Pertempuran Gunung Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran Gunung Selatan
Sebahagian daripada Perang Saudara Amerika Syarikat

Laluan Fox dalam Pertempuran Gunung Selatan, MD. Sunday, 14 Sept 1862
Tarikh14 September 1862
Lokasi
Frederick County, Maryland dan Washington County, Maryland
Keputusan Kemenangan pihak Union United States of America
Pihak yang terlibat
Amerika Syarikat Amerika Syarikat (Union) Negeri-negeri Gabungan Amerika Negeri Konfederasi Amerika (Confederate States of America-CSA Confederacy")
Komandan dan pemimpin
George B. McClellan
Ambrose Burnside
William B. Franklin
Robert E. Lee
Kekuatan
28,000 18,000
Kerugian dan korban
2,325 (443 terbunuh, 1,807 tercedera, 75 hilang) 2,685 (325 terbunuh, 1560 tercedera, 800 hilang)
Templat:Campaignbox Maryland Campaign

Pertempuran Gunung Selatan (dikenali dalam beberapa kisah Selatan Amerika Syarikat sebagai Pertempuran Laluan Boonsboro) tercetus pada 14 September 1862, sebagai sebahagian dari kempen Maryland ketika Perang Saudara Amerika Syarikat. Tiga pertempuran sengit berlangsung bagi penguasaan tiga laluan Gunung Selatan (“South Mountain (Maryland and Pennsylvania)”): Laluan Crampton, Laluan Turner, and Laluan Fox. Major Jeneral George B. McClellan, memimpin Tentera Union Tentera Potomac, perlu melepasi laluan ini untuk mengejar Tentera Virginia Utara Jeneral Robert E. Lee dari Tentera Negeri Konfederate. Sungguhpun jauh lebih kecil, tentera Jeneral Robert E. Lee melewatkan kemaraan McClellan selama sehari sebelum berundur.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Gunung Selatan merupakan nama yang diberikan bagi unjuran Gunung Blue Ridge apabila ia memasuki Maryland. Ia merupakan halangan semula jadi yang memisahkan Lembah Hagerstown dan Lembah Cumberland dari bahagian timur Maryland.

Selepas Jeneral Robert E. Lee menyerang Maryland, satu salinan arahan, yang dikenali sebagai arahan 191, memperincikan pergerakan tentera yang ditulis olehnya jatuh ke tangan McClellan. Dari ini, McClellan mengetahui bahawa Jeneral Robert E. Lee telah memecahkan pasukannya dan Jeneral Union berharap untuk menyerang dan mengalahkan sebahagian dari pasukan terasing ini sebelum mereka sempat bergabung untuk menentangnya. Untuk memintas Jeneral Robert E. Lee, McClellan perlu bergerak menyeberangi Gunung Selatan. Jeneral Robert E. Lee mengetahui kejayaan perisikan McClellan dan dengan pantas menghantar pasukan bantuan bagi mengukuhkan pertahanan di laluan bagi menghalang kemaraan McClellan.

Untuk sementara, McClellan mengatur tenteranya kepada tiga sayap bagi serangan pada laluan gunung itu. Maj. Jen. Ambrose Burnside, Sayap kanan, memerintah Kor I Tentera Union, Maj. Jen. Joseph Hooker) dan Kor IX Tentera Union Maj. Jen. Jesse L. Reno). Sayap Kanan dihantar ke Laluan Turner dan laluan Fox di utara. Sayap Kiri diperintah oleh Maj. Jen. William B. Franklin, terdiri dari Kor VI nya sendiri dan division Maj. Jen. Darius N. Couch dari Kor IV Tentera Union, dihantar ke Laluan Crampton di selatan. Sayap Tengah Kor II Tentera Union dan Kor XII, di bawah Maj. Jen. Edwin V. Sumner, dijadikan pasukan simpanan.

Pertempuran[sunting | sunting sumber]

Laluan Crampton[sunting | sunting sumber]

Pada titik selatan pertempuran, berhampiran Burkittsville, Maryland, pasukan berkuda Konfederate dan sebahagian kecil division Maj. Gen. Lafayette McLaws mempertahankan laluan Brownsville dan laluan Crampton (“'Crampton's Gap”). McLaws tidak menyedari kemaraan 12,000 tentera Kebangsaan dan hanya mempunyai 500 orang di bawah Kol. William A. Parham diletakkan sedikit dibelakang tembok batu sepanjang tiga suku batu di kaki laluan timur laluan Crampton. Franklin menghabiskan masa selama tiga jam menyusun tenteranya. Seorang Konfederate kemudian menulis "singa melakukan persiapan yang amat teliti untuk menerkam tikus kecil yang berani." Franklin meletakkan division Maj. Gen. Henry W. Slocum di kanan dan Maj. Gen. William F. "Baldy" Smith di sebelah kiri. Mereka menawan laluan dan menawan 400 tentera, kebanyakannya mereka yang lambat tiba sebagai pasukan sokongan terlewat dari brigade Brig. Gen. Howell Cobb.[1]

Laluan Turner[sunting | sunting sumber]

Medan pertempuran di utara

Maj. Gen. D.H. Hill Konfederate, meletakkan 5,000 orang sepanjang lebih dari 2 batu, bagi mempertahankan kedua-dua Laluan Turner dan Fox. Burnside menghantar I Kor Hooker ke kanan dan Laluan Turner. The Union Iron Brigade menyerang brigade Kolonel Alfred H. Colquitt sepanjang Laluan Kebangsaan, mengundurkannya kembali ke gunung tetapi ia enggan melepaskan laluan. Hooker meletakkan tiga division bertentangan dua puncak yang terletak satu batu di utara laluan. Brigade di bawah Brig. Jen. Robert E. Rodes Alabama terpaksa berundur disebabkan kedudukannya yang terasing, sungguhpun dengan ketibaan bantuan dari division Brig. Jen. David Rumph Jones dan brigade Brig. Jen. Nathan G. Evans. Kegelapan dan muka bumi yang sukar membantu kemusnahan mutlak barisan Lee. Menjelang waktu malam, pihak Konfederates masih menguasai laluan.[1][2]

Laluan Fox[sunting | sunting sumber]

Tidak jauh ke selatan, satu lagi unsur division Hill (terutamanya Brigade Thomas Drayton [3]) mempertahankan Laluan Fox dari Kor IX pimpinan Reno. Serangan pada 9 a.m. oleh Division Kanawha Brig. Jen. Jacob D. Cox Union menguasai kebanyakan tanah di selatan laluan. Dalam pergerakan, Lt. Kol. Rutherford B. Hayes dari Ohio ke-23 memimpin serangan rusuk dan tercedera parah. Cox menembusi kedudukan Carolinian Utara di belakang tembok batu di puncak laluan, tetapi dia gagal mengambil peluang di atas kejayaannya kerana orang-orangnya keletihan, membolehkan bantuan Konfederate diatur pada bukaan sekitar ladang Daniel Wise. Reno menghantar baki kornya, tetapi ketibaan bantuan pihak Selatan tepat pada masanya di bawah pimpinan Brig. Jen. John Bell Hood Konfederate, menggagalkan usaha mereka menyingkirkan pertahanan pihak selatan. Maj. Jen. Jesse Reno Union dan Konfederate Brig. Jen. Samuel Garland, Jr., terbunuh di Laluan Fox. Tentera Union mencampakkan 60 mayat Konfederate ke dalam telaga buta Farmer Wise, membayarnya US$60 sebagai ganti rugi.[4][5][6]

Selepasnya[sunting | sunting sumber]

Menjelang petang, dengan kehilangan Laluan Crampton dan kedudukannya di Laluan Fox dan Turner berada dalam keadaan genting, Lee memerintah tenteranya yang lebih kecil untuk berundur dari Gunung Selatan. McClellan kini berada dalam kedudukan untuk memusnahkan tentera Lee sebelum mereka sempat bertumpu. Korban pihak Union dari 28,000 orang bertempur adalah 2,325 orang (443 terbunuh, 1,807 tercedera, dan 75 hilang); Konfederate kehilangan 2,685 orang (325 terbunuh, 1560 cedera, dan 800 hilang) dari 18,000 orang.[4] Pertempuran Gunung Selatan merupakan penaik semangat yang penting bagi Tentera Potomac yang selalu kalah. Akhbar New York World menulis bahawa pertempuran "mengundurkan arus kejayaan pemberontak " dan "kekuatan pemberontak telah dipatahkan."[7] Lee menimbang bagi mengakhiri kempen Marylandnya.Tetapi, aktiviti McClellan yang terhad pada 15 September selepas kejayaannya di Gunung Selatan menyebabkan garrison di Harpers Ferry ditawan [8] dan memberikan Lee masa untuk menyatukan divisionnya yang bertabur di Sharpsburg, Maryland bagi Pertempuran Antietam pada 17 September.[9]

Medan pertempuran itu dikekalkan dalam Taman negara Gunung Selatan, Taman Negara Gathland, dan Laluan Senik Kebangsaan Appalachian. Daerah Sejarah Laluan Crampton dan Daerah Sejarah Laluan Turner and Fox disenaraikan pada Daftar Kebangsaan Tempat Sejarah.[10]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Kennedy, p. 117.
  2. ^ Jeneral D. H. Hill's melaporkan operasinya pada waktu itu di masukkan dalam Rekod Rasmi, Series I, Vol. 19, pp. 1019-1022.
  3. ^ lost Confederate Legion: Phillips Legion infantry at Fox's Gap, The | Military Images | Find Articles at BNET
  4. ^ a b Eicher, p. 344.
  5. ^ Mereka kembali ditanam di Pusara Konfederate Washington pada tahun 1877. Lihat Rakan Gunung Selatan
  6. ^ Battles and Leaders of the Civil War Volume 2 .p.573 and 583
  7. ^ McPherson, p. 112.
  8. ^ Sears, McClellan, p. 292; McPherson, p. 112.
  9. ^ Sears, Landscape, p. 149.
  10. ^ Perkhidmatan Taman Negara (15 April 2008). "National Register Information System". Daftar Tempat Bersejarah Kebangsaan (dalam bahasa Inggeris). Perkhidmatan Taman Negara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 39°29′06″N 77°37′18″W / 39.48501°N 77.62161°W / 39.48501; -77.62161