Wikipedia:Larangan serangan peribadi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Polisi Wikipedia
Piawaian rencana
Pandangan berkecuali
Pengesahan
Tiada penyelidikan asli
Biografi orang hidup
Tajuk rencana
Bekerja dengan orang lain
Kesopanan
Sepersetujuan
Larangan serangan peribadi
Penyelesaian pertikaian
Tiada ancaman undang-undang
Prinsip sejagat
Apa yang bukan Wikipedia
Polisi lanjutan

Wikipedia bukanlah tempat untuk menyelesaikan konflik/pertikaian individu. Sebaliknya, ia hanya merupakan wadah penyampaian ilmu. Sekiranya anda tidak berpuas hati terhadap seseorang individu, anda dinasihati menyuarakannya melalui surat elektronik (e-mel). Jangan sesekali menggunakan sebarang kemudahan di Wikipedia untuk menyuarakan kebencian anda. Sehubungan itu, sebarang isi kandungan yang berbentuk cemuhan atau serangan peribadi akan dipadam terus oleh pihak komuniti Wikipedia. Ini untuk menjaga imej Wikipedia daripada dianggap sebagai "forum cemuhan peribadi".

Perbuatan yang boleh dianggap sebagai pencemuhan secara individu ialah sebarang pernyataan beremosi yang mengandungi penilaian negatif sama ada dari segi bangsa, agama, negara, atau apa-apa sahaja yang menjurus ke arah perbuatan negatif terhadap seseorang individu biasa atau melibatkan banyak pihak.