Perbincangan:Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kesangsian terhadap penamaan "Lapangan Terbang Antarabangsa" pada nama lokasi yang juga bersifat khas[sunting sumber]

Saya masih tidak bersetuju dengan pendekatan nama lokasi ini (dan nama lapangan-lapangan terbang lain di Indonesia) diberi nama "Lapangan Terbang Antarabangsa" kerana tiada bukti persetujuan daripada penutur "bahasa Melayu Indonesia" pengguna Riau dan Sumatera (dirangkumi "kawasan penuturan bahasa Melayu" hal ini. @Tofeiku: memberi alasan ada orang Indonesia yang "bersetuju untuk hanya menggunakan istilah DBP atas tujuan pemiawaian", tetapi namun saya jujurnya amat ragui kesahihan ini kerana orang Indonesia yang disebutkan itu barangkali bukan dari Riau atau Sumatera sendiri - kerana masih ada juga orang Indonesia terutamanya dari orang Riau, Sumatera dsb masih melihat bahasa Indonesia sebagai bahasa Melayu (lihat bacaan ini ) @SNN95: memberi rasional: "kenapa laman-laman "Lapangan Terbang" di WBIndonesia menggnakan "Bandar Udara" untuk Lapangan Terbang di Malaysia? Contohnya: Bandar Udara Internasional Kuala Lumpur. Bukankah sepatutnya dinamakan "Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur""...to that I say: biarlah Wikipedia Bahasa Indonesia dengan penamaan mereka, kandungan ia hanya pedulikan perspektif Indonesia untuk Indonesia sahaja; Wikipedia Bahasa Melayu jauh lebih bersifat sejagat mengutamakan perspektif berbilang negara Nusantara termasuk Indonesia juga. Sudah jelas diketahui dalam penerjemahan bahasa Melayu umum bahawa bahawa kata nama khas memang tidak akan ditukar, ini termasuklah nama tempat. "Dewan Bandaraya Kuala Lumpur" dan "Keretapi Tanah Melayu" walaupun dianggap salah mengikut tataeja (sepatutnya "Bandar Raya" dan "Kereta Api") ditetapkan masih dikekalkan sebab sudah berdaftar, maka saya pakai rasionalnya untuk sifat rasmi "Bandar Udara Internasional Hang Nadim" pada ketika itu.

Nama entri sahaja yang saya rancang tukar, tiada yang lebih. Sudah tentu pemahaman pembaca sasaran terhadap kandungan entri akan buat mereka faham istilah dipakai Indonesia dalam tajuk entri lebih kuat, kerana berdasarkan pemerhatian saya banyak juga orang Malaysia dan Singapura (yang berbahasa Malaysia) yang baca dan tonton kandungan bahasa Indonesia (baik YouTube ataupun laman berita) sepertimana UK memahami istilah dipakai media Amerika Syarikat. (Oleh sebab ini saya juga tidak terima alasan Tofeiku bahawa Bahasa Indonesia kami tidak gunakan di ms.wikipedia kerana perbezaan yang begitu besar. Anda tidak boleh menyamakan perbezaan bahasa Inggeris UK dan A.S - Tofeiku seolah-olah menidakkan kemampuan pembaca menulis sedemikian bila PRPM sudah ada untuk rujukan memahami istilah MABBIM ini.

Beginilah - kita kekalkan LTA sementara ini sehingga kebarangkalian sebaliknya yang membuktikan Radio Televisyen Malaysia, Mediacorp dan RTB menggunakan nama rasmi ia (BUI berbanding LTA). Anumengelamun (bincang) 09:16, 4 April 2020 (UTC)[balas]