Perbincangan:Taiwan

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Biodata negara tetap tidak perlu![sunting sumber]

Kepada Yosri dan PM Poon,

Untuk pengetahuan anda Yosri, petikan awak daripada rencana perbincangan Republik China adalah dituliskan saya sendiri. Saya menulisnya sebagai reaksi terhadap satu pengguna yang kelihatan memasukkan semua penterjemahan saya daripada rencana Republik of China Wikipedia Inggeris kedalam rencana Taiwan Wikipedia Melayu. Sebenarnya, saya telah memulakan rencana Republik China itu kerana saya telah melihat bahawa Wikipedia Inggeris menakrifkan rencana Taiwan dan Republic of China-nya sebagai berasingan dengan rencana Taiwan lebih kepada penduduk asal, ekonomi dan sosial Taiwan dan rencana Republic of China pula lebih menekankan kepada nama kerajaan yang memerintahkan Taiwan. Wikipedia Melayu pada masa itu pula menjadikan kedua-dua rencana ini sebagai satu dibawah nama "Taiwan". Untuk pengetahuan anda semua, sayalah yang bertanggungjawab menterjemahkan rencana-rencana Republik China, Republik Rakyat China dan satu rencana mengenai sejarah, ekonomi dan sosial China. Cuma pada masa itu saya masih belum menjadi pengguna yang berdaftar lagi.

Tindakan anda meletakkan biodata negara di rencana Taiwan adalah tidak patut, kerana ia melanggar prinsip Pandangan Berkecuali. Sebenarnya isu Taiwan sebagai negara adalah sensitif dengan sesetengah penduduk Taiwan ingin merdeka dan sesetengahnya lagi ingin bergabung semula dengan China. Silalah rujuk rencana political status of Taiwan, Taiwan independence dan Chinese reunification di Wikipedia Inggeris untuk keterangan lanjut. Apa-apapun, telah dipersetujui oleh semua pihak-pihak dalam pertikaian tersebut buat masa sekarang adalah tiada negara yang bernama Taiwan, tetapi Republik China adalah satu negara yang bebas dan berdaulat, dan asing daripada Republik Rakyat China. Inilah posisi yang diamalkan buat masa sekarang dan telah dituruti Wikipedia Inggeris. Kita di Wikipedia Melayu pun mestilah meikutinya sama bagi mengelakkan menyinggung perasaan mana-mana pihak. Saya pun mestilah mengaku, saya menyokong penggabungan semula Taiwan dengan China akan tetapi saya pun mestilah menegakkan pendangan berkecuali. Peletakan biodata negara di rencana Taiwan seolah-olah mengiktiraf ia sebagai satu negara dan ini adalah bertentangan dengan pandangan berkecuali.

Dan bagi menjawab pertanyaan anda di bahagian perbincangan Yosri, PM Poon, saya mengajak anda membaca satu debat yang sama di Wikipedia Inggeris bertajuk Why is this article here yang juga mencadangkan penggabungan kedua-dua rencana Republik China dan Taiwan. Jika anda melihat bahagian itu, mereka pun sudah membuat kesimpulan bahawa rencana Republik China dan Taiwan dikekalkan keasingannya dan rencana Taiwan menumpukan kepada Taiwan secara ekonomi dan sosial manakala Republik China berkenaan politik Taiwan. Alistair 12:12, 5 Mei 2006 (UTC)[balas]


Hai Alistair, nampaknya pengetahuan anda amat meluas bagi seorang yang amat muda (iaitu, berbanding saya). Anda memang seorang yang amat teliti. Secara kebetulan, sayalah yang menterjemahkan sebahagian besar rencana Taiwan tanpa merujuk kepada rencana Republik China. Dengan kata yang lain, saya cuma menterjemah secara buta, dan tidak menilai kandungannya.

Saya bersetuju dengan sebahagian besar penyelesaian yang dicapai oleh Wikipedia bahasa Inggeris, iaitu:

  • satu rencana yang menumpukan kepada ekonomi dan sosial Taiwan
  • satu lagi rencana berkenaan dengan kerajaan republik China.

Bagaimanapun, saya tidak bersetuju bahawa tajuk kedua-dua rencana dikekalkan. Bagi kebanyakan orang biasa, Taiwan bermakna Republik China, dan Republik China bermakna Taiwan. Sebenarnya, dalam bahasa Cina harian, tidak terdapatnya nama Republik China selain daripada penggunaannya oleh kerajaan. Kita cuma menggunakan Taiwan, termasuk orang Republik China juga. Sewaktu mereka menyertai rancangan televisyen Singapura, mereka akan berkata: "Hai, saya so-dan-so, saya orang Taiwan." Manakah mereka pernah berkata: "Hai, saya orang Republik China", kelakar betul kalau mereka mengatakannya sebab memang tiada orang biasa yang pernah menggunakan nama Republik China dalam bahasa harian kecuali parti politik Chiang Kai Shek. Oleh itu, sewaktu pembaca (termasuk saya), khususnya orang Cina, membaca tajuk rencana, perkataan tajuk rencana kini akan menimbulkan banyak kekeliruan.

Sumber kekeliruan[sunting sumber]

Kalau saya tak silap, kekeliruan tertimbul daripada fakta-fakta berikut:

  • Sebelum 1949:
    • Taiwan ialah satu pulau yang merupakan satu "negeri" di dalam kawasan China.
    • Kerajaan kawasan China ialah kerajaan republik yang mempunyai seorang Presiden, iaitu Presiden Chiang Kai Shek. Kerajaan republik itu menguasai semua tanah besar China serta pulau Taiwan.
  • Selepas 1949:
    • Kerajaan Chiang Kai Shek melarikan diri ke pulau Taiwan, dan berhasrat mengambil balik tanah besar China dari pangkalan Taiwan dengan bantuan Amerika Syarikat. Oleh sebab itu, mereka mengekalkan nama China mereka, iaitu Republik China, walaupun saiz republik itu dikurangkan daripada semangkuk beras ke sebiji beras, hehehe. Secara sejarah, pulau itu memang bernama Taiwan, tetapi oleh sebab kerajaannya hendak mengekalkan nama Republik China, Taiwan dinamakan Republik China.

Nama "Republik China" kini memang amat mengelirukan. Sebelum 1949, kawasan Republik China ialah C + t, iaitu, tanah besar China dan Taiwan. Selepas 1949, "Republik China" cuma merujuk kepada t, iaitu Taiwan.

Biasanya kawasan negara dan kawasan yang dikuasai oleh sebuah kerajaan adalah sama. Tetapi dalam kes ini, ia tidak sama. Oleh sebab itu, tertimbullah kekeliruan.

Cadangan saya[sunting sumber]

Untuk menyelesaikan kekeliruan, kita harus tekal. Adakah kita hendak menumpukan kepada kerajaan atau kita hendak menumpukan kepada kawasan geografi (atau kedua-dua, iaitu empat rencana seperti berikut)?

Jika kita hendak menumpukan kepada kerajaan, kita harus memisahkan rencana China dan menamakan rencana seperti berikut:

Jika kita hendak menumpukan kepada kawasan geografi, kita harus memisahkan rencana China dan menamakan rencana seperti berikut:

  • China kini, sebagai sebuah kawasan geografi yang merangkumi semua kawasan kerajaan komunis China, tetapi tidak termasuk kawasan kerajaan Taiwan.
  • Taiwan, sebagai sebuah kawasan geografi yang cuma melibatkan pulau Taiwan (tidak termasuk beberapa pulau yang dikuasai oleh kerajaan Republik China).

Sebagai kesimpulan, saya berasa bahawa:

Tambahan saya[sunting sumber]

Baik, saya telah meneliti hujah dan cadangan awak, PM Poon dan inilah apa yang saya rasa.

Pertama, saya ingin menambah kepada sejarah pendek yang awak huraikan itu kerana ia tidak cukup. Bagi saya, faktor yang anda kira dalam pembentukan cadangan tidak mencukupi kerana anda masih belum mengambil kira status Taiwan pada masa kini dan sekarang.


Dekad-dekad selepas tahun 1949[sunting sumber]

1950an-1960an - Chiang Kai-Shek dan parti 國民黨 Kuomintangnya kalah kepada Parti Komunis 共产党 pimpinan Mao Zedong. Chiang Kai-Shek walau bagaimanapun menganggap kekalahan itu sebagai "sementara" dan mengukuhkan kedudukannya di Taiwan dengan mengistiharkan darurat "sementara efektif semasa pembrontakan Komunis" (Lihat Republik China). Tanah besar China mengistiharkan pembentukan 中华人民共和国Republik Rakyat China dan menuntuk Taiwan. Mereka cuba menyerang beberapa cebisan pulau yang diperintah Taiwan yang berhampiran tanah besar akan tetapi gagal. Pada masa yang sama di Taiwan, berlaku pembrontakan terhadap pimpinan kuku besi Chiang Kai-Shek. Peristiwa ini dikenali sebagai 二二八 (er er ba) yang bermaksud "dua dua lapan" sempena harinya, 28hb Februari. Chiang Kai-Shek juga menuntuk tanah besar China untuk negara 中華民國 Republik China-nya itu.

1970an - Chiang Kai-Shek mati dan meninggalkan pucuk pimpinan kepada anaknya Chiang Ching-kuo. Pada masa ini, beberapa orang "tempatan" Taiwan (iaitu orang Cina yang berhijrah ke situ sebelum Chiang Kai-Shek dan tenteranya) memberontak dengan menubuhkan gerakan 黨外 Tangwai atau gerakan "luar parti". Chen Shui-bian adalah salah satu daripada ahli prominennya. Mereka menuntut supaya pemerintahan darurat satu parti Kuomintang diakhiri.

1987 - Chiang Ching-kuo mati dan tidak meninggalkan warisan. Pemerintahan darurat ditamatkan dan demokrasi diperkenalkan di kawasan pemerintahan Republik China, termasuk Taiwan. Gerakan Tangwai menjadi parti politik baru 民進黨 Parti Demokratik Progresif. Chen Shui-bian menjadi presiden.

1990 - 1992 - Pemimpin parti Kuomintang, Lee Teng-hui mengiktiraf pemerintahan Republik Rakyat China keatas tanah besar China. Mereka berpakat merundingkan penyatuan semula dengan China, tetapi Lee menekankan bahawa tanah besar pun mestilah ada demokrasi juga. Satu konsensus telah dicapai pada tahun 1992 di mana dipersetujui bahawa "hanya ada satu China di dunia ini dan Taiwan adalah sebahagian daripada China".

1997 (agaknya) - Lee Teng-hui mengatakan bahawa hubungan Taiwan dengan China adalah "hubungan istimewa antara negara". Apabila ditanya untuk penjelasan lanjut, beliau berkata "hubungan istimewa diantara negara Taiwan dengan negara China". Republik Rakyat China pun apa lagi, marahlah. Mereka memutuskan hubungan dengan kerajaan Taiwan dan memuntut Taiwan kembali.

2000 - Chen Shui-bian memenangi pilihanraya presiden di Taiwan. Dia dan partinya menuntuk kemerdekaan Taiwan. Tetapi untuk mengelakkan serangan daripada China, beliau berjanji tidak akan menukar nama rasmi Taiwan yang masih merupakan Republik China. Para penyokongnya yang mahu kemerdekaan mencadangkan 台灣共和國 Republik Taiwan, tetapi Republik Rakyat China berkata sebarang tindakan mengistiharkan kemerdekaan adalah pengistiharan perang.

Baru-baru ini - Setakat saya ingat, Republik Rakyat tidak mahu berunding dengan Chen kerana dia tidak mengiktiraf Perjanjian pada 1992. Chen pula memperingati peristiwa er er ba sebagai penindasan yang dilakukan "rejim asing". Parti Kuomintang pula serba-salah dan menghantar wakilnya ke tanah besar untuk rundingan. Republik Rakyat pula meluluskan undang-undang menyerang Taiwan jika ia mengistiharkan merdeka disamping berkata bahawa ia terbuka untuk rundingan dengan sesiapa sahaja yang mahukan penyatuan semula. Bagi mereka, sama ada Taiwan tidak mahu berada dibawah pemerintahan Komunis tidak menjadi masalah, asalkan tidak merdeka secara formal, itu sahaja. Mereka memjanjikan autonomi kepada Taiwan dalam bentuk "satu negara, dua sistem" seperti di Hong Kong dan Macau.

Penduduk Taiwan sendiri pula? Setakat saya ingat, 20% mahu merdeka, 10% mahu penyatuan semula, 5% mahu "satu negara, dua sistem" dan selebihnya mahu kekalkan keadaan, iaitu Taiwan adalah asing daripada China tetapi masih bernama Republik China.

Nampakkah evolusinya?

Jadi ia bukan semudah yang anda anggap, PM Poon. Hakikatnya, walaupun Taiwan kini berbeza, tetapi nama rasminya masih Republik China, dan semua rakyatnya mengetahui itu. Masalah ini memang rumit dan mengelirukan akan tetapi ia bukan seperti yang dikatakan Yosri "dua negara mengaku sebagai China yang sah" lagi, kini ia adalah masalah satu pulau yang hendak merdeka atau bergabung semula. Hereto, memanggilnya "negara Taiwan" adalah sensetif kerana ia seakan mengiktiraf Taiwan sebagai satu negara bebas dan berdaulat. Akan tetapi memanggilnya "Taiwan, China" dengan konotasi Republik Rakyat China sensetif juga kerana penduduk Taiwan memang benci kepada Komunis. Hakikatnya buat sekarang, mereka paling mementingkan demokrasi. Jika tanah besar China menjadi demokrasi, senang sikit, tetapi sudah lebih 50 tahun masih belum, dan penduduk Taiwan semakin hilang sabar...

Saya juga faham kehendak awak, PM Poon. Anda hendak menyatukan "apa yang orang biasa tahu" dengan "apa yang patut" dan memang ada kekurangan dengan cara penyelesaian Wikipedia Inggeris. Saya menyokong apa sahaja tindakan awak jika anda tidak menyentuh fakta, iaitu;

  • Republik China masih wujud di Taiwan, dan rakyatnya adalah rakyat Republik China.
  • Taiwan tidak boleh dipanggil negara dan rakyatnya tidak boleh dianggap "rakyat Taiwan".
  • Juga, orang Taiwan bukannya "orang Cina" dimana mereka berasal daripada Republik Rakyat China.

Bagaimana, bolehkah anda? :D 219.95.154.106 08:52, 6 Mei 2006 (UTC)Pengguna Alistair[balas]

Lebih suka jika kedua-dua negara bersatu hehehe, Bersatu teguh bercerai roboh — Master2841 09:25, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hai Master2841, apa yang anda kata memang betul. Kalau kita tak berupaya menyatukan kedua-dua negara, biar kita menyatukan rencana! hehehe — PM Poon 10:10, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]

Kerangka konsep[sunting sumber]

Perkara ini memang rumit, tetapi kita harus mengkonsepsikan perkara; kalau tidak, kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah ini walaupun lembu-lembu sudah balik rumah (until the cows come home), hehehe.

Kita harus menjauhi nama "Taiwan" sebagai nama politik. Kalau tidak, kita akan tenggelam dalam perdebatan mereka. Oleh itu, saya bercadang kita menggunakan "Pulau Taiwan" sebagai satu kawasan geografi supaya tidak terlibat dalam perdebatan politik yang masih berlangsung.

Untuk memudahkan pemahaman tentang apa yang saya maksudkan, saya telah melukis dua gambar rajah.

Rencana berdasarkan kerajaan[sunting sumber]

Saya bercadang dua rencana yang bertajuk:

Penggunaan istilah "kerajaan" akan mengelakkan banyak kekeliruan.

frames
frames

Rencana berdasarkan kawasan geografi[sunting sumber]

Jika kita memilih rencana berdasarkan kawasan geografi, saya bercadang dua tajuk seperti berikut:

  • China: liputannya kotak perang + sebahagian kotak hijau tua (entah bila pulau itu menjadi hak negara China) dalam gambar rajah di bawah
  • Pulau Taiwan: liputannya kotak biru + kotak hijau tua (memang pulau itu sudah lama wujud, baik di bawah kuasa China mahupun tidak) dalam gambar rajah di bawah.
frames
frames

PM Poon 10:38, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]

Fine-tuning saya kepada cadangan awak, he he[sunting sumber]

PM Poon, apa yang anda cadangkan memang masuk akal, tetapi apa kata kita ubah sedikit begini.

Instead of Kerajaan Republik China dan Kerajaan Republik Rakyat China yang berkonsepkan kerajaan, apa kata kita berlandaskan masa, iaitu;

  • Rencana Republik China yang wujud secarang dibubarkan dan isinya dibahagikan. Yang berkait tentang perihal Republik China semasa ia mula wujud sehingga Chaing Kai-Shek pindah ke Taiwan dimasukkan kedalam rencana baru Republik China (1911-1949) (Republik China mula wujud selepas kejatuhan dinasti China terakhir, dinasti Qing pada tahun 1911). Apabila pengguna Wikipedia Melayu mencari "Republik China", dia akan dibawa redirect ke rencana ini. (Nota: Inilah cadangannya masa tahun 2006, tetapi kini Republik China telah dilencongkan ke Republik China di Taiwan kerana ramai yang nampaknya keliru... Alistaire (bincang) 15:15, 26 Januari 2009 (UTC))[balas]
  • Sebahagian lagi yang berkait tentang perintah Republik China di Taiwan dari tahun 1949 hingga sekarang dimasukkan kedalam rencana baru Republik China di Taiwan (1949-sekarang) dan rencana ini diberikan biodata ringkas negara seperti rencana negara lain, dan didaftarkan dibawah kategori negara. Hakikatnya inilah rencana "negara" Taiwan. Sesiapa yang mencari "Taiwan" akan dibawa redirect ke rencana ini juga. Di atas rencana ini hendaklah ada penjelasan ringkas tentang Republik China dan statusnya sebagai nama rasmi Taiwan. Begini orang yang membacanya akan lenyap kekeliruannya sebelum otaknya meletup, he he.
  • Rencana Taiwan dibubarkan dan diberi redirect seperti yang dicadangkan diatas. Dan disini sama seperti cadangan PM Poon, rencana Pulau Taiwan atau Kepulauan Taiwan diwujudkan (mana yang patut) bagi menerangkan sejarah, geografi pulau dan lain-lain bukan politik. Jangan lupa membuat linkage yang patut di rencana-rencana lain untuk membolehkan orang lain menemuinya.
  • Rencana China dikekalkan. Sebenarnya sayalah yang menterjemah rencana itu daripada Wikipedia Inggeris dan saya boleh berkata ia hanya menerangkan tentang kawasan geografi, sejarah dll. China sahaja. Rencana itu ada menyebut Taiwan, tetapi hanya hubungan sejarahnya dengan China, tiada kesan politik daripada rencana itu, jadi jangan risau. Bagi yang mencari bagi China sebagai negara pula, hanya perlu memberitahu mereka di rencana itu bahawa rencana China sebagai negara adalah di Republik Rakyat China
  • Rencana Republik Rakyat China dikekalkan. Ia sekarang sudah cukup menerangkan tentang kerajaan yang wujud di China.
  • Rencana-rencana Taiwan dan Republic of China daripada Wikipedia Ingggeris dan bahasa lain dibawa diberi linkage ke rencana Taiwan (nyahkekaburan) di mana kita menerangkan tentang cara Wikipedia Melayu menyelesaikannya.
  • Rencana-rencana relevan daripada Wikipedia Inggeris, political status of Taiwan, Taiwan independence dan Chinese reunification diterjermahkan bagi shed more light on the subject untuk para pengguna disini. Mereka juga mempunyai rencana Republic of Taiwan tetapi rencana itu bukan rencana negara, cuma rencana konsep yang mahu dicapai oleh para penyokong kemerdekaan Taiwan. Kita boleh terjemahkannya juga tetapi samalah jangan memberi ia status rencana negara. Alistair 13:16, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hai Alistair, saya bersetuju dengan cadangan anda. Untuk memastikan pemahaman para pembaca lagi, kita boleh memasukkan seayat dua dalam huruf condong pada permulaan rencana yang memberikan gambaran keseluruhan rencana itu, umpamanya:

Rencana ini berkaitan dengan ....

Keterangan yang sama ini juga boleh dimasukkan dalam rencana nyahkekaburan.

Bagi Pengguna 219.95.154.106 yang memang mempunyai pemahaman yang amat mendalam (kalau tak silap, nama anda Nerake, hehehe, si pengguna yang amat mendalam), saya hendak mengemukakan petikan daripada rencana garis panduan Wikipedia yang kini saya tengah menterjemahkan:

Secara amnya, penamaan tajuk rencana harus mengutamakan pemahaman oleh sebahagian besar pembaca (tanpa menimbulkan kekekaburan sedapat mungkin), dan pada waktu yang sama, memudahkan penciptaan pautan ke rencana yang lain. Cara yang lain untuk menyatakan prinsip penamaan rencana Wikipedia ialah:
Penamaan tajuk rencana Wikipedia harus mengutamakan pembaca berbanding penyunting, dan pembaca am berbanding pakar. — PM Poon 14:07, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]
Sebenarnya 219.95.154.106 adalah saya (Alistair), PM Poon. Saya ingat sudah log masuk tetapi entah apa yang berlaku...

Walaubagaimanapun, anda telah bersetuju dengan cadangan saya, dan persetujuan ini adalah penerimaan tawaran kontrak dibawah Akta Kontrak 1950 (The Contracts Act 1950) dan jika anda ingkar, anda boleh disaman :D

Ha ha, bergurau saja, maklumlah, saya pelajar undang-undang. Anyway, rencana undang-undang antarabangsa saya hampir siap. Selepas saya meniapkannya, baru kita boleh berbincang perihal lanjutnya. Alistair 15:02, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]

PEMBENTANGAN CADANGAN PINDAAN RENCANA BERKAIT TAIWAN[sunting sumber]

Dengan ini diistiharkan bahawa satu pembentangan meminda rencana-rencana Wikipedia Melayu berkait Taiwan dan China secara amnya seperti mana dinyatakan dibawah; telah dicadangkan dan dibuka kepada semua "ahli dewan" (iaitu pengguna Wikipedia Melayu, he he) untuk menilaikannya

Rencana dibubarkan[sunting sumber]

Taiwan, diredirect kepada Republik China di Taiwan (1949-sekarang)

Republik China diredirect kepada Republik China (1911-1949)

Isi dibahagikan mengikut kerelevanan.

Rencana baru[sunting sumber]

Republik China (1911-1949) Sejarah Republik China sebagai negara yang telah wujud di China semasa tahun 1911 ke tahun 1949. Telah pupus. Bukan rencana negara. Tidak didaftarkan sebagai negara.

Republik China di Taiwan (1949-sekarang) Rencana "negara" Taiwan. Akan didaftarkan sebagai negara dalam Wikipedia ini. Terletak di atas Pulau Taiwan di Asia Timur.

Pulau Taiwan Taiwan yang bukan politik.

Lain-lain rencana berkait perihal Taiwan dan China[sunting sumber]

Kekal. Rencana Taiwan (nyahkekaburan) dimajukan. Rencana-rencana status politik Taiwan, Kemerdekaan Taiwan, penyatuan semula dengan China, Republik Taiwan, Provinsi Taiwan (rencana tentang kewujudan Taiwan sebagai "negeri" di China bersumberkan rencana Taiwan Province Wikipedia Inggeris) dimajukan.

Cadangan PM Poon tentang nota ringkas Rencana ini berkaitan dengan... diaplikasi.

Dengan ini disabitkan kepada semua Pengguna Wikipedia Melayu untuk dinilai dan dipersetujui. Sila nyatakan sokongan anda semua disini untuk menguatkan dan memperkasakan legitemacy pembentangan ini selaras dangan amalan demokrasi di Wikipedia ini. Alistair 15:02, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]

Rencana Republik China di Taiwan (1949-sekarang) dipendekkan ke Republik China di Taiwan dengan tahun dimana ia mula wujud hanya perlu disebut dalam rencana berkenaan itu sendiri.

Hai Alistair, anda bakal peguam, saya nyah peguam. Saya jek-semua-bidang, pakar roti nan, hehehe. Bagaimanapun, sebuah kontrak tidak sah tanpa ganjaran. Oleh itu, anda kena bagi saya satu ringgit, atau secawan kopi sebagai ganti. Ini adalah keperluan Akta Kontrak 1950 (The Contracts Act 1950), bukannya keperluan saya. Sebenarnya, jika saya hendak menerima kopi anda, saya kena belanja tampang bas sebanyak RM80... lagi mahal, apa lagi kalau saya menaiki kapal terbang dan membayar tambang teksi dari Sepang ke KL! Saku terus bocor!— PM Poon 20:09, 6 Mei 2006 (UTC)[balas]


Hey, Alistair! U nie siapa? Sekejap bahasa Belanda, sekejap bahasa Cina! Saya salah teka pesanan 219.95.154.106 ialah daripada Nerake, sebab gayanya pun amat teliti semacam anda. Lain kali, janganlah lupa menandatangani pesanan anda untuk mengelakkan salah faham. Tak sangka anda boleh tulis dalam bahasa Cina.

Malangnya, portal ini terhilang dua pengguna yang amat baik, iaitu Emrrans dan Nerake. Saya mengharap-harapkan hari mereka akan kembali. By the way, apakah maknanya lukisan-lukisan yang anda conteng itu, hehehe. — PM Poon 08:26, 7 Mei 2006 (UTC)[balas]


Saya telah mulakan rencana Republik China di Taiwan tetapi ia masih belum sempurna lagi. Anda boleh memulakan Republik China (1911-1949) jika anda mahu, PM Poon. Dan bagaimana anda tahu bahawa satu kontrak memerlukan ganjaran? Hmm, just for that, I'm not telling you what those Chinese charecters mean. :D Alistair 16:02, 9 Mei 2006 (UTC)[balas]

Satu lagi, saya cadangkan kita kekalkan rencana Republik China dan Taiwan seperti sediakala sehingga kedua-dua rencana baru ini siap, untuk menggelakkan sebarang kemelut yang timbul. Alistair 16:04, 9 Mei 2006 (UTC)[balas]


Hai Alistair, saya berasa adalah lebih baik jika anda juga mengarang rencana Republik China (1911-1949) atas alasan-alasan berikut:

  • Anda lebih pandai dalam hal China dan Taiwan, berbanding saya. Saya cuma berkulit kuning tetapi sebenarnya, saya cuma kuning di luar, tetapi putih di dalam..... seolah-olah pisanglaaaa atau OCBC (Orang Cina Bukan Cina), seperti yang dikatakan oleh Nerake.
  • Oleh sebab anda mempunyai gambaran keseluruhan, penulisan anda akan lebih tekal.
  • Walaupun pimpinan MCA selalu menegaskan bahawa China mempunyai sejarah selama lima hingga enam ribu tahun, bapa saya selalu mengatakan bahawa para pemimpin MCA harus berasa malu terhadap pencapaian China dalam bidang sains dan teknologi walaupun diberikan masa yang begitu panjang. Oleh itu, saya tidak hendak ambil tahu tentang sejarah China, jika boleh... hehehe.
  • Saya duduk di atas kapal Kamus Dewan Bahasa dalam talian. Sewaktu portal itu tergendala, saya ikut tenggelam. Oleh sebab portal itu telah down sejak pagi hari yang lalu, saya hendak memberikan kejadian ini sebagai alasan yang paling kukuh, tetapi malangnya, portalnya dah up, mungkin pada pukul 3 pagi tadi. Oleh itu, saya terpaksa membatalkan alasan ini. (Portal ini memang amat menyakitkan hati. Bila saya nak ia up, ia akan down, kini saya nak ia down, ia up pulak! hehehe)
  • Alasan terakhir serta yang sebenarnya: Saya malas, hehehe.

(P/S: Alistair, adakah anda yang memperkenalkan kemudahan penterjamahan ini di Kedai Kopi? Jika ya, saya hendak mengucapkan terima kasih! Walaupun saya menyalin alamat portal itu, saya tidak pernah menggunakannya sehingga tadi kerana:

  • Saya pernah menggunakan perisian penterjemahan, tetapi berasa penggunaannya lebih menyusahkan.
  • Kamus Dewan Bahasa dah down terlalu banyak kali, dan saya terpaksa mencari sumber yang lain.

Bagaimanapun, perisian anda itu memang tiada tandingan, berbanding CD yang saya pernah beli, dan lain-lain dalam internet. Saya sudah memulakan penggunaannya tadi, tetapi masih memerlukan sedikit sokongan daripada kamus Dewan dalam talian. Saya bukan penulis rencana... sebaliknya, saya merupakan pengilang rencana. Oleh itu, saya harus menggunakan semua cara untuk menggandakan output kilang saya, hehehe. — PM Poon 22:13, 9 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hmm, balasan saya kepada alasan-alasan awak;
  • Saya sendiri pun tidak berapa pandai dalam perihal China dan Taiwan, tetapi semenjak bermulanya pembelajaran Bahasa China kira-kira satu atau dua tahun yang lalu, telah saya temui ramai orang Cina daripada China di Internet, dan mereka pun, bagi saya apa yang dikatakan 说明 (keterangan) terhadap keadaan di situ. Maklumlah, saya amat meminati politik dan perihal dunia.
  • Hmm, jadi anda pun seorang 香蕉人 (orang Pisang) ya? Biar saya menasihati awak dari seorang bukan Cina ke seorang Cina yang tiada lagi kecinaannya, he he. Sebenarnya tiada kebenaran dalam apa yang ayah awak katakan itu, dan tindakan awak membelakangkan sejarah China adalah sesuatu yang counterproductive. Jika awak tidak mencari jawapan, bagaimana anda mahu mengetahui kebenarannya? Saya cadangkan awak membaca buku 1421: The Year China Discovered The World oleh Gavin Menzies. Saya rasa buku ini mampu mengembalikan keyakinan anda dalam bangsa sendiri.
  • Malang sekali malas bukannya alasan yang boleh diterima kerana jika ia boleh diterima, saya sekarang pun usah pergi kuliah lagi :D
Walau bagaimanapun, sama ada anda hendak menyertai projek ini atau tidak terpulang kepada awak. Jika awak tidak mahu, saya tidak boleh memaksa, kerana ia adalah hak asasi anda.
Dan bukan saya yang memperkenalkan penterjemah itu, saya tidak kenal pun. Biasanya saya menggunakan [www.freetranslation.com Free Translation] ataupun BabelFish di Alta Vista. Tetapi nampakya ia berguna juga :) . Jangan terlalu bergantung kepada penterjemah sebegini kerana terjemahan mereka tidak selalunya tepat. Alistair 08:36, 11 Mei 2006 (UTC)[balas]

PEMBUBARAN RENCANA INI SELARAS DENGAN PERLAKSANAAN CADANGAN[sunting sumber]

Dengan ini saya mengistiharkan pembubaran rencana Taiwan dan pemberian redirect ke rencana baru Republik China di Taiwan selaras dengan persetujuan yang dicapai antara saya dan pengguna PM Poon dengan tidak dibantah sesiapa di Wikipedia Melayu kita ini. Diharap semua maklum akan perubahan yang dilakukan. Bahagian pembualan rencana ini dikekalkan untuk memperjelaskan rundingan yang dilakukan dan keputusan yang telahpun dicapai. Alistair 14:48, 12 Mei 2006 (UTC)[balas]

Tiada bantahan. ...Aurora... 15:40, 13 Mei 2006 (UTC)[balas]