Perbincangan:Senarai pihak berkuasa tempatan Malaysia

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Permohonan lindungan[sunting sumber]

Harap para penyelia seperti @CyberTroopers:, @SNN95:, @Polar:, @Ricky250: dan lain-lain penyelia dapat melindungi laman ini dengan menetapkan hanya pengguna yang diautosahkan sahaja yang dibenarkan menyunting kerana terlalu banyak suntingan yang dilakukan oleh pengguna awanama dengan memasukan maklumat palsu. Claude (bincang) 17:43, 15 April 2020 (UTC)[balas]

Menyusun Semula Senarai PBT di Malaysia[sunting sumber]

Saya baru menambah rujukan kepada senarai PBT di epbt. Senarai itu menyenaraikan 150 PBT bersusun mengikut 14 negeri, kemudian mengikut tersusun Bandaraya/Perbandaran/Daerah. Saya cadang untuk menyusun senarai seperti itu juga? Boleh? --Sabre23t (bincang) 08:47, 31 Januari 2021 (UTC)[balas]

Duplikasi dengan Senarai kerajaan tempatan di Malaysia[sunting sumber]

Nampaknya laman ini perlu digabungkan dengan laman Senarai kerajaan tempatan di Malaysia. Kedua-duanya mempunyai maklumat yang sama. --Sabre23t (bincang) 05:03, 1 Februari 2021 (UTC)[balas]

Saya cadangkan kita lencongkan rencana ini ke Senarai kerajaan tempatan di Malaysia. Penggunaan nama kerajaan tempatan lebih universal. Apa pendapat saudara? Satu lagi, kod PBT saya cadangkan tidak dimasukkan, kerana itu hanya kod cadangan dari KPKT sahaja (berdasarkan portal ePBT) jadi terdedah kepada perubahan ketara.- Zahirul Nukman (bincang) 07:48, 1 Februari 2021 (UTC)[balas]