Perbincangan pengguna:Polar/Arkib3

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Terima Kasih[sunting sumber]

Terima kasih kerana sudi menyambut kehadiran saya di Wikipedia ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menanya, dimanakah anda boleh temui kotak pengguna? Kesemuanya kelihatan amat menarik! Alistair 04:38, 3 Mei 2006 (UTC)[balas]


Hai Polar, kenapa tak dapat cari tempoh hari? Tak kan u tak ade kalendar? — 08:50, 3 Mei 2006 (UTC)

Cuma nak tarik kaki awak[sunting sumber]

Hai Polar, sebenarnya saya faham tentang apa yang anda maksudkan dengan "tempoh hari", cuma nak tarik kaki awak (pull your leg) saje, hehehe.

Kini, angin saya dah tiup menjauhi rencana kerelatifan. Bolehkah awak membantu saya menterjemahkan gambarajah-gambarajah dalam rencana Pengenalan kerelatifan khas. Oleh sebab terjemahan saya tidak tepat, kalau saya menterjemahkan gambarajah itu dalam format png, memang susah bagi sesiapa nak membetulkannya.

Dulu, saya tengah mencari kamus Indonesia dalam talian yang baik, tetapi tidak dapat. Kini dah terjumpa! Hmmmm, kan Wikipedia bahasa Indonesia kini mempunyai 23,000 rencana. Untuk mempercepatkan perkembangan portal ini, saya akan menunggang mereka, hehehe. Dah memindahkan dua tiga rencana! Wahhhh, banyak alaaaa!!! Sikit sikit pindah sampai habis, hehehe.

Baru pagi ini, lebih kurang pukul 6 pagi, terdapat seorang daripada Wikipedia Poland memesan saya menulis rencana mengenai Poland dalam Wikipedia bahasa Melayu sebagai penukaran. Menurutnya, saya menulis rencana mengenai Poland dan dia akan menulis rencana mengenai Malaysia. Dia mencadangkan rencana Swietochlowice, sebuah bandar raya terbesar di Poland. Rencana itu dah siap kerana tiada banyak isi, hehehe.

Pengguna Poland itu nak cari pun tak tau nak cari yang pandai menulis bahasa Melayu. Nanti, rencana Poland semacam yang dikatakan oleh Johann Wolfgang von Goethe:

Ahli mathematik seolah-olah orang Perancis; jika kamu bercakap dengan mereka, mereka menterjemahkan perkataan-perkataanmu dalam bahasa sendiri dan dengan segeranya, perkataan-perkataanmu menjadi hal yang amat berbeza, hehehe. — PM Poon 09:49, 3 Mei 2006 (UTC)[balas]

Pengenalan kerelatifan khas[sunting sumber]

Hai Polar, hmmm... kalau kedua-dua gambar rajah itu dah betul, saya akan memperbaik mutu imejnya dengan pengguguran anti-alias. Masih ada empat gambar rajah lagi yang belum diterjemahkan. Saya akan menyiapkannya sewaktu angin datang. Entah bila, saya pun tak tahu. Karang macam musim kemarau, hehehe.

Seorang penulis yang kreatif mesti mempunyai banyak angin. Kalau tak ada angin, bukan dikira penulis yang kreatif. Oleh itu, saya berasa bangga kerana banyak angin. Saya tak kesah walaupun selalu kentut, asalkan saya boleh digolongkan dalam golongan Mark Twain ke, Twain Mark ke, Awang Puteh ke, Kacang Puteh ke...

Kini, saya gila bilangan serupa dengan Yosri juga, hehehe. Beliau mengebomkan portal ini dengan liputan bom stub. Saya nak mengembomkan portal ini dengan bom Indonesia. Indonesia mempunyai 235 juta orang, sedangkan Malaysia cuma mempunyai 25 juta. Secara nisbah, jika kita mempunyai 10% daripada bilangan rencana mereka, kita boleh dikatakan setaraf. Jika lebih, lagi tak payah cakap, hehehe.

Bagaimanapun, biar Wikipedia Indonesia jalan di depan. Memang kita tak boleh tangkap atas (catch up), hehehe. Biar kita mempergunakan mereka menjadi sumber mengisikan portal kita. Saya cuma memilih rencana mereka yang baik, bukan buta-buta memperoleh. Nanti laaaa... saya masih membelajari bahasa mereka. Kekadang, masa untuk menterjemahkan sebuah rencana bahasa Indonesia mengambil lebih banyak masa berbanding bahasa Inggeris. Jangan bimbang. Kalau portal ini mempunyai banyak perkataan bahasa Indonesia, kan lebih baik berbanding mempunyai banyak bahasa Inggeris?

Sewaktu saya selesa dengan bahasa Indonesia, saya ingin pergi negara mereka berjalan-jalan. Kena belajar berenang dulu. Dari Johor Bahru ke Batam, tidak begitu jauh, cuma takut "Rahang" saje, hehehe. — PM Poon 14:04, 3 Mei 2006 (UTC)[balas]

Kamus Dewan dalam talian tergendala lagi[sunting sumber]

Hai Polar, saya baru saje nak hot, kamus Dewan down sekali lagi! Angin baru saje nak naik, sekarang betul-betul naik angin, hehehe. Tak kan ada kakitangan Dewan Bahasa sebegitu rajin sehingga membuat pengemaskinian pangkalan data mereka pada pukul 11.20 malam? Nampaknya, mereka cuma menggunakan komputer buruk kerana tidak mengenakan yuran untuk penggunaannya, hehehe. — PM Poon 15:28, 3 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hai Polar, saya memang mempunyai Kamus Dwibahasa (Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia) Dewan Bahasa tetapi ia cuma memberikan keterangan dan bukannya istilah bahasa Melayu. Yang saya perlu ialah istilah, dan DBP tidak ada kamus semacam itu. Saya juga mempunyai Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Inggeris-Melayu Melayu-Inggeris) tetapi ia tak lengkap. Anak saya mempunyai Kamus Perdana bahasa Melayu-bahasa Cina-bahasa Inggeris yang amat lengkap, tetapi apa yang saya hendak ialah bahasa Inggeris-bahasa Melayu. Lagipun, sewaktu saya membuat "multitasking" dalam komputer, rujukan kepada kamus dalam talian adalah lebih cepat dan cekap.

Takpe laaa, kini kena sapu lantai. Saya tengah mengemaskinikan jadual-jadual rencana burung yang disediakan oleh Yosri. Tak susah kerana Yosri dah memberikan nama sainsnya.

Nampaknya, awak takde mood malam ini. Hmmmm, kalau pengguna yang tengah menulis rencana Undang-undang antarabangsa ada, kan bagus? Entah dari mana, tetapi mood mesti datang. Orang yang saya maksudkan mungkin bernama Mood. Alaaaaaa, gua orang tua, gua memang tahu hati pemuda. Gua dulu pun pemuda gaks. Baiklahhh, rasanya awak harus tidur awal hari ini. Mungkin besuk, Mood akan datang. — PM Poon 16:39, 3 Mei 2006 (UTC)[balas]

Templat untuk pengguna baru dan pengguna tidak mendaftar[sunting sumber]

Saya telah mengubah suai format untuk templat: "Selamat Datang" dan mencipta templat baru untuk pengguna yang tidak mendaftar. Kini, kita cuma perlu menulis:

  • ((sd}} untuk pengguna yang baru mendaftar; dan
  • ((td}} untuk pengguna yang tidak mendaftar.

Dengan penggunaan templat ini, anda tidak perlu memasukkan ~~~~ sebab itu telah dimasukkan dalam templat. Saya juga menggunakan perintah subst untuk memasukkan teks templat-templat itu dalam halaman pengguna. Penggunaan ini disyorkan dalam Wikipedia bahasa Inggeris kerana ia kelihatan lebih peribadi, berbanding templat yang memberi tanggapan bahawa pesanan itu merupakan sebahagian pengeluaran besar-besaran. Bagaimanapun, kita masih menggunakan templat. Kalau tidak, mana ada masa! — PM Poon 17:38, 12 Mei 2006 (UTC)[balas]


Sori ye, penggunaan subst dan ~~~~ dalam templat sd dan td tak terjadi! Saya silap tadi, ingat terjadi! Oleh itu, kita kena menggunakan:

Gurau-gurau[sunting sumber]

Apalaaaa lu, balik tidur laaaa! Dua minggu langsung tak nampak bayangmu. Ingat dah nak menyokong pemecatan kamu daripada senarai pentadbir. Saya menyokong Didie mengambil alih tempat kamu. Sokong tak? hehehe. — PM Poon


Hehehe, nampaknya macam musim berundur. Sememangnya, tadi saya baru membuat keputusan untuk berundur kerana buku Photoshop yang kakak saya menolong saya meminjam daripada Perpustakaan Singapura telah dikembalikan tanpa habis membaca kerana tempoh batas waktu telah sampai. Memang sayang kerana buku itu amat baik. Lupa tulis tajuk buku itu pulak!

Jika anda masih ada masa untuk mengawal pelaku musnah, tak perlulah anda meletakkan jawatan penyelia. Kalau saya tak silap, penyelia di Wikipedia bahasa Inggeris tidak dibenarkan membuat penyuntingan rencana. Dapatan itu ditemui sewaktu saya mencapai halaman perbualan seorang penyelia di sana dan mendapati bahawa seorang penyelia yang lain nak menuduhnya kerana menyunting atas nama pengguna yang kedua, hehehe. Memang penyelia Wikipedia bahasa Inggeris seumpama banduan, tetapi yang ajaib, banyak orang bersaing untuk jawatan penyelia di sana. Di sini, pentadbiran lebih fleksibel, mungkin kerana kita masih tidak memperoleh banyak pengguna, dan oleh itu, tugas penyelia tidak begitu berat.

Janganlah kecil hati. Saya cuma bergurau-gurau saje. Jika anda benar-benar meletakkan jawatan, nanti orang salahkan saya pulak! hehehe.

(P/S: Polar, tak nak lagi ke membantu mencipta sebuah sumber bahasa Melayu yang terbesar di dunia? "Tak kan anda hendak Melayu hilang di dunia?" Sampai hati kau!!) — PM Poon 10:24, 21 Mei 2006 (UTC)[balas]


Hehehe, salah faham tadi! Entah mengapa, saya cuma tangkap "hidup saya semakin sibuk apabila saya akan melangkah ke tahun dua di universiti. Sudah tentu saya akan jarang muncul di sini dan menyelia dengan baik."

Saya tidak hendak menjadi penyelia cuma kerana dah dalam bidang pentadbiran selama dua puluh lebih tahun. Oleh itu, dah bosan dengan tugas pentadbiran! Tapi pendirian anda pun tidak salah. Nampaknya, kecenderungan anda adalah dalam kesenian, dan bukannya dalam bidang pentadbiran. Dalam hidup kita, kita harus tahu apa kecenderungan kita. Kalau kita cuma mengikut orang lain, kita akan selalu merupakan pasak empat segi dalam lubang bulat (saya memang tidak dapat menjauhi bau keinggerisan, hehehe). — PM Poon 14:02, 21 Mei 2006 (UTC)[balas]

gari panduan baru[sunting sumber]

Berdasarkan perbincangan di kedai kopi berkenaan isu Bahasa Indonesia dalam ms.wikipedia, saya akan memasukkan satu lagi garis panduan ke dalam bahagian polisi. Sekiranya tiada bantahan ia akan dikuatkuasakan sebagai garis panduan

Garis Panduan yang Dicadangkan ialah:

  • Jagan Masukkan Salinan Rencana Wikipedia Indonesia secara bulat-bulat
  • Jagan Masukkan Salinan Rencana Bahasa Asing

Kalau ada nama yang lebih baik untuk garis panduan baru ini, tolong cadangkan

(pergi kedai kopi untuk buat undian)

Ychmatematik 08:16, 30 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hak cipta gambar[sunting sumber]

Hai Polar, kan Wikipedia bahasa Melayu kini dalam perkembangan yang begitu pesat?!!

Kategori-kategori dalam halaman muat naik masih belum lengkap. Seperti yang dikatakan oleh Aurora:

"Saya boleh buatkan kategori baru untuk anda, tapi anda kena cipta templat yang sesuai dulu, saya tiada idea sekarang nak bubuh apa dalam templat itu." ...Aurora... 10:06, 25 Mei 2006 (UTC)

Sebagaimana yang saya tahu, penggunaan kulit buku, CD, DVD, dan sebagainya merupakan kegunaan adil (fair use) dan oleh itu, gambar-gambar yang anda muat naik tidak melanggar sebarang hak cipta.

Asas-asas undang-undang hak cipta[sunting sumber]

Perkara hak cipta memang telah dibesar-besarkan dalam Wikipedia bahasa Inggeris di mana si buta memimpin si buta (blind leading the blind). Mungkin anda hendak tahu sedikit sebanyak tentang undang-undang hak cipta. Syarikat kami pernah terlibat dalam kes penciplakan dan sebagai seorang yang utama untuk bertemu dan berunding dengan pakar-pakar undang-undang hak cipta, serta kerana saya pernah membuat banyak penyelidikan sendiri dalam perpustakaan ketika itu, bolehlah saya memberikan anda sedikit sebanyak tentang asas-asas undang-undang tersebut:

  • Undang-undang hak cipta ialah untuk melindungi hak pencipta SERTA untuk memeliharakan kepentingan masyarakat. Oleh itu, undang-undang hak cipta mempunyai dua cabang dan BUKAN satu sahaja. Daripada apa yang saya melihat di Wikipedia bahasa Inggeris, mereka bertindak seolah-olah undang-undang hak cipta hanya melindungi hak pencipta.
  • Undang-undang hak cipta hanya melihat bentuk hasil terakhir, dan bukannya idea di belakangnya. Idea tidak boleh dihak cipta.
  • Sesuatu penyalinan boleh dipertahankan asalkan penyalin dapat membukti bahawa dia telah menggunakan agak banyak masa dan usaha (expended sufficient time and effort) untuk menukarkan bentuk hasilnya yang disalin daripada sumber-sumber asli. Perbalahan hanya tertimbul sewaktu memutuskan apa yang boleh dianggap sebagai "sufficient" atau "mencukupi".
  • Istilah "ciplak" dengan maksud "plagiarisme" merupakan sebuah istilah undang-undang. Semua bahan yang merupakan bahan domain awam atau mempunyai lesen dokumentasi bebas tidak boleh diciplak. (Adakah anda berasa keliru? "Tidak boleh diciplak" bermaksud walaupun anda menyalinnya secara bulat-bulat, perbuatan anda tidak boleh dianggap sebagai penciplakan kerana bahan-bahan itu tidak mempunyai hak cipta terpelihara". Faham sekarang? Saya sengaja nak buat anda konfused, hehehe). Oleh itu, kita boleh menyalinnya dengan bersewenang-wenang tanpa kerisauan terhadap sebarang persoalan hak cipta.

Tentang kes penciplakan syarikat[sunting sumber]

Untuk pengetahuan anda, kes penciplakan syarikat kami itu telah dibuang oleh hakim tanpa syarikat kami itu menghadiri makhamah. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu, tidak ingin meneruskan kes tersebut sebagai pendakwa pihak kedua selepas memorandum rayuan syarikat kami itu disampaikan kepada beliau. Asas-asas rayuan yang berdasarkan kepentingan masyarakat Malaysia serta kedudukan pendakwa pihak pertama yang merupakan usaha sama dengan syarikat asing (satu kelemahan yang kami mempergunakan dengan begitu berkesan) diterima secara bulat-bulat oleh Datuk Seri Anwar yang dikatakan amat gembira dengan sepuluh alasan yang dikemukakan oleh syarikat kami. Salah sembilan daripada sepuluh alasan itu dikemukakan oleh saya selepas diilhami oleh secawan kopi-o dan dua batang Dunhill, hehehe.

Itulah salah satu perkara yang anda kena mempelajari. Jangan saje lihat pada undang-undang. Satu persoalan mempunyai berbilang segi (multi-faceted), dan inilah perbezaan antara seorang peguam yang unggul, berbanding yang lain. Jangan berpendapat bahawa semua peguam adalah sama kerana mereka mempunyai ijazah. Khususnya, jangan mengambil peguam hanya kerana mereka mengenakan yuran yang lebih murah. Kalau kalah, percuma pun tak guna.

Banyaknya peguam di Malaysia yang amat teruk, yang malas dan tidak berusaha untuk membuat penyelidikan untuk betul-betul mempertahankan kes pelanggan. Tahukah anda bahawa ada yang mempertahankan kes pelanggan tanpa mengetahui perincian kesnya? Ada seorang peguam yang mempertahankan satu kes di mahkamah Johor Bahru dengan bahan-bahan untuk kes yang lain. Hakim menyoalnya: "Tidurkah!"

Banyak yang tidak dapat dipelajari dalam kursus undang-undang. Sebenarnya, tiada peguam yang terkenal di Malaysia berani mengambil kes kami (tapi banyaknya yang pukul enam setengah amat berminat, hehehe). Oleh itu, kami terpaksa menyelesaikan kes itu sendiri.

(P/S: Maaf kerana pesanan yang begitu panjang. Sebenarnya, soalan anda telah dijawab dengan dua ayat, iaitu ayat kedua dan ayat ketiga dalam pesanan ini, hehehe. Tapi sebagai orang tua, saya nie memang panjang angin (long winded). Banyak maklumat sampingan, hehehe. Kita belajar sama belajar. Mungkin besok, saya boleh belajar sedikit tentang Harry Potter daripada anda, hehehe. — PM Poon 20:30, 6 Jun 2006 (UTC)[balas]

Kotak Pengguna Aktif[sunting sumber]

kotak pengguna aktif[sunting sumber]

Baru-baru ini saya telah mencipta satu kotak pengguna, iaitu pengguna aktif:

Polar telah aktif di Wikipedia selama beberapa lama.


Kotak pengguna ini sebenarnya dicipta sebagai satu penghargaan kepada mereka(terutamanya orang baru)yang giat menyumbang kepada wikipedia.

Saya rasa pemberian dorongan kepada orang baru memang boleh merangsang mereka untuk terus menyumbang untuk wikipedia.

Maka, sekiranya anda menjumpai siapa-siapa orang baru yang aktif dalam wikipedia, jagan kedekut untuk memberi penghargaan ini kepada mereka.

Ychmatematik 16:15, 10 Jun 2006 (UTC)[balas]

Daripada Aiman abmajid[sunting sumber]

Terima kasih banyak-banyak! Saya rasa nak cuba buat templat sendirilah. Seperti saya ni minat sejarah Malaysia dan Geografi Malaysia dan dunia. Macam mana nak buat tempat tu?

Hai Polar, lu jangan jadi Mahathirlaaa... Kalau lu jadi Mahathir, saya keliru adakah saya nak menghiraukan anda lagi, hehehe.

Sebenarnya, sejak saya membaca "I became the Invisible Man" dalam suratkhabar New Sunday Times dua hari yang lepas (11 Jun 2006), saya memang berasa sakit hati tentang Mahathir. Kenapakah Datuk Syed Ahmad Idid Syed Abdullah Idid dipecatkan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi ketika beliau mendedahkan kejadian rasuah dan kesalahgunaan kuasa dalam badan kehakiman? Walaupun katakanlah beliau salah (bagaimanapun saya tidak percaya beliau salah, kerana memang dah dengar banyak cerita yang lain), takkan sehingga dikenakan memecat jawatan, kecuali niat Datuk Syed Ahmad terbukti jahat dan ketara? Apakah nilai-nilai Mahathir sebagai manusia? Nampaknya macam tak ada. Menurut Allahyaraham Tan Sri Mokhtar Abdullah yang memecat Datuk Syed Ahmad selaku Peguam Negara ketika itu, beliau terpaksa berbuat demikian disebabkan "meriam pada lehernya". Meriam tu apa ataupun siapa?

Sememangnya, Dr Mahathir telah memberikan sumbangan yang amat besar kepada negara Malaysia. Selain daripada mencipta sebuah kelas menengah Melayu yang telah meningkatkan taraf hidup orang Melayu, serta pertumbuhan ekonomi sebanyak 20 kali dalam tempohnya (walaupun terdapat dua kemelesetan ekonomi sejagat dalam tempoh itu), penyelesaiannya untuk Krisis Kewangan Asia adalah klasik dan perlu diberikan penghargaan yang sewajar. Bagaimanapun, ketika saya melihat kes-kes seperti Tun Salleh Abas, kes rogol statutori, dan sebagainya, saya memang berasa kecewa. Bagaimanakah sejarah akan memperlihatkan Mahathir? Adakah secawan kopi kapucino yang terbaik di dunia boleh dinikmat jika kopi itu mengandungi racun. Beberapakah orang yang sudah dimusnahkan untuk kepentingan diri sendiri? Oleh itu, janganlah jadi Mahathir. Biar jadi Polar, iaitu Harry Polar.

Sebenarnya, Lim Kit Siang kini tidak lagi disukai oleh orang Cina. Mengikut adik saya, DAP telah mengutip berjuta-juta ringgit untuk Lim Guan Eng ketika beliau dipenjarakan kerana mencuba menangani kes rogol statutori yang dikemukakan kepadanya oleh nenek budak yang terlibat. Oleh sebab Guan Eng tidak perlu berjuta-juta, satu pertikaian terjadi mengenai pembahagian wang antara parti DAP dan Lim. Mengikut adik saya, Lim Kit Siang mendesak untuk menyapu semua sumbangan dana itu dan oleh itu, banyak orang Cina yang berpendapat bahawa sekiranya Lim menjadi kerajaan, beliau juga akan makan suap, kerana sikapnya yang tamak. (Bagaimanapun, saya masih belum dapat menentusahkan cerita itu, cuma dengar sahaja daripada adik saya. Tapi jika hanya masuk penjara untuk beberapa tahun boleh dapat berjuta-juta ringgit, saya sudi masuk juga, hehehe. Saya akan membawa komputer saya masuk. Mesti boleh di Malaysia kalau ada wang, kerana dulu, Mohamad Ang boleh melengkapkan selnya seolah-olah hotel lima bintang dengan semua kemudahan, termasuk hawa dingin dan bellboy, serta diberikan kunci 'sel'nya juga ketika dipenjarakan, sebagaimana yang dilaporkan oleh Malay Mail.)

Rencana Clepatra

Pemeriksaan oleh juru bahasa dan piawaian? Ingat you nie juru bahasa untuk saya, hehehe. Tak kan anda memerlukan juru bahasa? Polar, saya berasa anda harus menyumbang rencana-rencana yang berkaitan dengan kursus anda. Tidak perlulah menterjemahkan sebarang rencana. Hanya mengambil nota syarahan anda dan pindah ke sini, hehehe. Selain daripada membuat sumbangan di sini, anda juga dapat membuat ulang kaji untuk peperiksaan anda. Kan ini merupakan membunuh dua ekor burung dengan seketul batu? Tapi jangan buang batu ke arah saya. Anda tak akan dapat membunuh dua burung kalau anda berbuat demikian. Anda mungkin cuma dapat memecah dua biji telur burung, kerana saya cuma ada satu burung (lagipun bukan burung helang, cuma burung pipit tua, hehehe).

Rencana yang bagaimana tak boleh diperbaiki dan akan dihapuskan

"Rencana semua bahasa perlu ada" ialah "rencana bahasa Melayu perlu ada". Oleh itu, rencana yang tak boleh diperbaiki ialah rencana yang tidak dapat diperbaiki ataupun tidak berbaloi untuk diperbaiki. Seringnya, rencana yang tidak dapat diperbaiki termasuk terutamanya "rencana" yang dicipta oleh pelaku musnah. Tetapi dalam konteks rencana senarai tersebut, rencana yang tidak dapat diperbaiki ialah rencana yang mempunyai tatabahasa dan ejaan yang terlalu teruk sehingga masa yang dikehendaki untuk membaikinya jauh melebihi penciptaan semula. — PM Poon 19:31, 12 Jun 2006 (UTC)

Tentang templat

Hai Polar sememangnya kita sudah lama tidak bertegur sapa. Mengenai rencana LOTR saya akan menambah sedikit maklumat dari semasa ke semasa. Berkenaan templat untuk Aiman pula sememangnya banyak juga yang saya cipta untuknya. Walau bagaimanapun itu adalah kerana permintaan darinya sendiri. Sebagai seorang pengguna di wikipedia ini, apabila ada permintaan, saya pasti akan membuatnya. Tetapi tidak dapat dinafikan templat pengguna masih belum ramai pengguna yang boleh mahir menggunanya. — Master2841 07:06, 13 Jun 2006 (UTC)[balas]

Satu lagi perkara. Mungkin anda ingin menjawab pertanyaan yang dikemukan dalam Perbualan:Naruto.

Hai, apa khabar?[sunting sumber]

Dengan membaca tulisan diatas, teringat juga akan diri saya juga yang lama tidak menegur anda. Bagaimanakah keadaan anda sekarang ini? By the way, persoalan yang anda kemukakan kepada PM Poon amatlah am, jadi silalah kemukakan di Kedai Kopi rather then di laman perbualannya, orang lain pun mahu tahu jugak, he he --Alistair 阿力斯特伊儿 07:45, 13 Jun 2006 (UTC)[balas]

P/S: Jika anda sudah tidak mahu menjadi Mahathir, berikanlah peranan itu kepada saya. Saya sudi mengambil peranan itu kerana percaya kepada sifat kepemimpinan Mahathir sepenuhnya. Saya tidak menanggap huraian PM Poon sebagai masalah. Ia memang perlu. Seorang pemimpin harus punyai guts untuk dapatkan apa yang dimahukan. Sama seperti J.K. Rowling pengarang buku kegemaran anda, apabila menangis kepada suaminya bahawa seorang telah meningal dalam novel yang dikarangnya, dan suaminya menasihatkan supaya dia tidak perlu "membunuh" watak itu, dia menjawab "It doesn't work that way. When you write children's books, you have to be a ruthless killer". Begitu juga dengan pemimpin. Kelakuan pemimpin itu sebenarnya tidak penting, asalkan hatinya menunjukkan bahawa dia cintakan rakyat dan negara, dan itu saya dah lama lihat pada Mahathir.

Baik terima kasih! Sebenarnya saya juga terfikir untuk mengunapakai cara MS Word itu, kerana satu lagi kemudahan adalah kebolehan menterjemah secara offline. Silalah datang selalu ke Kedai Kopi. Kopinya kini telah segar agaknya kerana mamaknya telah bertukar, he he. Mengenai pengguna pula, fasal PM Poon itu, memang saya tahu, dialah pengguna teraktif di sini, he he. Satu lagi pengguna aktif yang baru saya lihat adalah Pengguna:Lokey3310. Entah siapa agaknya dia ya? Alistair 阿力斯特伊儿 08:34, 13 Jun 2006 (UTC)[balas]

Okay, tetapi saya rasa dia itu sungguh bermisteri kerana tahu perkara yang sepatutnya pengguna lama mengetahui berbanding pengguna baru, seperti teknik penciptaan templat. Perkara ini saya pun masih tidak tahu (By the way, tolong ajarkan boleh? he he). Lagipun phrase yang digunakannya iaitu "Jangan risau..dll." pun seperti keluar daripada cerita seram, hehe. Baiklah, tak mahu gosip banyak, nanti diketahuinya :P. Cukuplah percakapan setakat ini, saya akan log keluar buat sekarang. Jumpa lagi kemudian. —Alistair 阿力斯特伊儿 09:08, 13 Jun 2006 (UTC)[balas]

Hmm, nampaknya saya kena letakkan jantina sekali dalam laman biodata ni, hehe. Ya, saya lelaki, bukan wanita mahupun transsexual, transvestite... dan lain-lain (hehe, gurau je). Terima kasih kerana komen itu, kerana saya ni memang pelajar undang-undang pun, dan saya memang suka dengan politik, terutamanya di antarabangsa.
Mengenai nama saya, sebelum PM Poon memberitahu saya melalui pautan webnya yang nama saya adalah Scot untuk "Pelindung" atau "Pembantu" saya pun tidak tahu apakah maksudnya. Saya cuma pilih daripada Oxford Advanced Learner's Dictionary 7th Edition je. Kebetulan nama itu ada gaya elegen: seorang rakan chat (yang tinggal di negara Bahasa Inggeris) mengatakan ia kedengaran sombong, dan itu cukup menyakinkan saya untuk pakainya, hehe. Ia merupakan identiti rasmi laman web saya kini.
Saya hairanlah dengan awak ini, Polar. Anda mengatakan anda meminati Harry Potter, tetapi tidak tahu. Sebenarnya saya fikirkan anda sudah tahu: Nama bapa Cedrick Diggory dalam buku nombor 4 apa?

Alistair 阿力斯特伊儿 08:43, 14 Jun 2006 (UTC)[balas]

Alamak silaplah! Saya masih ingat ada satu watak orang dewasa nama Alistair dalam siri Harry Potter itu, tetapi tidak ingat siapa. Mulanya ingat bapa Cedric tadi, tetapi jelas ingat salah (malunya, hehe, apalah pelajar undang-undang macam ini) kena cari balik nih. Pesanan ini bersambung kemudian... 09:15, 14 Jun 2006 (UTC)

...pesanan bersambung...loading.... he he, saja bergurau. Best kan? Anyway, saya sudah dapat jawapannya, Alistair adalah nama pertama Auror dalam siri Harry Potter, iaitu Profesor Moody. Fasa yang suka digunakannya adalah Constant vigilance! Hmmm, rasanya nak pakailah, best ni. Alistair 阿力斯特伊儿 09:24, 14 Jun 2006 (UTC)[balas]


Hehe, bagus. Touché atas kehabisan yang hebat. Lagi satu, semasa saya mencari informasi megenai nama saya, saya terserempak dengan en:Alexander (disambiguation). Mungkin anda minat juga memandangkan awak suka Mesir purba. Enjoy!. Saya nak keluar sekejaplah, terlalu lama disini. Ta for now. — Alistair 阿力斯特伊儿 10:02, 14 Jun 2006 (UTC)[balas]

Peraturan untuk menjadi penyelia[sunting sumber]

Hai Polar, sebenarnya peraturan dicipta oleh orang untuk kegunaan orang, dan bukan "diukir pada batu", hehehe. Setiap peraturan mempunyai kekecualian, dan "peraturan dicipta untuk dilanggarkan" ("rules are made to be broken", hehehe).

Bagaimanapun untuk kepentingan memudahkan pentadbiran, saya berasa bahawa keperluan untuk mematuhi peraturan tempoh minimum harus dikekalkan kerana ia merupakan satu peraturan yang sederhana dan asas sekali. Jika kita membuat pengecualian sekali lagi, kita kena makan panadol apabila orang lain yang masih tidak layak membuat permohonan. Oleh itu, kita kena sabar.

Sebenarnya, walaupun Alistair bukan penyelia, bagi pendapat saya, dia kini "lebih penyelia" berbanding banyak penyelia yang lain. Umpamanya, 27% daripada penyelia langsung tak dapat dinampak, dan 9% yang baru muncul hanya membuat tugas pengguna biasa, bukan tugas penyelia. Pada jumlahnya, cuma 64% daripada penyelia adalah aktif. Untuk keadilan, saya berasa bahawa peraturan untuk mengekalkan jawatan penyelia harus diketatkan untuk memastikan keadilan kepada pengguna baru, jika kita hendak memajukan portal ini.

Yosri telah mengehadkan penyelia kepada sepuluh orang, dan kuota itu pun penuh sehingga melimpah. Saya berasa bahawa angka itu adalah adil, jika kita berbanding dengan Wikipedia bahasa yang lain. Untuk perbandingan:

Wikipedia Kelas Ke-1 Wikipedia Kelas Ke-2
  Bahasa   % Penyelia   Bahasa   % Penyelia
Inggeris 0.06% Indonesia 0.07%
Perancis 0.08% China 0.09%
Itali 0.07% Arab 0.05%
Jepun 0.07% Turkey 0.04%


Pada puratanya, % penyelia yang diamalkan oleh Wikipedia bahasa yang utama ialah 0.066% (kes keterlaluan telah dikecualikan). Jika kita mengambil angka 0.07%, dengan bilangan pengguna kita kini sebanyak hampir 4,000, kuota penyelia mengikut rumus ini ialah 3 orang sahaja. Bagaimanapun, 3 orang adalah terlalu sedikit, dan oleh itu bilangan minimum sebanyak 10 orang yang diputuskan oleh Yosri adalah munasabah.

Sebenarnya, saya memang ingin meletakkan jawatan sebagai penyelia, tetapi jika saya berbuat demikian, saya tidak akan dapat lagi membantu mengembangkan portal ini kerana saya tidak akan mempunyai kemudahan untuk membuat beberapa perkara dalam portal ini, umpamanya memadamkan laku musnah, mengalihkan halaman, dan sebagainya. Bagaimanapun, sewaktu saya melihat semua penyelia lebih aktif, saya akan meletakkan jawatan di Wikipedia bahasa Inggeris seperti yang diperlukan. — PM Poon 19:46, 14 Jun 2006 (UTC)[balas]

Tentang Alistair[sunting sumber]

Hai Polar, mengikut halaman perbualan Alistair, dia mendaftar dan disambut oleh Aurora pada 17 Januari 2006. Kan dah layak? — PM Poon 21:29, 14 Jun 2006 (UTC)[balas]

Berkenaan jawatan penyelia dan saya[sunting sumber]

Pesanan ini sebenarnya juga untuk PM Poon selain Polar dan saya akan menulisnya sebagai menyatakan kepada kedua-dua anda dan PM Poon. Ini bermakna PM Poon, anda juga bacalah pesanan ini, hehe.

Sebenarnya segan juga mengikuti perbualan mengenai ini. Tidak dinafikan ia membuat saya terharu, dan saya berbanyak berterima kasih kepada anda berdua kerana mempercayai saya, khususnya sebagai dua pengguna pertama yang menyambut saya di portal ini apabila saya menjadi aktif pada bulan April yang lepas. Namun saya takut untuk menyatakan apa-apa balasan mengenai perkara ini kerana takut ia akan ditafsir sebagai manifestation keinginan tersembunyi untuk menjadi penyelia. Jika saya kata saya menyahut ajakan menjadi penyelia, nanti mestilah ada yang fikir "ah, lihat, itulah seorang yang mahu kuasa" tetapi jika saya kata tidak mahukannya, ada yang fikir nanti saya nak mengambil hati orang lain supaya juga boleh menjadi penyelia. Saya bukannya katakan ada sesiapa pun disini definately akan berfikiran begitu, tetapi laman web ini boleh dikunjungi sesiapa sahaja yang memahami bahasa Melayu, termasuk yang tidak mendaftar dan tidak menyumbang langsung dan jumlah ini sukar diketahui,mungkin berjuta. Oleh sebab saya tidak mahu mereka juga dapat impression saya inginkan kuasa, saya senyap sahaja mengenai hal ini.

Tetapi sekarang adalah masa yang sesuai, mengikut rencana Sherlock Holmes membuat "helah memecahkan kesenyapan dengan satu kenyataan yang tepat" walaupun mengikut Holmes sendiri "amat menunjuk-nunjuk dan superfisial", hehe. Beginilah, saya gembira yang, sejauh mana kamu berdua dikira, saya amat sesuai untuk memegang jawatan penyelia. Secara sendirinya biarlah saya jamin kepada semua yang saya akan menggunakan kuasa penyelia dengan sebaik-baiknya memajukan portal ini. Tetapi bagaimana pula dengan pengguna dan terutama penyelia yang lain? Mungkinkah mereka membantah? Hanya disebabkan mereka tidak bersuara mengenai hal ini tidaklah bermakna mereka tidak punyai bantahan. Saya juga ingin mendengar mereka, terutama Aurora iaitu penyelia pertama yang memberikan pesanan peribadi kepada saya semasa saya menterjemah dan secara langsung menyumbang rencana pertama saya disini iaitu rencana Republik China dan juga Yosri, yang merupakan pioneer portal ini, meskipun kami tidak bersetuju mengenai sejauh manakah bahasa Melayu, hehe.

Saya seorang yang berpegang kepada demokrasi. Jika adanya yang suka dengan gaya kepemimpinan saya dan mahu saya jadi penyelia, saya akan membuat permohonan, namun jika ada yang bantah, saya terima sahaja dan sanggup kekal menjadi penyumbang biasa. Saya ikut sahaja kata suara majoriti.

Mengenai tempoh menunggu pula, walaupun peraturan menetapkan tiga bulan, namun dalam kes saya, saya tidak aktif antara bulan Januari ke April (oleh sebab pelajaran dan lain2), dan jika saya sendiri mahu menimbangkan permohonan pengguna lain menjadi penyelia, saya rasa lebih baik dikira daripada tarikh mula aktif, dalam kes saya akhir bulan April sebagaimana di laman pengguna saya. Oleh sebab ia akan menjadi kriteria saya keatas orang lain, maka saya tidak kisah kriteria yang sama beraplikasi keatas saya.

Terakhir sekali saya berterima kasih kepada anda berdua kerana sokongan kuat anda berdua terhadap saya. Saya amat terharu :) Alistair 阿力斯特伊儿 05:48, 15 Jun 2006 (UTC)[balas]

Lagi satu saya bersetuju dengan rumusan PM Poon di atas, maka jika saya tidak perlu menjadi penyelia oleh sebab bilangan mencukupi, itu pun tidak mengapa. Sejauh mana keinginan PM Poon untuk meletakkan jawatan penyelia dikira, jawapan saya adalah tidak bersetuju. PM Poon memang merupakan aset Wikipedia bahasa Melayu yang berharga dan harus kekal dalam jawatan penyelia. Alistair 阿力斯特伊儿

Minta tolong[sunting sumber]

Hai Polar. Nak minta tolong sebentar. Sebenarnya tadi saya terjumpa satu nama log baru Pengguna:KawanAlistair. Saya tidak pasti seratus-peratus, tetapi saya rasa dia seorang kawan saya yang saya minta dia daftar tempoh hari. Saya tidak menyangka dia akan menggunakan nama itu dan Lokey3310 memberitahu saya bahawa itu boleh dianggap sebagai imposition atau sockpuppetry. Minta tolong awak sekat log nama itu. Nanti saya akan beritahunya untuk buat log masuk baru. Alistair 阿力斯特伊儿 14:34, 15 Jun 2006 (UTC)[balas]

Hai Polar, sila lihat laman perbualan "Emrrans" untuk keterangan antara saya dengan Emrrans. — Lokey3310 15:14, 15 Jun 2006 (UTC)[balas]


Hai Polar, sebenarnya mengikut rancangan saya yang awal, saya hendak di Wikipedia bahasa Melayu sehingga 31 Disember 2005 saje. Mana tau, kini dah 16 Jun, hehehe. Saya akan jarang menyumbang sebab rencana saya tidak membantu portal ini, hehehe. Kan bazirkan masa saje? Memang setakat ini, rencana saya jarang diperbaiki oleh pengguna lain, sedangkan penguasaan bahasa saya tidak mencukupi. Baik menghabiskan masa saya untuk sesuatu yang lebih bermakna. Sebenarnya, saya mempunyai dua minat yang lain, iaitu pembaikan gambar dengan Photoshop, dan menulis rencana bahasa Inggeris. Mengikut kajian saya di halaman Kedai Kopi, Wikipedia bahasa Inggeris masih mempunyai banyak rencana stub dan rencana pendek yang boleh diperkembangkan.

Semalam ketika saya di Wikipedia bahasa Indonesia untuk "melihat" mereka, saya mendapati bahawa mereka tidak memuat naik banyak gambar yang sedia ada di Wikimedia Commons dan di Wikipedia bahasa Inggeris. Reka letak pun tak beberapa jaga sehingga templat TOCleft pun tak digunakan, dan oleh itu, kekadang ruang kosong dalam rencana terlalu banyak. Bagaimanapun, mereka memang tidak sebegitu buruk berbanding tanggapan saya. Oleh itu, saya akan mencari Wikipedia kelas ketiga untuk membantu, tetapi takut-takut tak faham langsung akan bahasa mereka, hehehe. Saya juga akan menyertai Wikimedia Commons untuk memperbaiki gambar-gambar kerana terdapat banyaknya dalam senarai pembaikan gambar mereka. Ini juga akan membantu Wikipedia bahasa Melayu ketika menggunakan gambar-gambar Wikimedia Commons.

Che Det dah hilang, hehehe. Nampaknya takde motivasi kot! Sebenarnya, dia selalu tak tidur ketika dia memulakan penyertaan di portal ini. Bagi Alistair, saya berharap bahawa dia dan beberapa orang lagi, termasuk anda, boleh memimpin portal ini supaya menjadi sumber bahasa Melayu yang bernama serta kebanggaan orang Melayu. Jika ada apa-apa masalah, tegur saya saje. Kalau saya boleh bantu, mesti bantu! Simpan pun tak guna, kan? Lagipun dah tua, tak kan nak bawa masuk ke kubur, hehehe. — PM Poon 03:38, 16 Jun 2006 (UTC)[balas]

P/S: Dulu saya memang amat yakin. Kalau anda nak membuat pertaruhan, saya akan taruh semua harta saya! Nasib tidak, hehehe. Oleh itu, tahukan anda mengapa saya berasa begitu kecewa. — PM Poon 04:05, 16 Jun 2006 (UTC)[balas]


Hai Polar. Kalau anda mahu emelkan saya, senang sahaja. Anda hanya perlu pergi ke laman pengguna saya dan klik "Emelkan pengguna ini" di sebelah kiri. Sebenarnya ingin juga letakkan terus emel saya di situ tetapi takut nanti jadi mangsa SPAM.

Nampaknya satu perkara yang sedih bakal berlaku, iaitu PM Poon akan meninggalkan portal ini. Sayang juga kerana dia merupakan antara yang paling berdedikasi mahu lihat portal kita maju dan banyak menghabiskan masa menulis rencana, menyambut pengguna baru, kawal laku musnah dan sanggup membuat penyelidikan untuk membandingkan prestasi portal kita. Beliau memang seorang penyelia yang baik dan jasanya kepada saya semasa saya mula aktif tentu saya takkan lupa. Kalau mengikut saya, memang saya tak setuju dia pergi, tetapi seorang hanya dibenar menyatakan pendapatnya sahaja dan kata putus terletak pada dia. Kehadirannya di sini tenti dirindui. Sebab itu saya tidak bersetuju dia meletakkan jawatan penyelia.

Saya sebenarnya terkejut melihat anda sendiri pun sanggup lepaskan jawatan penyelia. Terus terang saya katakan, jika dalam proses saya menjadi penyelia, penyelia lain terpaksa "dikorbankan", saya tak mahu jadi penyelia, senang cerita. Kita kan satu pasukan? :)

Itulah sahaja setakat ini. Alistair 阿力斯特伊儿 04:02, 16 Jun 2006 (UTC)[balas]

Aneh, saya fikir sudah enablekannya, tetapi saya dapat tak pulak. Sila cuba emel sekali lagi. Alistair 阿力斯特伊儿 08:29, 16 Jun 2006 (UTC)[balas]
Poligon itu secara literal mempunyai banyak sudut adalah satu ditutup menyatah jalan terdiri daripada sebilangan yang terhingga berurutan tembereng garisannya. Garis lurus segmen-segmen yang membentuk poligon telah dipanggil tepi atau segi-segi dan titik-titik di mana tepi memenuhi adalah poligon bucu-bucu. Andai satu poligon adalah poligon mudah, kemudiannya tepinya (dan bucu-bucu) terdiri daripada sempadan satu rantau bersudut, dan tempoh poligon kadangkala juga menjelaskan pedalaman rantau bersudut (kawasan terbuka bahawa jalan ini memagari) atau kesatuan kedua-dua rantau dan sempadannya.
Poligon adalah dinamakan mengikut pada jumlah tepi, bergabung satu bahasa Yunani-terbitan awalan angka dengan akhiran -gon. Contoh: pentagon, dodekagon. Segi tiga, sisi empat, dan nonagon adalah pengecualian-pengecualian. Untuk nombor-nombor lebih besar, ahli matematik menulis angka sendiri. Contoh: 17-gon. Satu variabel boleh juga digunakan, biasanya n gon. Ini adalah jika jumlah berguna bagi tepi adalah digunakan dalam satu formula. Untuk keterangan lanjut, lihat di sini. Oleh - Didie 02:09, 18 Jun 2006 (UTC)[balas]

Boa noite![sunting sumber]

Hai Polar,

Buenas noches (ataupun Boa noite dalam Portugis, iaitu bahasa yang saya sedang belajar hehe, hampir serupa kan?) saya tak tahu jika anda sudah tahu, tetapi permohonan penyelia saya sudah berjaya! Ini semua berkat keredhaanNya dan juga sokongan kuat daripada anda, terima kasih banyak-banyak! :)

Marilah kita bersama majukan lagi portal kita selaras dengan saranan "cemerlang, gemilang dan terbilang", hehe. Alistair 阿力斯特伊儿 16:53, 19 Jun 2006 (UTC)[balas]

Tembakan anda terkena![sunting sumber]

He he, Polar, you got me. Saya memang tak dapat nak cutilah. Mustahil ia boleh dilakukan kerana setiap kali saya buka komputer je, mesti masuk browser dan taip "wikipedia.org" (saya tak terus masuk portal ms sebab saja suka nak lihat portal lain tersenarai lebih dahulu) tetapi saya rasa sekurang-kurangnya saya akan berehat dulu sebelum, dalam istilah anda, memulakan dengan melakukan "projek-projek mega" saya untuk portal ini seperti yang tersenarai di laman perbincangan PM Poon. Buat sekarang saya akan terus menyumbang rencana seperti biasa di samping mulakan tugas baru sebagai penyelia rasmi (hehe, Master2841 telah meletakkan "pingat" penyelia pada laman pengguna saya, bangganya, memang betul apa yang PM Poon katakan, oi vey! (frasa bahasa Russia). Paling tak pun saya akan bukakan dulu kedutaan kita. Lagipun saya nak lihat projek Gambar pilihan take off dulu.

Okaylah, tu sahaja buat kini, rakan sepenyeliaan (hehe). Alistair 阿力斯特伊儿 05:37, 20 Jun 2006 (UTC)[balas]

Kedutaan[sunting sumber]

Polar, sudah bacakah anda akan perbualan terkini saya pada PM Poon?

Ya, saya nak minta anda buatkan templat pengguna duta. Tolonglah ya. Diharap cepat siap. Anda mungkin mahu rujuk Templat:Kedutaan untuk kesesuaian dan inspirasi. Alistair 阿力斯特伊儿 16:37, 21 Jun 2006 (UTC)[balas]

Terima kasih Polar! Memang cantik dan anda sememangnya pakar, hehe. Saya telah memodifikasikan yang untuk Ychmatematik memandangkan dia menkhusus kepada pengurusan InterWiki dalam bahasa Cina. Alistair 阿力斯特伊儿 04:37, 22 Jun 2006 (UTC)[balas]

Perbualan terkini[sunting sumber]

Hai Polar nampkanya masalah spam di Senarai Universiti di Indonesia berulang lagi. Dua hari yg lepas juga ada masalah yg sama di laman berkenaan tetapi telah diuruskan oleh saya termasuklah menyekat pengguna-pengguna yg membuat spam itu. Saya lihat semalam juga anda ada membuat perkara yang sama. Nampaknya spammer ini tidak akan berhenti. Apa kata jika laman Senarai Universiti di Indonesia itu dilindung secara separa yakni hanya pengguna berdaftar yang layak mengubahsuainya. — Master2841 17:56, 22 Jun 2006 (UTC)[balas]

Sesiapa pun boleh. Tetapi memandangkan dah dua kali anda memperbetulkan rencana itu, lebih baik anda sendiri melindunginya sebagai membalas dendam kepada pelaku musnah tu, hehehe. — Master2841 18:14, 22 Jun 2006 (UTC)[balas]

Jangan lupa kini Aurora dah ciptakan Wikipedia:Laman dilindungi dan semua rencana yang dilindingi kena disenaraikan di sana. Saya telah memasukkan Senarai Universiti di Indonesia. Pesanan ini saja untuk makluman. Alistair 阿力斯特伊儿 04:24, 23 Jun 2006 (UTC)

Siapa yang salah, saya ke Alistair??[sunting sumber]

Cuba anda wahai Polar lihat cemuhan Alistair terhadap saya:

Di Wikipedia:Penyelia....

Di kedai kopi kata anda seperti berikut....

Kes Emrrans[sunting sumber]

Rujukan: Wikipedia:Penyelia, serta lain-lain halaman berkaitan sebelumnya.

Umumnya kita iaitu komuniti Wikipedia Melayu mengetahui akan tindak-tanduk seorang bekas penyelia baru-baru ini membuat beberapa kesalahan di portal Melayu baru-baru ini, kesalahan berikut adalah:

  1. Melanggar Wikipedia:Anggaplah niat baik dengan beranggapan buruk di Wikipedia:Penyelia.
  2. Melanggar Wikipedia:Jangan mencemuh secara peribadi dengan mencemuh dua orang pengguna di Wikipedia:Penyelia.
  3. Melanggar adat Melayu iaitu dengan menjatuhkan air muka orang Melayu dengan menghina bangsa Melayu.

Emrrans juga menyalah gunakan kuasanya sebagai penyelia sebelum dia dilucutkan jawatan itu, iaitu dengan mengkhianati seorang lagi pengguna (breach of trust) dan cuba untuk memberi akaun penyelianya kepada orang lain yang tidak dikenali. Atas sebab permintaannya sendiri, beliau telah dilucutkan jawatan penyelia tetapi kini beliau mahu memohon semula menjadi penyelia (bahkan sanggup juga meminta status birokrat) dan terus tetap dengan pendiriannya itu, meskipun kepercayaan yang berbekalnya selama ini telah hilang. Umumnya semua mengetahui bahawa kepercayaan itu, apabila hilang, sukar untuk dikembalikan.

Atas sebab ini, pada pendapat saya sebagai seorang ahli komuniti Melayu yang turut tekilan bersama kesemua ahli komuniti yang lainnya, berasa bahawa tindakan Emrrans yang lepas harus dihukum. Ini bukan untuk "membalas dendam" tetapi setiap yang dilakukan seorang itu haruslah dibalas, atau every action one makes must be met with the appropriate consequences. Lagipun kita punyai undang-undang iaitu polisi dan garis panduan yang mesti dikuatkuasakan jika mereka mahu diberi kredibiliti dan kesan dalam mengawal pentadbiran. Jika saya sendiri menjadi Emrrans dan saya benar-benar menyesal pun, saya akan menerima hukuman sebagai sesuatu yang wajar oleh sebab kesalahan yang saya lakukan.

Syoran hukuman saya adalah;

  1. Permohonannya menjadi birokrat tidak dipertimbangkan.
  2. Permohonannya menjadi penyelia semula dilanjutkan pertimbangannya selama sekurang-kurangnya 1 tahun. Itupun hanya sekadar pertimbangan, bukan Emrrans dapat jadi penyelia terus selepas 1 tahun.
  3. Akaun Emrrans digantung 3 bulan dengan sekatan. Jika ada cubaan mengelak dengan "boneka stokin", akaun itu disekat dan akaun Emrrans dilanjutkan sekatan sehingga 6 bulan.

Namun ini hanyalah apa yang saya cadang, dan ia masih terbuka untuk perdebatan ahli komuniti yang lain. Bagaimana dengan anda semua sekalian? Alistair 阿力斯特伊儿 12:35, 23 Jun 2006 (UTC)[balas]

Cuba lihat hati saya. Adakah saya ini penjahat yang tidak pernah bertaubat?? — Emrrans 16:27, 23 Jun 2006 (UTC)[balas]

Rencana trigonometri[sunting sumber]

Hai Polar, saya terkecut mengapa rencana boleh terjemahkan diri secara automatik! hehehe. Baiklah kita menggabungkan usaha kita. Sebenarnya, saya hampir menyerahkan diri. Habis bahagian sejarah trigonometri, nak tidur... sambungkan besuk. — PM Poon 18:17, 27 Jun 2006 (UTC)[balas]

J. R. R. Tolkien[sunting sumber]

Hai Polar, anda dah menterjemahkan pautan? Bagaimanapun dah terlalu lewat sebab saya dah siap! Kalau saya tau awal-awal, kan bagus... bahagian "Pautan luar" memang amat membosankan, hehehe. — PM Poon 16:14, 29 Jun 2006 (UTC)[balas]