Perbincangan:Gunung Tambuyukon

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

GUNUNG TAMBUYUKON[sunting sumber]

Pengenalan[sunting sumber]

Rencana ini menumpukan kepada 'nama' asal bagi Gunung Tambuyukon ialah 'Nombuyukung' mengikut bahasa masyarakat tempatan yang mengenali 'gunung ini' iaitu merujuk kepada dialek,loghat sebutan bahasa Dusun sekitar kawasan yang berdekatan dengannya. 'Tambuyukon' merupakan salah satu diantara nama gunung yang terdapat di negeri Sabah: Malaysia yang berpotensi untuk dijadikan taman pelancongan secara kemesil. Banyak faktor yang boleh meletakkan Gunung ini setanding dengan tempat-tempat pelancongan terkenal di tempat lain kerana disokong oleh kedudukan geografinya yang mudah dilawati, Kawasan persekitaran yang di liputi keindahan tumbuhan yang kebenyakan daripadanya mempunyai nilai yang tinggi dari sudut kemajuan dunia herba dan perubatan cara tradisional mahupun moden.

Mengikut fakta geografi, Gunung Tambuyukon ini merupakan gunung yang memiliki carta ketinggian yang ketiga tertinggi dan terbina secara semulajadi di atas banjaran Crocer yang menjadi tulang belakang utama kawasan tanah besar Negeri Sabah.Ketinggian yang berpunca daripada Gunung Kinabalu kemudian mengunjur ke arah timur laut dikawasan pendalaman menjadikan puncaknya terletak berhampiran dengan tempat pertembungan sempadan tiga buah daerah iaitu Daerah Ranau, Kota Marudu, dan Kota Belud. Walau bagaimanapun keseluruhan Gunung Tambuyukon ini masih terletak dalam kawasan daerah Ranau sekaligus meletakkan gunung ini dalam gajet kawasan Taman Negara Kinabalu yang sedang mengalami pola perkembangan pesat dalam dunia Pelancongan

Menurut fakta sejarah, pengenalan bagi gunung ini, mempunyai pelbagai versi mengikut loghat sebutan di beberapa daerah yang berhampiran dengan lokasi. Sebelum diperkenalkan nama Tambuyukon sebagai nama khas yang rasmi bagi gunung ini, beberapa nama lain yang di guna pakai oleh penduduk bagi menamakan gunung ini. Nombuyukung yang popular di kawasan Kg.Lampaki, Kg.Monggis,(Kg.Manggis) Kg.Toruntungon dan kg.Togop di daerah Ranau. Nama panggilan ini juga turut popular di sekitar Kg.Marak-Parak, Kg.Molangkap, Kg.Pomoitan' dan Kg.Tangkol' di kawasan daerah Kota Marudu. Demikian juga dibeberapa kawasan yang boleh melihat dan berhampiran di sekitar kawasan daerah Kota Belud. Mengikut fakta sejarah juga turut membawa perubahan Kepada nama gunung ini melalui satu naratif perjuangan menentang kehadiran penjajah ( British ) dibawah pimpinan Sobunting juga dikenali sebagai Sigunting yang banyak mengekspolitasi sekitar Gunung Nombuyukog sebagai kota mempertahankan kumpulannya daripada serangan tentera British.

Fakta maklumat dan pengaruh sebutan yang kurang tepat daripada pihak tentera British yang kesemuanya terdiri daripada askar upahan GURKHA, maka nama Nombuyukung itu telah melalui perubahan kepada nama TEMBAYUKAN dan bukannya TAMBUYUKON sebagaimana nama yang di istiharkan untuk gunung ini pada masa sekarang. Persoalannya disini tidak menolak kemungkinan berlaku kesilapan ejaan semasa proses pengeditan data berpandukan maklumat awam dan percanggahan maklumat nama daripada info yang telah mengalami beberapa perubahan dan pengaruh sebutan dan loghat yang pelbagai. Walau bagaimanapun, NOMBUYUKUNG adalah nama asal yang sebenar mengikut perkataan, loghat dan bahasa sebutan oleh masyarakat tempatan dari lokasi berhampiran yang dapat melihat dan mengenali gunung ini.Mohd Kamal Alsabah (bincang) 16:01, 14 Disember 2012 (UTC)[balas]

Kenapa tulis rencana di sini? Ini tempat untuk berbincang kerana ini laman perbincangan. Jika mahu mencuba, gunakan kotak pasir. -- Orcaz (bincang) 02:34, 15 Disember 2012 (UTC)[balas]