Republik China di Taiwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jangan terkeliru dengan Republik Rakyat China
Republik China Taiwan
中華民國
Zhōnghuá Mínguó
Bendera
Lagu: San Min Chu-i (Lagu Kebangsaan Negara) & Guoqi ge (Lagu Bendera Kebangsaan Negara)
Peta menunjukan kawasan bebas Republik China di Taiwan.Republik China pada asalnya meliputi seluruh tanah besar China.
Peta menunjukan kawasan bebas Republik China di Taiwan.Republik China pada asalnya meliputi seluruh tanah besar China.
Ibu negara
dan bandar terbesar
Taipei
Bahasa rasmi Bahasa Cina, Mandarin
Kerajaan Republik Semi-presiden
 -  Presiden Ma Ying-jeou
 -  Naib Presiden Wu Den-yih
 -  Perdana Menteri Jiang Yi-huah
Penubuhan Revolusi Xinhai
 -  Pengisytiharan kemerdekaan 10 Oktober 1911 
 -  Pengisytiharan Republik 1 Januari 1912 
 -  Pemindahan ke Taiwan 7 Disember 1949 
 -  Perairan (%) 10.34
Populasi
 -  2008 (anggaran) 22,920,946[1] (ke-47)
 -  2007 (anggaran) 22,858,872
KDNK (PPP) 2006 anggaran
 -  Jumlah $668.3 bilion (ke-16)
 -  Per kapita $30,084 (ke-23)
HDI (2004) 0.925 (- / tinggi)
Mata wang Dolar Taiwan Baru (TWD)
Zon waktu CST (UTC+1)
 -  Musim panas (DST) tiada (UTC)
Kod panggilan 886
Internet TLD .tw

"Taiwan" serta "Wilayah Taiwan" dilencong ke rencana ini. Rencana ini berkaitan dengan kerajaan yang memerintah Pulau Taiwan. Untuk istilah lain di bawah nama yang sama, sila lihat Taiwan (nyahkekaburan)

"Republik China" dilencong ke rencana ini selaras dengan persetujuan untuk membahagikan rencana itu kepada dua iaitu satu adalah rencana ini dan satu lagi adalah Republik China (1911-1949). Ini adalah kewujudan Republik China pada satu masa bukanlah di Taiwan tetapi di tanah besar China sebelum tahun 1949

Republik China Taiwan atau dulu dikenali sebagai Formosa (Cina Tradisional: 中華民國, Cina Ringkas: 中华民国, pinyin: Zhōnghuá Mínguó Wade-Giles: Chung¹-hua² Min²-kuo², Tongyong Pinyin: JhongHuá MínGuó, Dialek Taiwan: Tiong-hoâ Bîn-kok) ataupun Republik China Taipei adalah satu negara yang mula memerintah pulau Taiwan secara sendirinya pada tahun 1949 berikutan Perang Saudara Cina yang berlaku di tanah besar sebelumnya. Negara ini juga memerintah Kepulauan Pescadores, Quemoy, dan Kepulauan Matsu. Dalam Bahasa Melayu, seperti juga di dalam Bahasa Cina, nama 台灣 "Taiwan" digunakan untuk merujuk kepada negara ini dan orangnya biasanya dipanggil orang Taiwan ( 台灣人 Táiwān rén). Walaupun "Republik China Taiwan" adalah nama formal negara ini, perkataan "China" itu sendiri sekarang biasanya merujuk kepada tanah besar China yang pemerintahannya diambil-alih oleh Republik Rakyat China selepas berakhirnya pemerintahan kerajaan Republik China pada tahun 1949. Lihat Republik China (1911-1949) dan Perang Saudara Cina untuk keterangan lanjut.

Republik China (ROC) itu sendiri bermula di tanah besar China, selepas penggulingan pemerintahan Dinasti Qing pada tahun 1912 menandakan penamatan 2,000 tahun pemerintahan bermaharaja. Kewujudan ia di tanah besar China adalah secara kewujudan panglima perang, Pencerobohan Jepun, dan perang saudara. Pemerintahannya di tanah besar tamat pada tahun 1949 apabila Parti Komunis China menggulingkan pemerintahan Parti Negara China (juga dikenali sebagai Kuomintang). Lihat Republik China (1911-1949)

Kerajaan ROC berpindah ke pulau Taiwan dan mendirikan ibu negara sementaranya di Taipei dimana ia terus menggangap dirinya sebagai satu-satunya kerajaaan keseluruhan China termasuk tanah besar yang sah. Pada masa yang sama, komunis di tanah besar mengishtiharkan kewujudan Republik Rakyat China dan mendakwa menjadi negara suksesor kepada ROC di seluruh negara China (termasuk Taiwan) dan kerajaan Nationalis di Taiwan tidak sah. Daripada pengasasannya sehinggalah pemindahannya ke pulau Taiwan, Republik China telah dikatakan sebagai satu produk Kuomintang (KMT)—sebuah parti politik yang wujud hasil revolusi yang telah mengasaskan Republik, sekalipun parti itu tidak lagi memerintah di Taiwan.

Kerajaan Republik China kini telah mengukuhkan kedudukannya di Taiwan dan menjadi sebati dengan Taiwan. Oleh sebab ini, ia tidak lagi menuntut hak pemerintahan di tanah besar China dan Mongolia. Dewan Undangan Nasional (yang tidak lagi wujud) juga telah meluluskan pindaan perlembagaan memberi penduduk Taiwan, Pescadores, Quemoy, dan Matsu satu-satunya hak memerintah republik melalui pilihanraya melantik Presiden dan keseluruhan Legislatur bersama dengan pilihanraya meluluskan pindaan pada perlembagaan Republik China. Ini menandakan bahawa kerajaan Republik mengakui bahawa hak pemerintahannya terbatas kepada kawasan tahlukannya sahaja. Reformasi yang dimulai oleh Republik di Taiwan pada tahun 1980-an dan tahun 1990-an telah mengubah Taiwan dari satu diktatorship pemerintahan satu parti ke suatu demokrasi.

Meskipun Perang Dingin telah tamat, status politik Taiwan terus menjadi suatu isu hangat pada kedua-dua belah selat Taiwan. Kerajaan Republik adalah salah satu daripada pengasas utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan salah satu daripada anggota Majlis Keselamatan yang berstatus tetap yang asal. Akan tetapi, pada tahun 1971, kerajaan ini yang hanya memeritah Taiwan sahaja ditendang keluar daripada PBB dan digantikan oleh Republik Rakyat China. Meskipun begitu, kerajaan Republik kini tidak mahu kembali status anggota tetap yang terpaksa dilepaskan pada masa itu. Kini, ia hanya mahu menganggotai PBB sebagai negara yang asing daripada Republik Rakyat China. Ia telah cuba menanggotai PBB dari masa ke semasa akan tetapi gagal setiap kali mencuba kerana penuntutan kerajaan Republik Rakyat keatas Taiwan, pengiktirafan kerajaan Republik di Taiwan oleh kerajaan dunia yang lain terjejas teruk disebabkan Dasar Satu China yang dipromosi oleh kerajaan Republik Rakyat di tanah besar China disamping tekanan ekonomi dan diplomatik negara itu. Kebayakan negara dunia mengubah pengiktirafan mereka ke kerajaan Republik Rakyat di tanah besar pada tahun 1970-an dan kini, Republik China di Taiwan hanya diiktiraf 25 negara sahaja.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Taiwan

Taiwan pada asalnya adalah jajahan Jepun pada tahun 1895-1945, hasil kekalahan teruk dinasti Qing selepas Perang China-Jepun Pertama. Selepas kekalahan yang dialami Jepun pada Perang Dunia II, Taiwan telah diberikan kepada tentera Perikatan dan diduduki oleh Republik China. Ia diperintah oleh kerajaan tentera yang korup, lantas ia terjerumus kedalam keadaan kelam-kabut yang mencapai kemuncaknya pada peristiwa 228. Darurat telah diistiharkan pada tahun 1948.

Dalam keadaan tidak menentu ini, selepas kekalahan yang dialami kerajaan parti KMT di tanah besar China pada tahun 1949, Chiang Kai-shek mengberi order berpindah ke pulau Taiwan dan mengistiharkan bandaraya Taipei sebagai ibu negara sementaranya. 2 juta penduduk tanah besar China juga telah mengikuti beliau ke Taiwan, lantas menjadikan jumlah penduduk pulau kecil itu bertambah ke 8 juta.

Semasa era Perang Dingin, Republik China dinampakkan Barat sebagai "Negara China yang bebas" dan suatu bentuk penentangan terhadap Komunisme, manakala Republik Rakyat China telah dilihat sebagai "China Merah" atau "China Komunis". Kerajaan Republik China diiktiraf sebagai satu-satunya kerajaan keseluruhan tanah besar China dan Taiwan yang sah oleh PBB dan kebanyakan negara Barat sehingga tahun 1970-an. Negara Timur juga sedemikian rupa.

Taiwan terus berada di bawah pemerintahan darurat seperti yang diperuntukkan di bawah "Provisyen Sementara Efektif Semasa Pemberontakan Komunis" ( 動員戡亂時期臨時條款) dan pemerintahan satu parti sehingga empat dekad dari tahun 1948 ke tahun 1987, apabila Presiden Chiang Ching-kuo dan Lee Teng-hui, iaitu Presiden pertama Taiwan yang merupakan penduduk tempatan, secara beransur mengliberalisasikan dan mengdemokrasikan system pemerintahan.

Pada tahun 2000, Chen Shui-bian dari parti pro-Merdeka Parti Progresif Demokrat (DPP) memenangi pilihan raya presiden dan menjadi Presiden pertama ROC yang bukan daripada parti KMT. Dalam pilihanraya presiden yang berlangsung pada tahun 2004, selepas peristiwa penembakan 19/3 yang berlaku satu hari sebelum hari mengundi, Chen dilantik semula sebagai Presiden Taiwan dengan kemenangan tipis 0.2%. Parti pimpinan Chen, DPP, juga gagal menguasai dewan undangan dengan memenangi mejoriti kerusi, dan kalah kepada parti KMT yang mahukan penyatuan semula dengan tanah besar China pada tahun 2005. Akan tetapi, DPP berjaya menguasai Dewan Undangan Nasional Republik China.

Politik[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Politik Republik China


Lihat juga: Perlembagaan Republik China di Taiwan

Kawasan pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kawasan Pentadbiran yang dituntut oleh Rapublik China

Organisasi politik Republik China pada asalnya didasarkan perlembagaan yang ditulis pada tahun 1947 di tanah besar China sebelum tumpasnya Republik di sana ke tangan Komunis. Dengan itu, divisi utama dibawah kerajaan adalah dengan provinsi Taiwan dan sesetengah cebisan provinsi Fujian yang diperintah dalam realiti dengan peruntukkan terhadap provinsi lain di negara China yang tidak dapat digunapakai. Walau bagaimanapun, status bandar Taipei dan Kaohsiung telah diangkat status mereka menjadi wilayah Republik China sentral yang mempunyai status sama seperti provinsi dibawah pemerintahan terus ke kerajaan pusat dan fungsi kerajaan provinsi Taiwan dan Fujian diagihkan diantara kerajaan pusat di Taiwan dan kerajaan daerah Taiwan.

Kepulauan provinsi Fujian yang diperintah ROC diwarnai merah

Republik China juga memerintah Kepulauan Dongsha dan Pulau Taiping yang terdiri daripada Kepulauan Laut China Selatan yang hak milik dipertikai. Dibawah sempadan rasmi ROC, mereka merupakan sebahagaian daripada wilayah pulau Hainan.

Tambahan pula, walaupun ROC tidak membatalkan tuntutannya terhadap tanah besar China (termasuk Tibet), Mongolia dan Tuva pada tahun 1991 pemerintahan kerajaan PRC di kawasan-kawasan tersebut diakui, dan ini telah menimbulkan kebimbangan bahawa ROC bercadang untuk tidak lagi menuntuk wilayah-wilayah berkenaan. Satu sebab kenapa ROC tidak pernah secara rasmi membubarkan tuntutan mereka terhadap wilayah-wilayah ini adalah kerana rasa takut kepada ancaman kerajaan PRC untuk menyerang Taiwan atas sebarang persediaan untuk merdeka.

Kerajaan DPP di bawah Chen Shui-bian bertindak tidak menghiraukan tuntutan-tuntutan lama ini dengan mewujudkan pejabat perwakilan Taiwan di ibu negara Mongolia, Ulan Bator. Peta-peta rasmi ROC masih menampakkan 35 provinsi di tanah besar dan bukannnya 23 sepertimana ditunjukkan oleh peta PRC yang merupakan realiti masa kini. Parti pemerintah DPP telah memansuhkan syarat yang mewajubkan pembuat peta Taiwan untuk menunjukkan sempadan rasmi ROC.

Ketenteraan[sunting | sunting sumber]

Pada hari ini, Republik China di Taiwan mempunyai kerahan tentera yang besar bagi tujuan menentang Republik Rakyat China di tanah besar yang masih nekad berperang dengan Taiwan. Daripada pengunduran ROC di tanah besar pada tahun 1949 sehingga tahun 1970-an, misi utama ketenteraan adalah untuk 'mengambil semula tanah air besar'. Dengan keadaannya sekarang sebagai pertahanan kepada pencerobohan yang bakal dilaksanakan tanah besar China, tentera ROC telah menekankan lagi Tentera Udara dan Tentera Laut daripada Tentera Darat. Kawalan tentera republik juga telah diserahkan kepada rakyat sejagat.

Ahli tentera ROC berjumlah lebih kurang 300,000 dengan simpanan berjumlah 3,870,000. Republik ini telah melaksanakan program bagi mengurangkan ahlinya daripada 430, 000 pada tahun 1990-an berikutan kemajuan alatan perangnya. Umur minima menyertai tentera republik ini adalah 18 tahun, akan tetapi sebahagian daripada program pengurangan ahli ini menampakkan sesetengah ahli ditukar ke agensi kerajaan lain atau industri kerajaan yang relevan kepada ketenteraan. Antara rancangan pada masa kini adalah untuk memodenkan tentera menjadi tentera professional pada dekad yang akan datang dan menghadkan konscripsi kepada 3 bulan.

Perihal utama tentera Taiwan pada ketika ini adalah kemunkinan serangan daripada tanah besar China. Kemungkinan diserang ini adalah realiti yang berkemungkinan besar berlaku. Maka, republik telah bersedia dengan benteng pertahanan yang mantap, latihan serangan udara dan persediaan menghadapi serangan hendap. Kementerian Pertahanan telah bercadang memesan submarin diesel dan batteri anti-peluru dari Amerika Syarikat untuk pertahanan, tetapi telah dihalang pihak Pan-Biru (pembangkang dalam Yuan Perwakilan) baru-baru ini (tahun 2005). Terdapat banyak alatan perang yang telah dibeli oleh ROC dari Amerika Syarikat dibawah Akta Perhubungan Taiwannya. Pada masa lalu, ROC juga telah membeli alatan pertahanan daripada negara Perancis dan Belanda.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Taipei 101, bangunan pencakar langit di Taiwan yang merupakan kedua tertinggi di dunia
Rencana utama: Ekonomi Taiwan

Ekonomi Taiwan sebelum abad ke-20 hampir keseluruhannya berbentuk pertanian. Semasa penjajahan Jepun (1895-1945) pula industrinya mula membangun, dengan orang Jepun membina kebanyakan infrustruktur yang menolong membangunkan ekonomi Taiwan dengan pesat, contohnya landasan keretapi yang menghubungkan utara dan selatan Taiwan.

Republik China yang moden mempunyai ekonomi kapitalis yang dinamik dengan kurang pembabitan kerajaan dalam pelaburan dan perdagangan asing. Di samping ini, beberapa bank dan syarikat awam milik republik juga telah diswastakan. Pertumbuhan GDP adalah sekitar lapan peratus dalam tiga dekad yang telah berlalu dengan eksport yang banyak membantu. Jurang surplus perdagangan juga agak banyak, dan simpanan mata wang asing adalah yang ketiga terbesar di dunia.

Pertanian menyumbang hanya dua peratus daripada GDP, kurang daripada 35 peratus pada tahun 1952. Industri-industri yang dahulunya dijanakan buruh kini diambil-alih oleh kewangan dan teknologi yang intensif. Taiwan telah menjadi pelabur dalam beberapa buah negara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam termasuk negara sendirinya di tanah besar China. Kini terdapat 50,000 perniagaan Taiwan di negara China.

Disebabkan pendekatannya yang konservatif kepada kewangan dan semangat entrepreneurialnya yang tinggi, ekonomi Taiwan tidak banyak terjejas berbanding negara-negara jirannya pada krisis kewangan 1997 di Asia. Akan tetapi, ekonomi dunia yang perlahan dan polisi yang tidak cekap telah memungkinkan ekonomi Taiwan terjejas pada tahun 2001 yang lalu, iaitu pertama semenjak tahun 1947. Disebabkan sumber tenaga buruh didatangkan dari tanah besar China, pengangguran juga bertambah buruk dan dijadikan isu semasa pilihanraya presiden ROC tahun 2004 yang lalu.

Disebabkan kerajaan PRC membantah ROC mempunyai perhubugan rasmi dengan negara-negara lain, ROC seringkali menyertai badan ekonomi dunia dibawah nama yang agak pelik seperti Wilayah Kastam Berasingan Taiwan, Penghu, Kinmen dan Matsu ( 台灣、澎湖、金門及馬祖個別關稅領域) dibawah Pertubuhan Perdagangan Dunia dan China Taipei dibawah APEC.

Budaya[sunting | sunting sumber]

Artikel utama: Budaya Taiwan

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Umum