Pulau Taiwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pulau Taiwan (Tulisan Cina Tradisional: 臺灣島 atau 台灣島, Tulisan Cina Ringkas: 台湾岛, Pinyin: Táiwān Dăo, Wade-Giles :T'ai-wan dao, (Dialek Taiwan: Tâi-oân do) merupakan sebuah pulau Asia Timur yang terletak di perairan tanah besar China, selatan Jepun dan utara Filipina. Gelaran "Taiwan" biasanya digunakan untuk merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh Republik China di Taiwan (ROC) yang merangkumi:

Pulau utama Taiwan, juga dikenali sebagai Formosa (digelarkan oleh kelasi Portugis sebagai Ilha Formosa yang bererti "pulau cantik"), bersempadan:

Pulau ini, yang panjang 394 kilometer (245 batu) dan lebar 144 kilometer (89 batu), terdiri daripada gunung-ganang yang curam dan yang diselimuti oleh tumbuh-tumbuhan tropika dan subtropika.

Kedaulatan kewujudan pulau Taiwan sebagai satu negara dipertikaikan Republik Rakyat China walaupun kerajaan di tanah besar China ini tidak pernah memerintah pulau Taiwan. Sila lihat rencana status politik Taiwan untuk maklumat lanjut.

{Pulau Taiwan yang dilihat dari langit (Gambar satelit oleh NASA)
Lokasi Taiwan

Status politik[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Republik China di Taiwan

Pada tahun 1895, Taiwan, termasuknya Pulau Penghu, menjadi tanah jajahan Jepun, yakni sebuah konsesi Empayar Qing selepas kekalahan dalam Perang Sino-Jepun Pertama (First Sino-Japanese War).

Selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia II pada 1945, Tentera Bersekutu memerintah tentera Jepun menyerahi Taiwan kepada Republik China (ROC) dan ROC menjadi pemerintah mutlak Taiwan semenjak itu.

Pada tahun 1949, sewaktu dikalahkan oleh Parti Komunis China dalam Perang Saudara China, pemerintah Kuomintang (KMT) di Republik China berundur dari tanah besar China dan memindahkan kerajaannya ke Taipei, yakni bandar raya Taiwan yang terbesar. Walaupun demikian, ia masih menuntut kedaulatan seluruh negeri China dan Mongolia. Di tanah besar, pihak Komunis mengasaskan Republik Rakyat China (People's Republic of China) (PRC) dan mengganggapkan diri sebagai wakil tunggal bagi negeri China, termasuk Taiwan, serta mewajahkan kerajaan ROC di Taiwan sebagai sebuah entiti yang tidak sah.

Taiwan telahpun berubah menjadi sebuah ekonomi perindustrian utama yang telah diisytiharkan sebagai salah satu daripada Harimau-harimau Asia Timur. Sementara itu, reformasi politik yang bermula pada akhir 1970an dan menerusi sehingga awal 1990an melonggarkan politik ROC daripada sebuah negeri satu parti yang autoritarian kepada sebuah demokrasi pelbagai parti. Pada tahun 2000, kuasa monopoli KMT terputus apabila Parti Demokratik Progresif (DPP) memenangi jawatan Presiden ROC.

Selain daripada kumpulan-kumpulan yang ingin menyatukan kembali Taiwan dengan tanah besar, terdapat sebuah gerakan kemerdekaan Taiwan yang ingin mengasaskan Republik Taiwan. Tuntutan-tuntutan bertentangan yang dikemukakan ke atas masa hadapan Taiwan telah menimbulkan perbalahan ke atas taraf politik Taiwan. Persekitaran politik juga dirumiti dengan kemungkinan pertempuran bersenjata sekiranya tindakan terang-terangan terhadap kemerdekaan ditujui. Walaubagaimanapun, adalah dasar PRC supaya "menggunakan kuasa untuk memastikan penyatuan kembali" sekiranya cara-cara yang aman gagal. Oleh sebab itu, terdapat banyak pemasangan tentera di pantai Fujian. Sebagai balasan, Amerika Syarikat telah memberi latihan tentera dan jualan senjata kepada ROC. Sesungguhpun, Amerika Syarikat telah berkali-kali menegaskan bahawa ia tidak akan menyokong pergerakan kemerdekaan Taiwan ataupun pertukaran kepada status quo daripada mana-mana pihak, baik daripada kepimpinan ROC ataupun PRC.

KMT menyokong status quo tanpa menetapkan tempoh walaupun tujuan penyatuan kembali dikekalkan kerana penyatuan dibawah iklim politik di China pada masa kini tidak dapat diterima oleh orang awamnya. DPP yang menyokong kemerdekaan Taiwan, juga menyokong status quo kerana risiko daripada pengisytiharan kemerdekaan dan provokasi terhadap tanah besar China tidak diterima oleh ahli-ahlinya. Sungguhpun, kedua-dua pihak menyokong pengambilan langkah-langkah yang aktif dalam penyertaan di organisasi-organisasi antarabangsa.

Kini, terdapat 25 buah negeri — kebanyakannya negara-negara membangun yang kecil di Afrika dan Amerika Selatan — yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Republik China, walaupun banyak negara, termasuknya Amerika Syarikat (melalui Institut Amerika (American Institut) di Taiwan) dan United Kingdom, telah mempunyai kedutaan de facto di ROC. Kedutaan-kedutaan de facto ROC dirujuk sebagai Pejabat Perwakilan Perdagangan dan Kebudayaan Taipei (Taipei Economic and Cultural Representative Offices (TECRO)), sedangkan cawangan-cawangan yang setanding dengan konsulat digelarkan sebagai Pejabat Perdagangan dan Kebudayaan Taipei (Taipei Economic and Cultural Offices (TECO)).

Setiap tahun sejak 1992, kerajaan Republik China telah mengemukakan petisyen penyertaannya kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tetapi sehingga kini, tidak berjaya disebabkan kebanyakan negeri termasuk Amerika Syarikat enggan melibatkan diri dalam taraf politik ROC kerana ketakutan menjejaskan talian diplomatik dengan PRC. Walaubagaimanapun, kedua-dua pihak Amerika Syarikat dan Jepun telahpun mengistytiharkan sokongan terhadap penyertaan Taiwan di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) sebagai peninjau. Tanpa sokongan rasmi daripada komuniti antarabangsa, tidak jelaslah bagaimana visi penyokong-penyokong kemerdekaan Taiwan dapat dicapai.

Selepas menghadapi tekanan yang sungguh kuat dari PRC, ROC telah menggunakan gelaran "Taipei China" (Chinese Taipei) di Sukan Olimpik dan acara-acara antarabangsa yang biasanya juga disertai oleh PRC.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Taiwan

Zaman prasejarah dan penempatan awal[sunting | sunting sumber]

Monolit Puyuma yang berbentuk bulan, l.k. 1896

Bukti menunjukkan bahawa penempatan manusia di Taiwan wujud sejak 30,000 tahun dahulu, walaupun penduduk-penduduk pertama di Taiwan mungkinnya berbeza secara genetik daripada kelompok-kelompok lain yang kini berada di pulau ini. Pada 4,000 tahun dahulu, nenek moyang orang asli Taiwan menetap di Taiwan. Mereka dikaitkan secara genetik dengan orang Melayu dan Polinesia, dan ahli bahasa mengelaskan bahasa mereka sebagai bahasa Austronesia. Rekod-rekod menunjukkan bahawa orang Cina Han menetap di Penghu sejak 1100-an, tetapi baru sehingga kemudian bahawa penduduk lain selain orang asli kekal menetapi di pulau utama Taiwan.

Rekod daripada China purba menunjukkan bahawa orang Cina Han mungkin mengetahui wujudnya pulau utama Taiwan sejak tempoh Tiga Kota (Three Kingdoms) (abad ke-3). Mereka telah menggelarkan pulau luar pesisir yang berdekatan seperti "Greater" dan "Minor Liuqiu" (Ryukyu) walaupun tiadanya sebarang nama yang merujuk kepada pulau utama Taiwan. Telah didakwa tanpa ditentusah bahawa Laksamana Zheng He daripada Dinasti Ming pernah melawat Taiwan di antara tahun 1403 dan 1424.

Pada abad ke-15, sebuah kapal Portugal ternampak pulau utama Taiwan dan menggelarkannya sebagai "Ilha Formosa", yakni "Pulau Indah" dalam bahasa mereka. Walaubagaimanapun, pihak Portugis tidak cuba menjajah Taiwan. Pada 1624, pihak Belanda mengasaskan sebuah pangkalan dagangan di Taiwan dan bermula mengimportkan buruh-buruh dari Fujian dan Penghu. Kebanyakan buruh tersebut kemudian menetap di sana. Pihak Taiwan menjadikan Taiwan sebagai sebuah tempat jajahan dengan menempatkan ibu negeri di Tainan.

Koxinga dan pemerintahan Empayar Cina[sunting | sunting sumber]

Tentera laut dan trup Ming yang diketuai oleh Cheng Cheng-Kung (juga digelarkan Koxinga) menewaskan pihak Belanda dan kemudiannya memecatkan kerajaan dan tenteranya di pulau pada 1662. Cheng adalah seorang lanun yang menjadi komander tentera laut. Selepas kejatuhan Dinasti Ming, Cheng berundur ke Taiwan dan mengasaskan Kerajaan Tungning (1662-1683) dengan ibu negerinya di Tainan. Mengakui sendiri sebagai seorang yang taat setia kepada Dinasti Ming, beliau dan warisnya meneruskan serangan dari Taiwan pada pantai pesisiran timur tanah besar China walaupun China kemudiannya diambilalih oleh Dinasti Qing.

Pada 1683, Dinasti Qing menewaskan Cheng, dan secara rasminya mengilhakkan Taiwan dan meletakkannya di bawah kuasa wilayah Fujian. Mengikuti penewasan cucunda lelaki Cheng oleh sebuah armada yang diketuai oleh Laksamana Shi Lang, anak buah Cheng dihalau ke kawasan yang paling jauh dalam Empayar Qing dengan ketinggalan lebih kurang 7,000 orang Han di Taiwan.

Kerajaan Qing mengendalikan dasar Taiwan supaya mengurangkan kegiatan melanun dan hidup bergelandangan di kawasan. Oleh sebab itu, satu siri edik bagi menguruskan immigrasi dan hak tanah orang asli. Pendatang tanpa izin dari Fujian masih memasuki Taiwan sebagai penyewa tanah-tanah orang asli yang begitu luas dibawah perjanjian yang biasanya melibatkan perkahwinan, sedangkan sempadan di antara tanah yang kena membayar cukai dan tanah "orang liar" semakin ditolak ke timur. Sebilangan orang asli "dicinakan" sedangkan yang lain berundur ke gunung-ganang. Pada waktu itu, terdapat beberapa pertempuran di kalangan orang Cina Han dari pelbagai kawasan di China, dan juga di antara orang China Han dan orang asli. Kebanyakan penduduk Taiwan kini yang mengganggapkan diri sebagai "penduduk asal" menuntut keturunannya daripada penghirah tersebut.

Pada 1887, kerajaan Qing membentukkan Taiwan sebagai wilayah tersendiri, yakni yang ke-20 di negeri, dengan ibu negerinya di Taipei. Tindakan ini diiringi oleh kempen pemodenan yang merangkumi pembinaan lantasan kereta api yang pertama dan permulaan perkhidmatan pos di Taiwan.

Bangunan yang sekarang dikenali sebagai Pejabat Presiden ROC pada asalnya dibina sebagai Pejabat Gabenor Jeneral oleh kerajaan jajahan Jepun.

Pemerintahan jajahan Jepun[sunting | sunting sumber]

Selepas penewasannya di Perang China-Jepun (1894-1895), China Qing menyerahkan Taiwan dan Penghu (the Pescadores) kepada pihak Jepun secara kekal melalui syarat-syarat yang diputuskan oleh pihak Jepun. Penduduk-penduduk yang masih ingin menjadi rakyat Qing diberikan tempoh tangguh selama dua tahun untuk menjual hartanya dan berpindah ke tanah besar.

Pada 25 Mei, 1895, Republik Taiwan diasaskan dengan nama "Sentiasa Qing" ("Forever Qing"), dengan ibu negerinya di Tainan], untuk menentang pemerintahan Jepun. Tentera Jepun memasuki ibu negeri dan mematahkan tentangan pada 21 Oktober 1895.

Bertentangan dengan tempat-tempat lain di Asia, Jepun cuba menggunakan Taiwan sebagai sebuah tanah jajahan contoh dan memainkan peranan penting dalam proses perindustrian pulau; mereka memanjangkan lantasan kereta api yang dibina pada akhiran pemerintahan Qing, membina sistem sanitasi dan sistem pendidikan awam di antaranya. Walaupun demikian, penduduk-penduduk yang bertutur dalam bahasa Cina dikelaskan sebagai penduduk taraf kedua dan ketiga. Keganasan secara besar-besaran berterusan pada dekad pertama pemerintahan.

Pada lebih kurang tahun 1935, pihak Jepun memulakan projek asimilasi seluruh pulau bagi mengukuhkan hubungan pulau dengan Empayar Jepun.

Pada tahun 1945, hanya sebentar sebelum Jepun kalah dalam Perang Dunia II, usaha terakhir diambil untuk menggabungkan perwakilan popular Taiwan dalam Diet Jepun dan menjadikan Taiwan sebagai sebahagian yang penting di negeri Jepun.

Pemerintahan Jepun ditamatkan dengan penewasannya di Perang Dunia II. Penandatanganan Surat Cara Penyerahan (Instrument of Surrender) pada 15 Ogos, 1945 memerintah kepulangan Taiwan kepada negeri China sebagai salah satu daripada tujuan Kuasa Bersekutu dalam pengisytiharan masa perang. Pada 25 Oktober, 1945, trup ROC yang mewakili Perintah Bersekutu, menerima penyerahan kalah oleh tentera Jepun secara rasmi di "Taihoku" (kini digelar Taipei). Walaubagaimanapun, disebabkan Perang Saudara China di antara Kuomintang (KMT) dan Komunis Cina, Perjanjian Perdamaian San Francisco pada tahun 1951 di antara Jepun dan Kuasa Bersekutu gagal dalam pemilihan penerima kedaulatan Taiwan.

Zaman Republik China[sunting | sunting sumber]

Wakil Dewan Undangan Nasional Taiwan dengan Chiang Kai-shek pada tahun 1946. Tiada buktinya bahawa penduduk Taiwan memilih wakil-wakil tersebut.

Pentadbiran ROC diumumkan pada 25 Oktober, 1945 sebagai "Hari Penyerahan Kembali Taiwan" (Taiwan Retrocession Day). Sebagaimana yang dilaporkan, mereka telah disambut oleh penduduk pulau sebagai pembebas.

Walaubagaimanapun, pentadbiran tentera Taiwan di bawah kepimpinan Chen Yi amat korup. Perbuatan rasuah yang diburukkan lagi dengan inflasi melampau, pergolakan yang disebabkan Perang Saudara China serta kesangsian kerana perbezaan politik, kebudayaan dan bahasa di antara penduduk Taiwan dan pendatang baru, dengan pantasnya menyebabkan kehilangan sokongan popular yang diperolehi oleh pentadbiran baru. Ini memuncak dengan satu siri pertentangan yang teruk di antara pentadbiran ROC dan "penduduk asal" Taiwan, dan menyebabkan pula penumpahan darah Peristiwa 228 dan zaman kezaliman.

Pada masa yang sama, Perang Saudara China sedang berlangsung. Pada tahun 1949, Kuomintang (Parti Nationalis ataupun KMT), yang pada masa itu menguasai kerajaan ROC, berundur ke Taiwan selepas kekalahan tenteranya yang berterusan di bawah tangan Parti Komunis China mengusirnya dari kebanyakan tempat di tanah besar. Sebanyak 1.3 juta orang pelarian dari tanah besar China tiba di Taiwan pada waktu itu.

Pada mula-mulanya, Amerika Syarikat meninggalkan KMT dan menjangka bahawa Taiwan akan ditewas oleh pihak komunis. Walaubagaimanpun, pada tahun 1950, Korea Utara menyerang Korea Selatan, dan dalam konteks Perang Dingin, Presiden Amerika Syarikat, Harry S. Truman campur tangan semula dengan penghantaran Angkatan ke-7 (7th Fleet) ke Selat Taiwan bagi meneutralkan selat tersebut.

Dalam Perjanjian Perdamaian San Francisco yang berkuatkuasa pada 28 April, 1952, dan Perjanjian Taipei yang diikat beberapa jam sebelum tarikh itu, Jepun melepaskan hak-hak, tuntutan dan hakmilik kepada Formosa (Taiwan) dan Peng-hu (Pescadores), dan melepaskan semua perjanjian dengan China sebelum 1942. Kedua-dua perjanjian tetap senyap tentang sesiapa yang akan menguasai pulau, antara sebabnya kerana keengganan menyebelahi mana-mana satu pihak dalam Perang Saudara China yang tengah berlangsung. Penyokong kemerdekaan Taiwan menggunakan ketinggalan ini sebagai alasan penentuan diri.

Dewan Peringatan Chiang Kai-shek di Taipei

Pada tahun-tahun dalam 1960-an dan 1970-an, Taiwan bermula berkembang menjadi sebuah ekonomi yang makmur dan dinamik serta menjadi salah satu daripada Harimau-harimau Asia Timur semasa memeliharakan sistem kerajaan satu parti yang autoritarian. Disebabkan Perang Dingin, kebanyakan negara Barat serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggap kerajaan Republik China di Taiwan sebagai kerajaan tunggal yang sah di China sehingga 1970-an apabila kebanyakan negara mengalih pengiktirafan kepada Republik Rakyat China.

Semasa Chiang Ching-kuo memegang jawatan presiden dari 1975 sehingga 1987, pelonggaran sistem politik Taiwan dimulakan dengan beransur-ansur. Pemerintahan tentera yang berkuatkuasa sejak 1948 dimansuhkan pada 1987. Sewaktu kemangkatan Chiang, Naib Presiden Lee Teng-hui mewarisnya sebagai Presiden ROC dan Pengerusi KMT, dan pemerintahan satu parti yang berkesan berakhir pada 1991. Lee adalah rakyat Taiwan pertama yang menjadi Presiden sewaktu pemerintahan KMT. Pada 2000, Presiden Chen Shui-bian daripada Democratic Progressive Party, sebuah parti pembangkang, telah dipilih dalam pilihan raya umum dan dengan ini, menjadikan peralihan kuasa pertama yang demokratik dan aman.

Selepas terselamat daripada pembunuhan pada malam sebelum Pilihan Raya Umum 2004 yang menimbulkan perbalahan dan didakwa oleh pembangkang sebagai persembahan untuk mendapat undi kesian, Chen dipilih semula dengan kelebihan yang sungguh tipis. Siasatan perubatan dan siasatan polis menentusah bahawa luka Presiden Chen dan Naib Presiden Annette Lu adalah benar, dan tiada buktinya bahawa pembunuhan merupakan tayangan.

Lihat juga:

Pembahagian politik[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Pembahagian politik di Republik China

Pulau Taiwan mengandungi kesemua kecuali satu daerah di Wilayah Taiwan: 15 daerah dan lima bandar raya yang ditadbir oleh wilayah. Penghu (the Pescadores) merupakan daerah tunggal di Wilayah Taiwan yang bukan di pulau Taiwan. Dua bandar raya yang terbesar di Taiwan, iaitu Taipei dan Kaohsiung, walaupun terletaknya di pulau Taiwan, bukannya sebahagian Wilayah Taiwan tetapi merupakan perbandaran yang ditadbir oleh pusat dengan taraf yang setanding dengan wilayah.

Sejak 1998, sebahagian besar tingkat wilayah kerajaan telah dimansuhkan, meninggalkan daerah sebagai pembahagian utama di bawah kerajaan pusat. Kini, selain daripada pulau utama Taiwan, Republik China juga menguasai Penghu (Pescadores), Kinmen (Quemoy), Kepulauan Matsu yang terletaknya di Selat Taiwan berdekatan dengan pantai persisiran tanah besar Fujian (Fuchien), serta sebahagian kepulauan Pantai Persisiran Pasifik (terutamanya Pulau Green dan Pulau Orchid). Tambahan lagi, ROC juga menuntut beberapa pulau di Laut China Selatan, terutamanya:

  • Kepulauan Spratly (Nansha) yang dituntut serentak oleh PRC, ROC dan sebilangan negara Asia Tenggara; dan
  • Kepulauan Senkaku (Diaoyutai) di Pantai Persisiran Pasifik yang kini dikuasai oleh Jepun tetapi dipertikaikan oleh PRC dan ROC.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Geografi Taiwan
Taman Negara Taroko

Pulau Taiwan menyeberangi Selat Taiwan dan terletaknya 200 kilometer dari pantai tenggara China. Luas kawasannya 35,801 kilometer persegi (13,823 batu persegi), dengan:

Pulau ini disifatkan dengan kontras di antara bahagian dua pertiga di timur yang mengandungi lima bangaran yang berceranggah dari utara ke hujung selatan pulau, dan dataran yang beralun di barat dan yang diduduki sebahagian besar penduduk Taiwan. Titik tertinggi Taiwan ialah Yu Shan yang berukuran 3,952 meter.

Iklim Taiwan ialah tropika marin. Musim hujan berlanjutan dari Jun hingga Ogos semasa monsun barat daya, walaupun cuacanya mendung pada seluruh tahun. Bencana alam merangkumi taufan dan gempa bumi.

Taiwan merupakan pusat endemisme burung. Sila lihat Burung Endemik Taiwan untuk maklumat lanjut.

Dengan kepadatan penduduk yang tinggi dan kilang yang banyak, Taiwan mengalami pencemaran yang teruk. Menurut sebuah laporan, Taiwan ditempatkan 119 daripada 143 buah negara yang diperiksa oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga ("Energy Information Administration"). Bandar raya Taipei mengalami pencemaran udara yang amat teruk yang disebabkan oleh lingkaran gunung-ganang yang mengelilingnya dan yang sebenarnya menyekat jelaga dan asbut di dalam bandar raya.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Demografi Taiwan

Fail:Taiwan NASA Terra MODIS 23791a.jpg
Taiwan kebanyakannya bergunung-ganang di timur tetapi berubah perlahan menjadi cerun landai di barat. Pulau Penghu (Pescadores) di barat Taiwan. (Gambar satelit oleh NASA)


Jumlah penduduk ROC dijangka pada tahun 2005 sebanyak 22.9 juta, dan kebanyakannya menduduki di Taiwan. Lebih kurang 98 peratus daripada jumlah penduduknya adalah berbangsa China Han dan 84 peratus daripadanya adalah keturunan pendatang awal Han yang dikenali sebagai "penduduk asal" (c: 本省人; p: Bensheng ren; harfiah: "orang tempatan wilayah"). Kelompok ini mengandungi dua subkumpulan:

  • orang Fujian Selatan (terdiri daripada 70 peratus jumlah penduduk) yang berhijrah dari pantai persisiran Fujian Selatan di tenggara tanah besar China; dan
  • orang Hakka (15% daripada jumlah penduduk) yang pada asalnya, berhijrah ke Guangdong di selatan dan kawasan sekelilingnya serta ke Taiwan di mana kebanyakan daripada mereka berkahwin dengan orang asli Taiwan.

Ketinggalan 14 peratus adalah orang China Han yang dikenali sebagai orang tanah besar (外省人; Waisheng ren; harfiah: "orang luar wilayah") dan terdiri daripada keturunan pendatang yang tiba selepas Perang Dunia II. Kumpulan ini melarikan diri dari tanah besar China pada 1949 selepas kekalahan Kuomintang di Perang Saudara China. Dalu ren (大陸人) merujuk kepada penduduk Tanah Besar China. Kumpulan ini mengecualikan hampir kesemua orang Taiwan, termasuknya orang tanah besar China, tetapi termasuk pendatang yang baru dari tanah besar China, umpamanya mereka yang menjadi warganegara Republik China melalui perkahwinan.

Yang lagi 2 peratus daripada penduduk Taiwan yang berjumlah lebih kurang 440,000 adalah orang asli Taiwan (原住民; yuánzhùmín; harfiah: "penduduk asal"), yang dibahagikan kepada 12 kumpulan utama: Ami, Atayal, Paiwan, Bunun, Puyuma, Rukai, Tsou, Saisiyat, Yami, Thao, Kavalan dan Taroko.

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan penduduk Taiwan yang dilahirkan selepas akhir 1950-an boleh bertutur dalam bahasa Mandarin yang telah menjadi bahasa perantaraan di sekolah selama lebih daripada empat dekad. Sebahagian besar daripada penduduknya juga boleh bertutur dalam bahasa Taiwan, sejenis kelainan Min-nan. Orang Hakka mempunyai loghat yang berbeza. Pada antara 1900 dan 1945, bahasa Jepun adalah bahasa perantaraan di sekolah, dan ramai orang Taiwan yang dididik pada masa itu boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Jepun.

Biasanya, sekolah Taiwan juga mengajar dalam bahasa Inggeris dan menghasilkan sebuah negara yang tribahasa. Ramai lagi penduduk yang boleh berbahas dalam lebih banyak bahasa. Romanisasi bahasa Cina di Taiwan menggunakan kedua-dua Tongyong pinyin yang diamalkan oleh kerajaan nasional, dan Hanyu pinyin yang digunakan di beberapa kawasan. Sistem Wade-Giles juga diguna mengikut tradisi. Datuk Bandar Ma Ying-jeou baru-baru ini berjaya dalam pertukaran kesemua nama lebuh raya di Taipei ke bentuk Hanyu, walaupun kebanyakan romanisasi di bandar raya yang lain masih menggunakan Tongyong. Kebanyakan kelompok orang asli di Taiwan mempunyai bahasa masing-masing dan berbeza dengan bahasa Taiwan dan Hakka, bahasa itu bukan tergolong dalam rumpun bahasa Cina, tetapi tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia.

Agama[sunting | sunting sumber]

Lebih kurang setengah daripada penduduk ROC beragama, dan kebanyakannya merupakan penganut agama Buddha atau agama Taoisme. Kepercayaan kepada agama orang kebanyakan juga tersebar luas, dan ramai orang mengamalkan penggabungan ketiga-tiga agama. Konfusianisme adalah mazhab dan tatetika yang dikurniai. Gereja Kristian telah lama giat di Taiwan. Sebahagian besar daripada gereja-gereja ini adalah Prostestan, dengan Presbyterian memainkan peranan yang penting. Islam mengalami perkembangan di Taiwan, kurang lebih ada 50 ribu penduduk Taiwan yang muslim dan ada 120 ribu tenaga kerja asing yang kebanyakan berasal dari Indonesia yang muslim.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Ekonomi Taiwan

Taiwan mempunyai sistem ekonomi kapitalis yang dinamik dengan penglibatan kerajaan dalam pelaburan dan perdagangan luar negeri beransur-ansur dikurangkan. Dalam memeliharakan arah alihan ini, kerajaan telah menswastakan beberapa bank dan firma perindustrian yang besar. Pertumbuhan yang benar dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah 8 peratus pada puratanya sepanjang tiga dekad yang lalu. Eksport merupakan dorongan utama dalam proses pengindustrian. Lebihan dagangannya amat besar dan simpanan wang asing merupakan ketiga terbesar di dunia. ROC mempunyai mata wang sendiri: Dolar Taiwan Baru (New Taiwan Dollar).

Pertanian merupakan cuma 2 peratus daripada KDNK, turun daripada 35 peratus pada tahun 1952. Industri-industri intensif buruh yang tradisional telah berpindah beransur-ansur ke luar pesisir, dengan industri-industri intensif modal dan intensif teknologi menggantikannya. Taiwan adalah pelabuh yang utama di tanah bsar China, Thailand, Indonesia, Filipina, Malaysia dan Vietnam; 50,000 perniagaan Taiwan telah diasaskan di tanah besar China. Taiwan adalah salah satu daripada pelabuh asing yang terbesar di tanah besar China.

Bandar raya Taipei pada waktu malam.

Disebabkan pendekatan kewangan yang konservatif dan kekuatan keusahawanan, Taiwan tidak mengalami kesulitan yang sebesar apabila dibandingkan dengan jiran-jirannya dalam Krisis Kewangan Asia pada 1998 hingga 1999. Walaubagaimanapun, kemerosotan ekonomi sejagat, bergabung dengan penyelerasan dasar yang kurang baik oleh pentadbiran baru serta hutang lapuk yang semakin bertambah dalam sistem perbankan telah mendesak Taiwan ke arah kemelesetan pada 2001. Tahun itu merupakan tahun pertumbuhan negatif pertama sejak 1947. Disebabkan pemindahan banyak industri intensif buruh dan pengilangan ke tanah besar China, penggangguran mencapai kemuncak yang setaraf dengan masa krisis minyak pada 1970-an. Masalah ini menjadi satu daripada isu utama di Pilihan Raya Presiden ROC pada 2004. Pada akhirnya, kadar pengganguran merosot selepas kerajaan mengamalkan beberapa langkah-langkah untuk merangsang ekonomi.

ROC telah memasuki pertubuhan-pertubuhan perdagangan kerajaan antarabangsa seperti Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) di bawah nama "Wilayah Kastam Berasingan Taiwan, Penghu, Kinmen dan Matsu" (Separate Customs Territory of Taiwan, Penghu, Kinmen and Matsu) (台灣、澎湖、金門及馬祖個別關稅領域) di WTO dan di bawah nama Taipei China di APEC. Walaupun Republik Rakyat China (RRC) membangkang hubungan diplomak ataupun rasmi di antara negara-negara asing dengan ROC, ia tidak membantah hubungan ekonomi. Walaubagaimana, disebabkan tekanan RRC, RC telah mengambil bahagian dalam organisasi-organisasi kerajaan di bawah nama-nama yang berlainan.

Pembukaan Taipei 101 pada 31 Disember 2004 telah membawa lebih pengiktirafan dunia kepada Taiwan dan Taipei. Taipei 101, yang dilengkapi dengan lif yang terpantas di dunia, merupakan bangunan yang tertinggi di dunia. Daerah kewangan disekeliling semakin diiktirafkan di pasaran dunia, dan sebuah daerah membeli-belah yang mengikut perkembang fesyen juga bertumbuh secara pesat berdekatannya.

Dengan Singapura, Korea Selatan dan Hong Kong, Taiwan dikenali sebagai salah satu daripada Harimau-harimau Asia Timur.


Budaya[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Budaya Taiwan

Seorang penari dalam pakaian tradisional orang asli

Budaya utama Taiwan terutamanya berasal daripada budaya tradisional Cina, dengan pengaruh yang agak besar daripada Jepun dan Amerika Syarikat, khususnya dalam bidang politik dan senibina. Orang asli Taiwan juga mempunyai budaya yang berbeza. Seni halus, tradisi orang kebanyakan, dan budaya popular merangkumi motif tradisional dan moden dari Asia dan Barat.

en:Karaoke yang dikenali sebagai KTV amat popular di Taiwan dan merupakan satu contoh pengarah budaya Jepun sezaman. en:Pachinko merupakan lagi satu contoh yang lain.

Budaya Taiwan juga mempengaruhi budaya Barat: Teh buih (Bubble tea) dan teh susu (milk tea) merupakan minuman popular yang dijual di merata-rata pusat bandar raya di Eropah, Kanada dan Amerika Syarikat.

Lebih kurang 80 peratus penduduk di Taiwan tergolong dalam kelompok etnik Holo dan bertutur dalam kedua-dua Mandarin dan bahasa Taiwan. Mandarin merupakan bahasa utama sebagai bahasa perantaraan di sekolah; walaupun demikian, kebanyakan media bertutur dibahagikan antara Mandarin dan bahasa Taiwan. Berbahas dalam bahasa Taiwan di bawah pergerakan penyetempatan telah menjadi lambang untuk menyatakan identiti Taiwan, dan bahasa itu telah mengalami kemunculan sejak awal 1990-an. Hakka yang merupakan lebih kurang 10 peratus jumlah penduduk mempunyai bahasa sendiri yang berbeza. Kelompok minoriti orang asli masih bertutur dalam bahasa asal, walaupun kebanyakannya boleh bertutur dalam Mandarin dan bahasa Taiwan.

Kuil Longshan, Taipei, merupakan contoh senibina yang mempunyai pengaruh oleh Cina Selatan biasa dilihat pada bangunan-bangunan lama di Taiwan.

Pergerakan penyetempatan Taiwan berlangsung menjadi pendorong utama dalam budaya Taiwan sebagai reaksi kepada penindasan oleh bekas kerajaan Kuomintang dan perasaan permusuhan dari Republik Rakyat China. Dengan demikian, politik identiti, bersama-sama dengan perpisahan politik dari tanah besar China yang melebihi 100 tahun, termasuknya 50 tahun di bawah pemerintahan jajahan Jepun, telah menyebabkan tradisi yang berbeza di banyak bidang, umpamanya masakan, wayang gambar, fotografi, opera dan muzik.

Salah satu daripada tarikan utama ialah Muzium Istana Nasional (National Palace Museum), yang mengandungi lebih daripada 650,000 barang gangsa, jed, seni khat, lukisan dan porselin Cina. KMT Chiang Kai Shek berpindah koleksi ini dari Kota Larangan ke Beijing pada 1949 sewaktu mereka melarikan diri ke Taiwan. Koleksi ini yang dijangka merupakan 10 peratus harta karun kebudayaan China amat banyak dan hanya 1 peratus sahaja dipamerkan pada setiap masa.

Kedai bertema mecha anime Jepun di Taipei. Budaya Jepun adalah pengaruh kuat di Taiwan.

Budaya kedai mudah beli[sunting | sunting sumber]

Dengan kemegahan kedai muda beli yang berjumlah 8,058 di kawasan yang berukuran 35,980 kilometer persegi dan jumlah penduduk sebanyak 22.9 juta, Taiwan merupakan kepadatan kedai muda beli setiap penduduk yang tertinggi di dunia: sebuah kedai bagi setiap 2,800 penduduk ataupun 0.000357 kedai setiap penduduk (2005 ACNielsen ShopperTrends). Dengan 3,680 kedai 7-Eleven, Taiwan juga mempunya kepadatan kedai 7-Eleven bagi setiap pendudk yang tertinggi di dunia: sebuah kedai bagi setiap 6200 penduduk ataupun 0.000161 kedai setiap penduduk (Halaman Pelesenan Antarabangsa bagi Laman Web 7-Eleven). Di Taipei, tidak luar biasa jika terdapat dua kedai 7-Eleven menyeberangi jalan ataupun banyak kedainya di kalangan beberapa ratus meter dari satu sama lain. Oleh sebab ia terdapat di merata-rata tempat, kedai mudah beli di Taiwan berkhidmat bagi pihak institusi kewangan, agensi kerajaan seperti pengutipan yuran meletak kereta, bil utiliti, denda kesalahan lalu lintas, dan bayaran kad kredit. 80 peratus daripada pembeli-belah rumah tangga di bandar membeli di kedai mudah beli setiap minggu (2005 ACNielsen ShopperTrends). Kebolehan membeli makanan, minuman, makanan segera, majalah, video, permainan komputer dan sebagainya 24 jam sehari dan di mana-mana sudut jalan memudahkan kehidupan bagi penduduk Taiwan yang amat sibuk dan tergesa-gesa.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Berita Taiwan[sunting | sunting sumber]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]