel Data
Persamaan serentak  · Siri masa
Computational · Experimental
National accounts

Bidang dan subbidang

Kelakuan · Budaya · Evolutionary
Tumbesaran · Pembangunan · Sejarah
International · Sistem ekonomi
Monetary and Financial economics
Public and Welfare economics
Health · Education · Welfare
Population · Labour · Managerial
Business · Information · Game theory
Industrial organization · Law
Agricultural · Natural resource
Environmental · Ecological
Urban · Rural · Regional · Geography

Senarai

Jurnal · Publications
Kategori · Tajuk · Economists

Portal Perniagaan dan Ekonomi

Assalamualaikum

Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa.[1] Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit matawang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi.[2][3] Satu ukuran utama bagi inflasi harga adalah kadar inflasi iaitu perubahan peratusan tahunan di dalam sesuatu indeks harga umum (biasanya disebut Indeks Harga Pengguna) dari masa ke semasa.[4]

Kesan inflasi terhadap sebuah ekonomi adalah pelbagai dan boleh jadi positif dan negatif serentak. Kesan negatif inflasi termasuk pengurangan nilai sebenar wang dan item-item monetari lain dari masa ke semasa, ketidakpastian terhadap inflasi pada masa hadapan boleh mengurangkan pelaburan dan simpanan, dan inflasi yang tinggi boleh membawa kepada kekurangan barangan apabila pengguna mula menyorokkan barangan kerana bimbang harga akan naik pada masa akan datang. Kesan positif termasuklah memastikan bank-bank pusat boleh menyesuaikan kadar faedah nominal (yang bertujuan untuk mengurangkan kesan kemelesetan ekonomi),[5] dan menggalakkan pelaburan dalam projek-projek modal bukan monetari.

Ahli ekonomi setuju bahawa hiperinflasi (kadar inflasi yang tinggi) disebabkan oleh pertumbuhan tinggi bekalan wang.[6] Pandangan tentang kadar inflasi yang sederhana pula pelbagai. Inflasi yang rendah atau sederhana disumbang oleh turun naik permintaan sebenar barangan dan perkhidmatan, atau perubahan dalam bekalan seperti semasa kekurangan, dan juga pertumbuhan dalam bekalan wang. Kebanyakan ahli ekonomi bersetuju tempoh inflasi yang berterusan disebabkan kadar pertumbuhan bekalan wang lebih pantas daripada pertumbuhan produktiviti dalam sesuatu ekonomi.

Tugas mengawal kadar inflasi yang rendah dijalankan oleh pihak berkuasa kewangan yang membuat polisi kewangan. Umumnya mereka ini bank pusat yang mengawal saiz bekalan wang melalui penetapan kadar faedah, melalui operasi pasaran terbuka, dan melalui penetapan rizab bank.

Ukuran[sunting | sunting sumber]

Inflasi selalunya diukur(guna kakuleter) dengan mengira kadar kenaikan indeks harga yang selalunya merujuk kepada indeks harga pengguna (IHP). IHP mengukur harga satu kumpulan atau bakul barangan dan perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna. Kadar inflasi diambil daripada kadar peratus perubahan IHP pada sesuatu masa.

Indeks harga lain yang digunakan untuk mengira inflasi adalah seperti berikut:

Faktor inflasi[sunting | sunting sumber]

Secara umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh satu daripada faktor-faktor berikut atau kombinasi faktor-faktor ini:

Inflasi tolakan kos[sunting | sunting sumber]

Inflasi tolakan kos disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi. Kenaikan kos pengeluaran ini disebabkan oleh kenaikan harga bagi faktor-faktor pengeluaran seperti tingkat upah. Contohnya, jika kadar upah meningkat dengan tinggi maka kos pengeluaran akan meningkat.

Apabila kos pengeluaran meningkat, maka pengeluar yang sentiasa mahu memaksimumkan keuntungan akan mengenakan harga yang tinggi kepada pengguna. Selepas merasakan kesan kenaikan harga ini (penurunan dalam tingkat pendapatan benar), pengguna yang juga bekerja (dianggap sebagai buruh) akan meminta kenaikan gaji yang baru dan lebih tinggi bagi menampung peningkatan harga ini. Jika mereka berjaya, kos pengeluaran akan meningkat dan seterusnya pengeluar pula akan meningkatkan harga mereka. Tingkat harga umum akan meningkat sekali lagi.

Inflasi tarikan permintaan[sunting | sunting sumber]

Inflasi tarikan permintaan berpunca daripada ketidakseimbangan antara jumlah permintaan dengan jumlah penawaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu masa tertentu. Jika berlaku peningkatan jumlah permintaan yang tinggi berbanding dengan jumlah penawaran, maka inflasi akan wujud. Keadaan ini wujud apabila peningkatan permintaan berlaku pada masa ekonomi negara berada pada tingkat gunatenaga penuh. Apabila sesebuah ekonomi mencapai gunatenaga penuh, tingkat pengeluaran sukar dinaikkan dengan cepat untuk menampung permintaan yang melambung ini, sama ada oleh sebab pasaran buruh atau pembekalan barangan. Peningkatan jumlah permintaan pula boleh berpunca kepada:

  • Peningkatan tingkat pendapatan

Peningkatan yang tinggi dalam permintaan agregat disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan pengguna. Pendapatan yang tinggi ini akan meninggikan kecenderungan pengguna untuk berbelanja dan ini akan meningkatkan jumlah permintaan dalam sesebuah ekonomi. Pada kebiasaannya, peningkatan pendapatan pengguna berlaku pada ketika ekonomi mengalami pertumbuhan yang tinggi.

  • Peningkatan penawaran wang

Penawaran wang yang banyak dalam sesuatu ekonomi boleh meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika penawaran wang tidak dikawal, maka ekonomi pada keseluruhannya mempunyai kadar kecairan yang tinggi dan ia akan meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika terlalu banyak wang yang mengejar barangan dan perkhidmatan yang sedikit, maka inflasi akan wujud.

Inflasi diimport[sunting | sunting sumber]

Inflasi diimport boleh disebabkan oleh dua faktor:

  • Peningkatan harga di luar negara

Inflasi boleh menyerap dalam sesebuah negara melalui import terutamanya bagi sesebuah ekonomi terbuka yang banyak mengimport barangan dan perkhidmatan dari luar negara. Jika harga import ini meningkat, maka ia akan memberi kesan kepada harga dalam negara.

  • Penurunan kadar pertukaran wang

Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran wang. Umpamanya, jika kadar pertukaran wang Malaysia dengan Amerika Syarikat jatuh (bermakna semakin banyak ringgit diperlukan untuk membeli satu dolar Amerika), maka dengan secara langsung Malaysia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mendapat sejumlah barangan dan membayar dengan harga yang tinggi. Tentunya harga yang tinggi ini akan dikenakan ke atas pengguna dalam negara.

Jangkaan pengguna[sunting | sunting sumber]

Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan pengguna. Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi. Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga.

Kesan inflasi[sunting | sunting sumber]

Inflasi merupakan salah satu masalah ekonomi yang serius. Ia memberikan kesan kepada aktiviti ekonomi, juga kebajikan individu dan masyarakat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. Lihat:
  2. Why price stability?, Bank Pusat Iceland, dicapai pada 11 September 2008.
  3. Paul H. Walgenbach, Norman E. Dittrich and Ernest I. Hanson, (1973), Financial Accounting, New York: Harcourt Brace Javonovich, Inc. ms 429. “The Measuring Unit principle: The unit of measure in accounting shall be the base money unit of the most relevant currency. This principle also assumes the unit of measure is stable; that is, changes in its general purchasing power are not considered sufficiently important to require adjustments to the basic financial statements.”
  4. Mankiw 2002
  5. Mankiw 2002
  6. Robert Barro and Vittorio Grilli (1994), European Macroeconomics, Bab 8, ms. 139, Rajah 8.1. Macmillan, ISBN 0-333-57764-7.