Pertukaran Besar Amerika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Contoh spesies yang berpindah-pindah di kedua-dua benua Amerika. Bayangan berwarna hijau zaitun melambangkan spesies Amerika Utara yang berketurunan Amerika Selatan; bayangan biru pula untuk spesies Amerika Selatan yang berketurunan Amerika Utara.

Pertukaran Besar Amerika ialah satu peristiwa paleozoogeografi yang amat penting, ketika fauna daratan dan air tawar berpindah dari Amerika Utara melalui Amerika Tengah ke Amerika Selatan dan sebaliknya, apabila Segenting Panama yang bergunung berapi timbul dari dasar laut lalu menghubungkan kedua-dua benua yang terpisah itu. Peristiwa perpindahan ini berpuncak sekitar tiga juta tahun dahulu (sewaktu Piacenzian, atau separuh pertama Pliosen Akhiran).

Pertukaran Besar Amerika menyebabkan bergabungnya Neotropik (Amerika Selatan secara kasarnya) dan Neartik (Amerika Utara secara kasar) buat selamanya untuk membentuk rantau Amerika. Pertukaran ini kelihatan daripada pemerhatian stratigrafi dan alam semula jadi (neontologi). Kesan paling besarnya terlihat pada zoogeografi mamalia, tetapi ia juga membuka peluang untuk bermigrasi bagi spesies-spesies burung (yang lemah atau tidak boleh terbang), reptilia, amfibia, artropod dan ikan air tawar.

Kejadian pertukaran ini mula-mula dibincangkan pada tahun 1876 oleh "bapa biogeografi", Alfred Russel Wallace.[1][note 1] (Wallace telah menghabiskan tahun 1848-1852 dengan berjelajah dan mengumpul spesimen di Lembangan Amazon.) Tokoh-tokoh lain yang tidak kurang sumbangan mereka kepada pemahaman persitiwa itu pada abad ke-20 termasuk Florentino Ameghino, W. D. Matthew, W. B. Scott, Bryan Patterson, George Gaylord Simpson dan S. David Webb.[2]

Pertukaran sedemikian pernah berlaku lebih awal pada zaman Senozoik, apabila daratan India[3] dan Afrika[4] masing-masing bergabung dengan Eurasia sekitar 50 dan 30 juta tahun lalu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. Keseluruhan jilid 1 dan jilid 2 buku The Geographical Distribution of Animals oleh Wallace boleh dibaca dalam Internet melalui Google Books.

Petikan[sunting | sunting sumber]