Pergi ke kandungan

Perbincangan:Großenseebach

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pusat Internet 1 Malaysia Jeram Tekoh[sunting sumber]

Tidak seperti Pusat Internet komersial, https://www.facebook.com/pi1m.jeramtekoh merupakan kemudahan untuk orang ramai yang dibangunkan oleh Kerajaan melalui SKMM atau MCMC dan boleh digunakan secara percuma.

Pengurus PI1M KJT, Mohd Ilham berkata, PI1M KJT mula dibuka pada Ogos 2015 dan menyediakan kemudahan internet berkelajuan tinggi untuk kegunaan komputer peribadi, komputer riba, kelas komputer dan kelas keusahawanan/ perniagaan.

“Antara kemudahan disediakan adalah penggunaan komputer untuk orang awam, kelas serta kursus asas komputer, kursus perniagaan dan wifi komuniti (WK) secara percuma disediakan bagi 5 zon terpilih dalam Kampung Kesedar Jeram Tekoh ini.”

“Kita turut sediakan kursus bisnes online secara berkala yang disampaikan oleh anak didik jutawan internet Malaysia, Irfan Khairi.” Katanya. “Menurutnya, pusat berkenaan turut menawarkan pelbagai perkhidmatan tambahan lain termasuk kemudahan untuk urusan atas talian sistem e-kerajaan seperti permohonan BR1M, semakan BR1M dan seangkatan dengannya.”

“Tambahnya, kemudahan wifi percuma atau wifi komuniti disediakan hampir setiap kawasan desa tumpuan di Kampung Kesedar Jeram Tekoh bagi memudahkan komuniti setempat memanfaatkan kemudahan disediakan kerajaan melalui inisiatif Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).”

“PI1M KJT ini diuruskan oleh dua orang pegawai berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan berkelayakan serta berpengalaman dalam bidang masing-masing.” “Kita juga sering mengadakan aktiviti bermanfaat di pusat ini termasuk program untuk masyarakat setempat seperti Hari Bersama Komuniti, Explorace Digital Pintar, gotong royong, dan festival komuniti (FESKOM),” jelasnya.

“Beliau memberitahu PI1M KJT dibuka setiap hari, iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang kecuali pada hari cuti umum.”

[1]

````````