Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa
International Organization for Standardization
Organisation internationale de normalisation
Международная организация по стандартизации [1]

Logo bahasa Inggeris bagi ISO
Logo bahasa Inggeris bagi ISO

Senarai anggota
Senarai anggota

Penubuhan 23 Februari 1947
Jenis NGO
Tujuan Pemiawaian antarabangsa
Ibu pejabat Geneva, Switzerland
Keahlian 163 anggota[2]
Bahasa rasmi Bahasa Inggeris, Perancis, dan Rusia[3]
Laman sesawang www.iso.org

Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) (bahasa Inggeris: International Organization for Standardization) merupakan gabungan antarabangsa badan pemiawaian negara-negara di dunia. Pertubuhan ini mengeluarkan standard (piawai) industri dan komersial.

Nama dan singkatan[sunting | sunting sumber]

Tiga bahasa rasmi ISO ialah bahasa Inggeris, bahasa Perancis, dan bahasa Rusia.[3] Logo pertubuhan ini dalam dua bahasa rasminya, iaitu bahasa Inggeris dan Perancis, termasuk perkataan ISO. Pertubuhan ini biasanya dirujukkan mengikut nama pendeknya.

Logo serta nama ISO adalah cap dagang berdaftar, dan kegunaannya adalah terbatas.[4]

Kewangan[sunting | sunting sumber]

ISO dibiayai oleh gabungan:[5][6]

  • Pertubuhan yang mengurus projek tertentu atau pakar pinjaman untuk turut serta dalam karya teknikal tertentu.
  • Langganan daripada badan-badan ahli ("badan kerajaan kebanyakannya wakil pemiawaian di negaranya").[7] Langganan-langganan ini adalah sebahagian daripada keluaran negara kasar dan jumlah dagangan negara masing-masing.
  • Jualan piawaian.

Hak cipta dokumen ISO[sunting | sunting sumber]

Dokumen-dokumen ISO adalah berhakcipta dan kebanyakannya dikenakan bayaran untuk salinannya oleh ISO. Namun, ISO tidak mengenakan bayaran untuk kebanyakan salinan draf bagi dokumen dalam format elektronik. Walaupun berguna, draf-draf ini perlu digunakan dengan cermat kerana berkemungkinan ada perubahan penting sebelum ia dijadikan piawai. Sesetengah piawai oleh ISO dan wakil A.S rasminya (dan Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa melalui Jawatankuasa Kebangsaan A.S) tersedia secara percuma.[8][9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]