Perimeter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Formula untuk perimeter segi empat tepat.
Apabila diameter bulatan adalah 1, perimeternya ialah π, yang juga bersamaan dengan jauh satu pusingan lengkap bulatan.

Perimeter ialah ukuran panjang keliling sesuatu objek, kawasan, atau rajah (seperti segi empat sama, segi tiga, bulatan) [1]. Ia berasal dari perkataan Greek peri (keliling) dan meter (hitung). Perimeter boleh digunakan samada untuk laluan atau panjang – ia boleh dianggap sebagai panjang ukur lilit sesuatu bentuk. Perimeter untuk bulatan dipanggil lilitan.

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Perimeter boleh diaplikasikan dalam banyak bidang, contohnya untuk mengira panjang pagar yang diperlukan untuk mengelilingi laman atau taman. Perimeter untuk satu roda (lilitannya) adalah bersamaan seberapa jauh ia membuat satu pusingan lengkap. Jadi, jumlah panjang tali untuk sesebuah gelendong (digunakan untuk mata kail, sauh kapal) adalah sangat berkait rapat dengan perimeter gelendong itu sendiri.

Rumus[sunting | sunting sumber]

bentuk rumus pemboleh ubah
bulatan 2 \pi r\, di mana r ialah radius.
segi tiga a + b + c\, di mana a, b dan c adalah panjang sisi segi tiga.
segi empat sama 4l di mana l ialah panjang sisi
segi empat tepat 2p+2l di mana p ialah panjang dan l ialah lebar
poligon sama sisi n \times a\, di mana n ialah jumlah sisi dan a ialah panjang satu dari sisi-sisinya.
poligon biasa 2nb \sin(\frac{\pi}{n}) di mana n ialah jumlah sisi dan b ialah jarak antara pusat poligon dan salah satu bucunya.
poligon umum a_{1} + a_{2} + a_{3} + \ldots + a_{n} = \sum_{i=1}^{n}a_{i} di mana a_{i} ialah panjang sisi ke-i (pertama, kedua, ketiga ... ke-n) bagi poligon bersisi n (jumlah sisi).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Kamus Bahasa Melayu – Perimeter". Dewan Bahasa Dan Pustaka. Diperoleh pada 2010-10-29. 

Lihat juga[sunting | sunting sumber]