Pertempuran Sungai Blood

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
ZuluWarriors.jpg

Perwira Zulu
Sejarah ketenteraan Boer
Sejarah ketenteraan kerajaan Zulu
Konflik Pertempuran Sungai Blood
Tarikh 16 Disember 1838
Tempat Sungai Blood, KwaZulu-Natal,
Afrika Selatan
Keputusan Pihak Boer menang dan berjaya meluaskan kawasan penempatan mereka.
Pejuang
Boer
Bendera Voortrekker
Kerajaan Zulu
Bendera Kerajaan Zulu
Kekuatan
Kelebihan Geografik dan Senjata Api Kelebihan Tentera
Korban
Tiada 3000 mati

Pertempuran Sungai Blood (Bahasa Afrikaans: Slag van Bloedrivier) telah tercetus pada 16 Disember 1838 di tebing Sungai Blood (Bloedrivier) di tempat yang kini KwaZulu-Natal, Afrika Selatan. Sekumpulan 470 Voortrekkers, berbangsa Boer yang dipimpin Andries Pretorius, telah membuat benteng laager (lingkaran kereta lembu) sebagai pertahanan menentang kemaraan perwira Zulu atau Impis berjumlah 10 hingga 20 ribu orang, di bawah pemerintahan Raja Dingane yang diketuai oleh Dambuza (Nzobo) dan Ndlela kaSompisi.

Walaupun, bilangan pihak Boer jauh lebih rendah berbanding bala tentera Raja Zulu, mereka berjaya menewaskan tentera tersebut dan peristiwa ini merupakan titik penting dalam penubuhan kerajaan Boer di Afrika Selatan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pertempuran ini adalah rentetan dari pembunuhan Piet Retief, seorang ketua kumpulan Voortrekkers pada 6 Februari 1838. Pada November 1837, Piet Retief dan kumpulan diplomatiknya telah berjumpa dengan Raja Dingane untuk meminta tanah dikawasannya. Raja ini bersetuju dengan syarat kumpulannya memulangkan beberapa ekor kerbau yang telah dicuri. Apabila kerbaunya dipulangkan, Raja Dingane menandatangani perjanjian penyerahan tanah deed of cession of lands (ditulis dalam Bahasa Inggeris) kepada Voortrekkers.

Piet Retief bersama delegasinya kemudiannya telah dijemput ke satu jamuan perpisahan. Sebelum dibenarkan masuk, mereka dilarang membawa sebarang senjata api kerana kononnya ia menghina Raja Dingane. Rupa-rupanya perjanjian Raja Dingane adalah palsu dan kesemua orang Boer bersama ketuanya Piet Retief, telah ditawan dan dibunuh secara kejam. Pada waktu yang sama, tentera Zulu telah mengepung dan membunuh saki baki kumpulan di bawah jagaan Retief - sekitar 500 orang Boer, lelaki, wanita dan kanak-kanak di Weenen (Bahasa Afrikaans, "tangisan," dalam memperingati pembunuhan beramai-ramai di sana). Selepas itu, Dingane menghantar tenteranya untuk menjejak serta membunuh kumpulan Voortrekker lain di bawah pimpinan Andries Pretorius.

Strategi pertempuran[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Disember, pihak Voortrekker mendapat berita tentang kemaraan bala tentera Zulu yang besar. Pretorius telah memilih satu lokasi yang sangat sesuai iaitu disebelah Sungai Blood (ketika itu dipanggil sungai Ncome), dimana kereta lembu mereka disusun menjadi sebuah laager. Laager merupakan satu formasi ketenteraan dimana kereta lembu disusun sama ada secara segiempat atau bulatan. Sebelum pertempuran bermula, pihak Voortrekker yang berpegang teguh dengan agama mereka telah bersumpah kepada Tuhan sekiranya mereka berjaya, mereka akan membina sebuah gereja dan memperingati hari kemenangan itu sebagai suatu hari keagamaan. Sehingga kehari ini, 16 Disember disambut oleh semua rakyat di Afrika Selatan; sebelum 1994 ia dikenali Day of the Vow atau Day of the Covenant (Hari Bersumpah); tetapi kini ia dipanggil Day of Reconciliation atau Hari Pendamaian.

Perwira Zulu atau Impi telah berulang kali menyerang laager Voortrekkers tetapi gagal menembusinya. Oleh kerana bala tentera Zulu yang besar, Pretorius bimbang bekalan pelurunya akan habis. Lalu, beliaupun mengarahkan pasukan berkudanya keluar dari kubu tersebut dan menyerang tentera Zulu secara langsung. Pasukan berkudanya yang pakar dalam memburu telah membunuh beberapa ratus tentera Zulu, setengahnya masih menyeberang sungai Ncome. Akibatnya sungai itu bertukar menjadi merah darah dan sehingga ke hari ini dipanggil Sungai Blood atau Sungai "Darah". Pretorius sendiri telah tercedera akibat lembing assegai (lembing Zulu) yang menikam tangan kirinya. Selepas mengalami kekalahan yang teruk, tentera Zulupun terpaksa berundur. 3,000 daripada tentera mereka telah terkorban, manakala hanya 3 askar Boer sahaja yang tercedera.

Kemenangan bangsa Boer adalah disebabkan kelebihan senjata api mereka iaitu senapang dan tiga buah meriam. Namun semangat juang mereka yang tinggi mungkin disebabkan keinginan membalas dendam atas pembunuhan beramai-ramai Voortrekker di tangan Raja Dingane.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • "Nuwe Geskiedenis van Suid-Afrika", revised edition, oleh Cameron & Spies. Human & Rousseau, 1991.