Perang Saudara Sepanyol
Perang Saudara Sepanyol ialah satu konflik utama di Sepanyol yang bermula selepas cubaan rampasan kuasa yang dilakukan oleh sebahagian angkatan tentera ke atas kerajaan Republik Sepanyol Kedua. Perang saudara ini telah membinasakan Sepanyol bermula daripada 17 Julai 1936 dan berakhir pada 1 April 1939 dengan kemenangan berpihak kepada pemberontak dan telah membawa kepada penubuhan pemerintahan diktator diketuai seorang nasionalis, iaitu Jeneral Francisco Franco. Penyokong-penyokong Republik (atau dalam bahasa Sepanyol dipanggil republicanos) telah juga berjaya memperoleh sokongan daripada Kesatuan Soviet dan Mexico manakala penyokong-penyokong Pemberontakan Pertama (dikenali di dalam bahasa Sepanyol sebagai nacionales) pula mendapat sokongan daripada kuasa-kuasa Pakatan daripada Eropah seperti Itali, Jerman dan jiran Portugis.
Perang ini juga meningkatkan tekanan yang membawa kepada Perang Dunia Kedua dan kadangkala dianggap menjadi sebuah perang dunia mengikut proksi. Jerman terutamanya telah menggunakan perang tersebut sebagai latihan untuk pelbagai taktik dalam blitzkrieg yang kemudiannya digunakan berperang di Eropah. Kewujudan media massa pada ketika itu turut membenarkan liputan yang menarik perhatian orang awam dan perang ini kemudiannya mendapat liputan meluas terutamanya berkenaan keghairahan dan pembahagian politik yang diilhamkannya dan terhadap kemusnahan yang dilakukan oleh kedua-dua belah pihak.
| Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |