Presiden Mesir
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Presiden Republik Arab Mesir merupakan ketua negara Mesir. Di bawah Perlembagaan Mesir, seorang Presiden juga merupakan panglima besar untuk angkatan bersenjata dan ketua eksekutif pemerintahan Mesir.
Presiden pertama Mesir adalah Muhammad Naguib, yang memulakan masa jawatannya pada 18 Jun 1953, iaitu hari Mesir diisytiharkan sebagai sebuah republik.
Presiden Mesir Hosni Mubarak yang saat ini menjawat merupakan presiden keempat. Penggal pertama jawatannya bermula pada 14 Oktober 1981 dan pada 2005 memulakan penggal kelima kepresidenannya.
[sunting] Senarai presiden
| Presiden | Tempoh Jawatan |
|---|---|
| Mejar Jeneral Muhammad Naguib | 1953 - 1954 |
| Kolonel Gamal Abdel Nasser | 1956 - 1970 |
| Fil Marsyal Anwar Sadat | 1970 - 1981 |
| Sufi Abu Taleb (pemangku Presiden) | 6 Oktober 1981 - 14 Oktober 1981 |
| Marsyal Besar Udara Hosni Mubarak | 1981 - Kini |
| Atef Ebeid (pemangku Presiden) | 9 Jun 2004 - 21 Jun 2004 |