Persidangan Rangkaian Pemimpin Wanita

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Persidangan Rangkaian Pemimpin Wanita APEC ke-14 diadakan di Singapura pada 4-6 Ogos 2009. Persidangan ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Singapura,Lee Hsien Loong. Seramai 600 pemimpin wanita dari 21 negara APEC, termasuk Malaysia hadir.

Negara-negara APEC perlu memperkembangkan polisi, kedudukan pekerjaan dan amalan sosial wanita bagi memberi kemudahan kepada generasi muda yang baru. Generasi wanita kini lebih berpendidikan dan bebas.Mereka mahu menggunakan potensi mereka sepenuhnya dalam pelbagai bidang dan juga mahu dilayan sama rata dalam bidang yang dikuasai lelaki. Wanita kini tidak lagi sekadar memegang peranan tradisi sebagai surirumah atau ibu yang menguruskan keperluan keluarga dan anak-anak. Negara hendaklah segera mengubah nilai tradisi, mendidik wanita dan membenarkan wanita memenuhi potensi diri masing-masing.

Sumbangan wanita dalam ekonomi di rantau APEC berjumlah 80 bilion dolar Amerika setahun, dan kadar penyertaan tenaga buruh di APEC adalah 62.5 %.

Wanita Singapura[sunting | sunting sumber]

Wanita Singapura hari ini lewat atau tidak berkahwin, menjadikan kadar kesuburan setakat ini kekal 1.28 jauh dari tahap yang sepatutnya.

Delegasi Malaysia[sunting | sunting sumber]

Delegasi Malaysia ialah Menteri Pembangunan Masyarakat,Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]