Perlembagaan Mesir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perlembagaan Republik Arab Mesir adalah undang-undang dasar Mesir. Ia telah ditandatangani oleh Presiden Mohammed Mursi pada 26 Disember 2012 selepas diluluskan oleh Dewan Perlembagaan Mesir pada 30 November 2012 dan diluluskan dalam satu referendum yang dibuat pada 15 hingga 22 Disember 2012 dengan 64% sokongan tetapi hanya 33 pengundi mengambil bahagian. Perlembagaan baharu ini menggantikan Perlembagaan Sementara Mesir 2011 yang diterima pakai dalam tahun 2011 berikutan revolusi Mesir.

Perlembagaan ini terbahagi kepada lima bahagian yang merangkumi bahagian berkenaan negara dan masyarakat, hak dan kebebasan, pihak berkuasa awam, badan bebas dan agensi pengawalseliaan, serta bahagian akhir dan peruntukan sementara.

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Prinsip[sunting | sunting sumber]

Perlembagaan Mesir ini berpandukan kepada 11 prinsip:

  1. Rakyat sebagai sumber kekuasaan yang mana pihak berkuasa dibentuk dan mendapat kuasa melalui kuasa rakyat. Tanggungjawab dan kompetensi pihak berkuasa adalah satu kewajipan, bukan satu keistimewaan atau sumber imuniti.
  2. Kerajaan atas sistem demokrasi dengan pemindahan kuasa yang aman, menyokong pluralisme politik, memastikan pilihan raya yang adil dan sumbangan rakyat dalam proses membuat keputusan.
  3. Maruah individu adalah lanjutan daripada maruah negara. Di samping itu, maruah wanita dihormati.
  4. Kebebasan adalah hak termasuk dalam kebebasan berfikir, meluahkan pandangan dan kreativiti, kebebasan dalam tempat tinggal, hartanah dan berjalan.
  5. Kesamarataan dan peluang sama rata untuk semua rakyat tidak kira lelaki atau perempuan tanpa diskriminasi atau nepotisme atau layanan keistimewaan, dalam kedua-dua hak dan tugas.
  6. Kedaulatan undang-undang adalah asas kebebasan individu, kesahihan pihak berkuasa, dan penghormatan undang-undang negeri. Tiada kuasa yang harus mengatasi kebenaran, dan kehakiman hendaklah bebas, mempertahankan Perlembagaan, menegakkan keadilan, dan memelihara hak-hak dan kebebasan.
  7. Mendukung perpaduan nasional adalah satu kewajipan, dan asas membina negara Mesir moden dan jalan menuju kemajuan dan pembangunan. Oleh itu, nilai toleransi dan kesederhanaan hendaklah digalakkan, dan hak dan kebebasan semua rakyat hendaklah dilindungi tanpa diskriminasi.
  8. Mempertahankan negara adalah satu kewajiban dan penghormatan. Pihak tentera adalah institusi profesional dan neutral yang tidak campurtangan dalam hal ehwal politik. Ia adalah perisai pertahanan negara.
  9. Keselamatan adalah tanggungjawab polis yang berkhidmat untuk rakyat bagi melindungi mereka dan menguatkuasakan keadilan.
  10. Perpaduan adalah harapan negara dan diperkukuhkan melalui integrasi dan persaudaraan dengan negara-negara di Lembah Nil dan dunia Islam.
  11. Kepimpinan perintis Mesir dalam kebudayaan dan intelektual adalah rangkuman kuasa lembut Mesir, dan model kemurahan hati bebas pencipta dan pemikirnya yang asal, universiti, pusat sains, pusat linguistik dan penyelidikan, media, seni, sastera dan media massa, gereja, dan Al-Azhar dengan sejarahnya sebagai identiti negara, bahasa Arab dan Syariah Islam, sebagai panduan untuk pemikiran sederhana.

Pengehadan kuasa Presiden[sunting | sunting sumber]

Salah satu daripada objektif Dewan Perlembagaan dari mula adalah mengehadkan kuasa Presiden untuk mengelakkan kemunculan "firaun" baru yang mencengkam negara dengan menguatkan kuasa Parlimen. Untuk itu melalui Artikel 133, Presiden akan dilantik untuk empat tahun dan hanya boleh dipilih semula sekali sahaja. Presiden juga mesti bekerja rapat dengan parliman dalam proses pembentukan kerajaan dan kerajaan yang dilantik mesti mengemukakan programnya kepada parlimen untuk diluluskan (Artikel 139). Parlimen juga diberi kuasa untuk membubarkan kerajaan dan memecat Perdana Menteri atau mana-mana Menteri dengan majoriti mudah ahli-ahlinya (Artikel 126). Perlembagaan juga mengenakan sekatan yang kuat atas kuasa Presiden untuk mengisytiharkan darurat dan kuasa yang boleh dilaksanakan oleh presiden pada tempoh darurat itu (Artikel 148).

Namun Presiden masih mempunyai kuasa lebih daripada yang sepatutnya dalam kerajaan contohnya kuasa melantik 1/10 ahli dewan tinggi Parlimen (Artikel 128). Presiden juga bertanggungjawab dalam melantik ketua bagi badan bebas di negara termasuk institusi audit dan bank pusat. Walaupun pelantikan ini perlu diluluskan oleh dewan tinggi, disebabkan kuasa Presiden dalam pelantikan ahli-ahli dewan tinggi, bermakna mereka akan lebih cenderung untuk meluluskan calon yang dicadangkan Presiden. Kehakiman akan terus bertindak memantau penyalahgunaan kuasa pihak berkuasa. Kebebasan kehakiman dijamin dipertahankan (Artikel 168 dan 170) dan satu mekanisma disediakan bagi pelantikan pendakwa raya untuk memelihara kebebasan (Artikel 173) sementara Mahkamah Agung menyemak kesahihan perlembagaan undang-undang (Artikel 175).

Pengaruh Islam[sunting | sunting sumber]

Artikel 2 Perlembagaan Mesir menyebut Islam adalah agama negara dan bahasa Arab adalah bahasa rasmi; serta prinsip-prinsip Syariah adalah sumber utama perundangan.

Prinsip-prinsip Syariah termasuk keterangan umum, peraturan dasar, peraturan perundangan dan sumber-sumber dipercayai yang diterima mazhab Sunni dan masyarakat keseluruhan. Artikel 4 menyebut sebarang perkara berkaitan undang-undang Islam hendaklah dirujuk kepada Al-Azhar. Sementara itu jawatan Syeikh Besar Al-Azhar adalah bebas dan tidak boleh dipecat. Pelantikan Syeikh Besar Al-Azhar adalah daripada kalangan para ulama' kanan Al-Azhar dan ditentukan oleh undang-undang.

Perlindungan hak[sunting | sunting sumber]

Artikel 45 menjamin kebebasan meluahkan pendapat. Namun Artikel 44 melarang sebarang kecaman dan ucapan yang menghina para rasul dan nabi. Artikel 31 pula melarang penghinaan terhadap individu.

Sementara itu, menurut Artikel 198 individu tidak akan ditahan tanpa perbicaraan. Namun mereka boleh ditahan tanpa perbicaraan sekiranya jenayah itu "membahayakan Angkatan Tentera."

Setiap orang juga dijamin kebebasan beragama, seperti mana yang diperuntukkan oleh undang-undang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]