Pertempuran Kumsong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran Kumsong
Sebahagian daripada Perang Korea
Tarikh13–27 Julai 1953
Lokasi
Kumsong, Korea Utara
Keputusan Kemenangan China
Pihak yang terlibat

 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

 Republik Rakyat China
Komandan dan pemimpin
Amerika Syarikat Mark W. Clark
Amerika Syarikat Maxwell D. Taylor
Amerika Syarikat Reuben E. Jenkins
Korea Selatan Chung Il-kwon[1]
Republik Rakyat China Deng Hua
Republik Rakyat China Yang Yong[2]
Unit terlibat

Amerika Syarikat Tentera Ke-8

  • Amerika Syarikat Kor IX
    • Korea Selatan Divisyen Pusat
  • Amerika Syarikat Divisyen Infantri ke-3
  • Amerika Syarikat Divisyen Infantri ke-2
  • Korea Selatan Kor II
    • Korea Selatan Divisyen Infantri ke-3
    • Korea Selatan Divisyen Infantri ke-5
    • Korea Selatan Divisyen Infantri ke-6
    • Korea Selatan Divisyen Infantri ke-7
    • Korea Selatan Divisyen Infantri ke-8
    • Korea Selatan Divisyen Infantri ke-11
  • Colombia Batalion Colombia
[3]

Republik Rakyat China Tentera ke-20

  • Republik Rakyat China Kor ke-54
  • Republik Rakyat China Kor ke-60
  • Republik Rakyat China Kor ke-67
  • Republik Rakyat China Kor ke-68

Republik Rakyat China Tentera ke-9

Kekuatan
187,000 combat troops
numerous combat aircraft
240,000 combat troops[5]
1,360 artillery pieces
Kerugian dan korban
U.S.: 305 killed[6]
South Korean sources: 2,689 killed
7,548 wounded
4,136 missing[7]
Chinese estimation: 78,000[8]
Chinese sources: 32,253[8]
South Korean estimation: 66,000[9]

Pertempuran Sungai Kumsong, juga dikenali sebagai Kempen Jincheng (Cina ringkas: 金城战役pinyin: Jīn Chéng Zhàn Yì), merupakan salah satu pertempuran terakhir semasa Perang Korea, dan juga pertempuran besar-besaran serta terakhir perang. Pada bulan Julai 1953, selepas Republik Korea (ROK) enggan untuk mengambil bahagian dalam rundingan damai antara Komunis dan tentera PBB, tentera China melancarkan serangan ke atas Bonjolan Sungai Kumsong di selatan bandar Kumsong, mendapat kemenangan terhadap pasukan Pemerintah Pasukan Bangsa-bangsa Bersatu (bahasa Inggeris: United Nations Command-UNC).

Permulaan[sunting | sunting sumber]

Semasa perundingan gencatan senjata untuk menamatkan Perang Korea, tentera PBB dan Komunis tidak dapat bersetuju mengenai isu penghantaran balik banduan. Presiden ROK Syngman Rhee, yang enggan menandatangani gencatan senjata itu, telah membebaskan 27,000 tahanan Tentera Korea Utara. Tindakan ini menyebabkan kemarahan di kalangan pemerintah China dan Korea Utara dan mengancam rundingan yang berjalan. Akibatnya, pihak China telah memilih untuk melancarkan serangan pada Bonjolan Sungai Kumsong, yang diduki oleh Koe ke-II ROK. Ini akan menjadi serangan besar-besaran yang terakhir pihak China pernah lakukan sepanjang perperangan.

Pertempuran[sunting | sunting sumber]

Pertempuran ini adalah satu-satunya pertempuran semasa perang di mana pihak China mempunyai kelebihan yang jelas dalam kekuatan senjata api. Selepas menumpukan kekuatan besar pada sektor Kumsong, pasukan China melancarkan serangan di sepanjang 22 kilometer garis hadapan yang menembusi pertahanan UNC yang terletak di utara Sungai Kumsong. Bertindak balas terhadap perkembangan ini, General Maxwell D. Taylor mengeluarkan perintah pada 14 Julai bagi Divisyen Infantri AS ke-3 dan Kor II ROK untuk berundur ke tebing selatan sungai, tetapi mereka berundur dalam keadaan kucar-kacir selepas terputus hubungan dan kawalan dengan unit masing-masing. Pada hari yang sama, bagaimanapun, bonjolan tersebut telah musnah sama sekali,[10] bersama-sama dengan rejimen elit "White Tiger" daripada Divisyen Utama ROK, dan beribu-ribu tentera Amerika dan Korea Selatan telah dijadikan tawanan. Kemaraan China membenarkan mereka untuk mengawal kawasan seluas 192.6 kilometer persegi. Selepas menembusi 30 batu (19 km) selatan ke tebing sungai itu sendiri, mereka kemudian mengukuhkan kedudukan mereka di tebing selatan sungai, sekali gus mewujudkan jurang pada garisan Tentera ke-8.

Pada 16 Julai, Kor ke-II ROK yang terdiri daripada Divisyen ke-4, 5, 6, 7, 8, dan ke-11, dengan sokongan kuasa udara UNC dan meriam, menyerang balas pasukan China tetapi tidak dapat mengambil kembali kawasan itu disebabkan menghadapi kerugian berat dialami mereka, dan menjelang 20 Julai, serangan balasan mereka telah berkurangan. Walau bagaimanapun, pertempuran di kawasan itu tidak terhenti sehingga 27 Julai pada tahun yang sama apabila Perjanjian Gencatan Senjata Korea telah ditandatangani, sekali gus menamatkan pertempuran dan perang.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Chae, Chung & Yang 2001, halaman 612.
  2. ^ Chinese Military Science Academy 2000, halaman 579.
  3. ^ Chae, Chung & Yang 2001, halaman 591, 641.
  4. ^ Chinese Military Science Academy 2000, halaman 579–581.
  5. ^ ""The Battle for New China"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-23. Dicapai pada 2017-05-26.
  6. ^ https://books.google.com/books?id=Sv5mjrOixbsC&pg=PA180#v=onepage&q&f=false p.180
  7. ^ Chae, Chung & Yang 2001, halaman 679.
  8. ^ a b Xue 1990, halaman 148.
  9. ^ Chae, Chung & Yang 2001, halaman 680.
  10. ^ Hermes 1992, halaman 476.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Chae, Han Kook; Chung, Suk Kyun; Yang, Yong Cho (2001), Yang, Hee Wan; Lim, Won Hyok; Sims, Thomas Lee; Sims, Laura Marie; Kim, Chong Gu; Millett, Allan R. (penyunting), The Korean War, Volume III, Lincoln, NE: University of Nebraska Press, ISBN 978-0-8032-7795-3 |volume= has extra text (bantuan)
  • Chinese Military Science Academy (2000), History of War to Resist America and Aid Korea (抗美援朝战争史) (dalam bahasa Cina), Volume III, Beijing: Chinese Military Science Academy Publishing House, ISBN 7-80137-390-1 |volume= has extra text (bantuan)
  • Hermes, Walter G. (1992), Truce Tent and Fighting Front, Washington, DC: Center of Military History, United States Army, ISBN 0-16-035957-0
  • Xue, Yan (徐焰) (1990), First Confrontation: Reviews and Reflections on the History of War to Resist America and Aid Korea (第一次较量:抗美援朝战争的历史回顾与反思) (dalam bahasa Cina), Beijing: Chinese Radio and Television Publishing House, ISBN 7-5043-0542-1

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Malkasian, Carter (2001). The Korean War 1950–1953. New York, NY: Osprey Publishing. ISBN 1-84176-282-2.
  • Paik, Sun Yup (1992). From Pusan to Panmunjom. Riverside, NJ: Brassey Inc. ISBN 0-02-881002-3.
  • Zhang, Shu Guang (1995). Mao's Military Romanticism: China and the Korean War, 1950–1953. Lawrence, KS: University Press of Kansas. ISBN 0-7006-0723-4.