Mohammed Mursi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mohammed Mursi
محمد مرسى
Mohammed Mursi

Presiden Mesir
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
30 Jun 2012
Perdana Menteri Kamal Ganzouri
Hesham Qandil
Naib Presiden Mahmoud Mekki
Didahului oleh Hosni Mubarak[1][2]*

Setiausaha Agung NAM
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
30 Jun 2012
Didahului oleh Mohamed Hussein Tantawi (Pemangku)

Tempoh berjawat
30 April 2011 – 24 Jun 2012
Didahului oleh Jawatan baharu
Digantikan oleh TBD

Tempoh berjawat
1 Disember 2000 – 12 Disember 2005
Didahului oleh No'man Gomaa
Digantikan oleh Mahmoud Abaza

Tarikh lahir 20 Ogos 1951 (61 tahun)
Tempat lahir Sharqia, Mesir
Parti politik Parti Kebebasan dan Keadilan (2011–2012)[3]
Bebas (2012–kini)
Pasangan Najla Ali Mahmoud (sejak 1979)
Anak
  • Ahmed
  • Alshaimaa
  • Osama
  • Omar
  • Abdullah
Alma mater Universiti Kaherah
Universiti California Selatan
Profesion Pensyarah
Agama Islam Sunni
* Jawatan kosong antara 11 Februari 2011 dan 30 Jun 2012.[4][5]

Muhammad Mursi Isa al-Ayyat (Templat:Lang-arz, IPA: [mæˈħæmmæd ˈmoɾsi ˈʕiːsæ l.ʕɑjˈjɑːtˤ], lahir pada 20 Ogos 1951) ialah ahli politik Mesir dan Presiden Mesir yang kelima dan terkini, serta Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Mesir.[6]

Dari tahun 2000 sehingga 2005, beliau ialah Ahli Parlimen Mesir. Beliau Kemudian menjadi Pengerusi Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), sebuah parti politik yang berpaksikan kepada Islam, di mana awalnya sangat berkait rapat dengan gerakan Ikhwanul Muslimin. Gerakan Ikhwanul Muslimin dilihat kembali rancak selepas Revolusi Mesir 2011 sehingga mencapai kemenangan dalam pilihan raya parlimen Mesir 2011–2012.[7] Beliau juga dicalonkan sebagai calon FJP pada pilihan raya presiden Mesir 2012. Morsi sebelum ini telah mendapat pendidikan Islam secara tulen di selatan California, Amerika Syarikat.

Pada 24 Jun 2012, Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir telah mengumumkan bahawa Morsi berjaya memenangi kerusi Presiden Mesir dengan mengalahkan Ahmed Shafiq, perdana menteri terakhir di bawah pemimpin Mesir yang disingkirkan Hosni Mubarak. Suruhanjaya berkata Morsi mendapat 51.7 peratus undi menang berbanding lawannya hanya 48.3 peratus undi sokong untuk Shafiq.[8] Seperti dijanjikan dalam kempennya, beliau meletakkan jawatan sebagai ketua FJP selepas menjadi Presiden.[9] Morsi merupakan pemimpin pertama di Mesir yang memenangi pilihan raya secara demokratik dalam sejarah Mesir, selain orang awam pertama memegang jawatan tersebut.

Kepresidenan [sunting]

Pada awal Julai 2012, Morsi bertindak mengembalikan parlimen yang dibubarkan tentera sebulan lebih awal. Mengikut agensi berita Mesir, Morsi mengarahkan ahli parlimen yang dilantik pada 2011, majoritinya anggota FJP dan kumpulan Islam lain, supaya kembali bersidang.[10]

Pada 12 Ogos 2012, Morsi meminta Mohamed Hussein Tantawi, menteri pertahanan dan ketua angkatan tentera negara itu, dan Sami Anan, ketua turus tentera darat, untuk meletakkan jawatan.[11] Beliau juga menumumkan pindaan perlembagaan yang diluluskan Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) yang mengehadkan kuasa presiden dibatalkan.[12] Jurucakap Morsi, Yasser Ali, mengumumkan yang kedua-dua Tantawi dan Anan akan kekal sebagai penasihat kepada presiden. Morsi menamakan Abdul Fattah el-Sisi, ketika ini ketua perisikan tentera, sebagai menteri pertahanan baharu Mesir.[13]

Rujukan [sunting]

  1. Conal Urquhart and agencies (30 Jun 2012). "Mohamed Morsi sworn in as Egyptian president". The Guardian. http://www.guardian.co.uk/world/2012/jun/30/mohamed-morsi-sworn-in-egyptian-president?newsfeed=true. Capaian 1 Julai 2012. 
  2. Hamza Hendawi. "Egypt votes for president to succeed Mubarak", Google, 16 Jun 2012. Dicapai pada 1 Julai 2012. 
  3. "Morsi: Egypt's international commitments unchanged", Voice of Russia, 24 Jun 2012. Dicapai pada 12 Ogos 2012. Diarkibkan drpd. yang asli di 12 Ogos 2012. 
  4. Abigail Hauslohner. "Ruling Egypt After Mubarak: Presidential Contenders Emerge", Time, 12 Februari 2011. Dicapai pada 1 Julai 2012. 
  5. Agensi Perisikan Pusat (2011). "World Factbook 2011". CIA. https://www.cia.gov/library/publications/download/download-2011/index.html. Capaian 1 Julai 2012. 
  6. "مرشح الاخوان المسلمين محمد مرسي اول رئيس لمصر بعد مبارك" (dalam Bahasa Arab). Agence France-Presse. Google News. 24 Jun 2012. Diarkibkan dari yang asal on 12 Ogos 2012. http://www.webcitation.org/69sJoIhX0. Capaian 12 Ogos 2012. 
  7. "شورى الإخوان" يسمي مرسي رئيسًا لـ"الحرية والعدالة". إخوان اون لاين، 2011-4-30. وصل لهذا المسار في 1 مايو 2011.
  8. "Muslim Brotherhood candidate Morsi wins Egyptian presidential election". Fox News.com. http://www.foxnews.com/world/2012/06/24/egypt-braces-for-announcement-president/. Capaian 24 Jun 2012. 
  9. David D. Kirkpatrick (24 Jun 2012). "Named Egypt's Winner, Islamist Makes History". The New York Times. Diarkibkan dari yang asal on 12 Ogos 2012. http://www.webcitation.org/69sKYLZ5k. Capaian 12 Ogos 2012. 
  10. Steve Hendrix dan Ernesto Londoño. "Egypt's Morsi makes bid to reinstate Islamist parliament", The Washington Post, 8 Julai 2012. Dicapai pada 8 Julai 2012. 
  11. "Egypt leader Mursi orders army chief Tantawi to resign", BBC News, 12 Ogos 2012. Dicapai pada 12 Ogos 2012. 
  12. "Egypt's president asserts authority over army". Al Jazeera. 12 Ogos 2012. Diarkibkan dari yang asal on 12 Ogos 2012. http://www.webcitation.org/69s9IhBwJ. Capaian 12 Ogos 2012. 
  13. Kareem Fahim. "Egyptian Leader Ousts Military Chief", 12 Ogos 2012. Dicapai pada 12 Ogos 2012. 

Bacaan lanjut [sunting]

Jawatan politik
Didahului oleh
Numan Gumaa
Anggota Dewan Rakyat Mesir
2000–2005
Diikuti oleh:
Mahmoud Abaza
Pegawai parti politik
Gelaran Baru Ketua Parti Kebebasan dan Keadilan
2011–2012
Kosong
Jawatan politik
Didahului oleh
Hosni Mubarak
Presiden Mesir
2012–kini
Pemegang jawatan kini
Jawatan diplomatik
Didahului oleh
Mohamed Hussein Tantawi
Setiausaha Agung NAM
2012
Diikuti oleh:
Mahmoud Ahmadinejad
Bakal