Wikipedia:Anggaplah niat baik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jalan pintas:

Untuk beranggapan niat baik adalah suatu prinsip asas di Wikipedia. Oleh kerana kami membenarkan sesiapa sahaja menyunting, ia tentu terikut bahawa kebanyakan orang yang berkerja di sini sedang cuba membantunya, dan bukan cuba memusnahkannya. Jika ini bukan hakikatnya, sudah tentu sebuah projek seperti Wikipedia terhapus dari mula-mula.

Maka, apabila anda boleh beranggapan secara munasabah bahawa sesuatu itu adalah kesilapan yang tidak disengajakan, betulkan ia tampa melabelkannya sebagai laku musnah atau vandalisme. Apabila anda tidak bersetuju dengan seseorang, ingat bahawa mereka mungkin percaya bahawa mereka sedang cuma membantu. Cubalah selesaikannya dengan menggunakan laman perbincangan untuk menerangkan pendapat sendiri, dan beri peluang kepada yang lainnya untuk berlaku sama. Tindakan ini boleh menggelakkan salah faham dan masalah daripada memuncak. Penting juga untuk mengingati polisi larangan serangan keatas pengguna baru, yang sudah tentu tidak mengetahui akan budaya dan peraturan Wikipedia.

Perangai pendatang baru mungkin dianggap sesuai oleh dirinya sendiri dan biasanya memperlihat ketidaktahuan mengenai budaya Wikipedia. Ia tidak jarang untuk seorang pendatang baru untuk mempercayai bahawa suatu polisi yang tidak dikenalinya seharusnya diganti dengan sesuatu yang serupa dengan pengalamannya di tempat lain. Serupa juga apabila pendatang baru membawa pengalaman atau kebolehan bersama mereka dan mereka menanggap hormat yang sepatutnya diberi. Perangai yang berpunca daripada perspektif sebegini tidak semestinya berunsur jahat.

Membetulkan kesalahan seseorang (walaupun anda rasa ia sengaja) lebih baik daripada menyalahkannya sebagai menipu kerana orang itu lebih cenderung untuk menerimanya dalam cara yang baik. Membetulkan sepatah ayat yang baru diletakkan yang anda ketahui kesalahannya juga lebih baik daripada cuma memadamkannya.

Menganggap niat baik, seperti namanya, adalah mengenai niat, bukan kelakukan. Sifat melakukan kesilapan adalah sifat manusia kebanyakan, termasuk orang yang berniat baik, dan anda seharusnya memperbetul mereka apabila mereka melakukannya. Jangan berlaku seperti kesalahan mereka adalah sengaja. Betulkan, tetapi jangan menyindir. Tentunya ada penyumbang di Wikipedia ini yang tidak menyetujui anda. Walaupun mereka salah, ia tidak bermaknya mereka sedang cuba musnahkan projek. Adanya sesetengah orang yang susah berkerja dengan anda, dan itu juga tidak bermaksud mereka sedang cuba memusnahkan projek ini juga. Jika mereka menaikkan kemarahan anda sekalipun, ia tidak pernah perlu untuk mengatakan bahawa kelakuan mereka berniat jahat kerana semua tindakan balas (contoh: mengembalikan laman, menyekat) boleh dilakukan berdasarkan perangai berbanding tujuan.

Apabila perang-perang sunting menjadi panas, ia mudah untuk lupa mengenai anggapan niat baik.

Jika anda beranggapan niat jahat, beberapa perkara mungkin berlaku:

  • Cemuhan: Apabila anda telah mencemuh secara peribadi, mangsa mungkin akan beranggapan niat buruk. Perang sunting semestinya akan menjadi lebih seram.
  • Kehilangan penglihatan polisi berkecuali (NPOV). Idealnya adalah untuk mewaliki semua pandangan secara saksama dan tampa berat sebelah. Setiap pengembalian (berbanding penukaran) suntingan berat sebelah adalah kekalahan NPOV, tidak mengira betapa teruknya suntingan it. Cubalah mencari sebab mengapa orang lainnya itu beranggapan bahawa rencana itu berat sebelah. Kemudian, jika mungkin, cuba memasukkan poin mereka, tetapi dalam istilah yang anda menanggap berkecuali. Jika setiap pihak mengamalkan ini mereka akan bertemu di NPOV ataupun sekurang-kurangnya sesuatu yang dekat dengannya.

Sudah tentu ada perbezaan antara beranggapan niat baik dan tidak mengendahkan laku musnah. Jika anda mahukan orang lain beranggapan niat baik daripada diri anda, anda sendiri pun seharusnya demonstrasikan ia. Jangan meletakkan beban keatas orang lain. Menjerit "Anggaplah Niat Baik" kepada mereka tidak mengecualikan anda daripada menerangkan kelakuan anda, dan menjadikan ini sebagai tabiat akan meyakinkan mereka yang anda sebenarnya mempunyai niat buruk.

Polisi ini tidak memerlukan para penyumbang terus beranggapan niat baik dalam keadaan terdapat bukti sebaliknya. Perkara yang boleh menyebabkan kehilangan niat baik merangkumi laku musnah, cemuhan peribadi, dan perang sunting. Beranggapan niat baik juga tidak bermakna tiadanya sebarang kelakukan yang boleh dikritik, ia hanya bermaksud bahawa seseorang tidak boleh menghubungkait ia dengan niat jahat. Menyatakan secara automatik bahawa pihak lawan tidak beranggapan niat baik adalah kegagalan anggapan niat baik pada anda sendiri, tidak mengira motivasi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]