Pertempuran Selat Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pertempuran Selat Melaka
Sebahagian daripada the Medan Pasifik semasa Perang Dunia II
Haguro1936.jpg
Penjajap Jepun Haguro.
Maklumat am
Tarikh 1516 Mei 1945
Lokasi Selat Melaka
Hasil Kemenangan mutlak British
Pihak yang berperang
 United Kingdom Jepun Empayar Jepun
Komander dan pemimpin
United Kingdom Manley Laurence Power Jepun Shigeru Fukudome
Jepun Shintaro Hashimoto 
Jepun Kaju Sugiura 
Kekuatan
5 kapal pembinasa 1 kapal penjajap berat
1 kapal pembinasa
Kerugian dan kehilangan
1 kapal pembinasa rosak,
2 terbunuh[1]
1 kapal penjajap tenggelam,
1 kapal pembinasa rosak,
927 terbunuh[2]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Pertempuran Selat Melaka, kadang-kala dikenali sebagai Penenggelaman Haguro, dan dalam sumber Jepun dikenali sebagai Pertempuran Pulau Pinang (ペナン沖海戦), merupakan pertempuran laut yang diakibatkan oleh operasi cari dan musnah British pada Mei 1945, dikenali sebagai Operasi Dukedom, yang mengakibatkan penenggelaman penjajap Jepun Haguro. Haguro telah beroperasi sebagai kapal bekalan bagi garison Jepun di Hindia Timur Belanda dan Teluk Bengal semenjak 1 Mei 1945. Pertempuran tersebut merupakan pertempuran meriam terakhir antara dua kapal laut.

Aksi pertempuran[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Mei, Haguro meninggalkan Singapura, diiringi kapal pembinasa Kamikaze, bagi membekalkan garison Port Blair di Kepulauan Andaman dan untuk mengundurkan tentera kembali ke Singapura. Tentera Laut Diraja mengetahui hal ini melalui isyarat tentera laut Jepun yang didekripsi[3][4], dan kemudiannya disahkan oleh pemantauan kapal selam HMS Statesman dan Subtle. Pasukan 61 (Force 61) bagi Armada Timur berlayar pada 10 May dari Trincomalee, Ceylon untuk memintas pasukan Jepun. Pihak Jepun enggan mengambil risiko sebarang pertempuran dan, apabila menerima amaran tinjauan udara, kembali ke Singapura.

Pada 14 Mei, Haguro dan Kamikaze sekali lagi mencuba lalu berlepas dari Singapura. Pada keesokkan harinya, mereka dilihat oleh pesawat dari Force 61. Serangan udara berikutnya hanya menyebabkan kerosakan ringan pada Haguro, dengan kehilangan pesawat yang juruterbangnya ditawan oleh pihak Jepun.

Maklumat disampaikan kepada pihak Jepun bahawa dua skuadron kapal pembinasa British telah dilihat mengarak ke arah mereka. Sekali lagi, mereka menukar arah untuk kembali ke Selat Melaka. Perubahan ini bagaimanapun telah dijangka, dan Flotila Pembinasa ke-26 (HMS Saumarez, Verulam, Venus, Vigilant, dan Virago), di bawah pemerintahan Kapten Manley Power (di atas Saumarez), membuat hubungan radar. Kapal pembinasa British menyusun kedudukan mereka dalam kepongan melengkung berbentuk sabit dan membiarkan kapal Jepun untuk belayar ke dalam perangkap.

Pada 2:10 pagi pada 16 haribulan, sungguhpun dengan pergerakan mengelak oleh pihak Jepun, kapal pembinasa British berjaya bergerak cukup rapat untuk menyerang Haguro dari semua arah. Ketika berbalas bedilan Haguro dan Saumarez terkena tembakan. Terdapat tiga hentaman torpedo pada Haguro dan ia perlahan dan tenggelam sekitar 2:30 pagi akibat hentaman torpedo dari Venus.

Kamikaze turut rosak, tetapi lepas lari, sebelum kembali keesokkan harinya bagi menyelamatkan mangsa. Sekitar 320 terselamat tetapi 900 orang mati, termasuk komander Jepun, Laksamana Madya Hashimoto dan Laksamana Muda (Rear-Admiral) Sugiura.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Buku[sunting | sunting sumber]

  • Lacroix, Eric; Linton Wells (1997). Japanese Cruisers of the Pacific War. Naval Institute Press. ISBN 0-87021-311-3. 
  • Roskill, S. W. (1960). White Ensign, the British Navy At War, 1939-1945. United States Naval Institute. ASIN B000EJI8X8. 
  • Winton, John (1969). The Forgotten Fleet. Michael Joseph Ltd. ISBN 0718106431. 
  • Winton, John (1981). Sink the Haguro. Saunders of Toronto Ltd. ISBN 0854221522. 

Sesawang[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Hough, HMS Vigilant
  2. 900 terbunuh dari Haguro dan 27 dari Kamikaze. Hackett dan Nevitt, Combinedfleet.com.
  3. Jackson, Ashley (2006). The British Empire and the Second World War. London: Hambledon Continuum. pp. p302. ISBN 1-85285-417-0. 
  4. Norman Scott, “Solving Japanese Naval Ciphers 1943 – 45”, Cryptologia, Vol 21(2), April 1997, pp149–157