Perumian bahasa Arab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Abjad Arab
هـ
Sejarah · Transliterasi
Harakat · hamzah ء
Angka · Perangkaan

Perumian bahasa Arab dapat dilakukan dengan beberapa pendekatan dan kaedah. Kaedah-kaedah ini berbeza dalam cara masalah pemaparan penulisan bahasa Arab yang berbagai dengan menggunakan abjad Rumi atau skrip Latin. Contoh-contoh masalah termasuk simbol-simbol buat fonem Arab yang tidak wujud dalam bahasa-bahasa lain; cara untuk mewakilkan artikel pasti bahasa Arab yang sentiasa dieja dengan cara yang sama, akan tetapi disebut dengan cara yang berbeza bergantung pada konteks; dan pewakilan vokal pendek (lazimnya i u atau e o, yang menimbulkan variasi (dalam bahasa Inggeris, misalnya) seperti Muslim/Moslem atau Mohammed/Muhammad/Mohamed).

Kaedah[sunting | sunting sumber]

Perumian lazim disebut "transliterasi", akan tetapi dari segi teknikal, ini kurang tepat. Transliterasi ialah pewakilan langsung huruf-huruf asing dengan menggunakan simbol Latin (abjad Rumi), sementara kebanyakan sistem perumian bahasa Arab sebenarnya merupakan sistem-sistem transkripsi fonetik, yang mewakilkan bunyi bahasa tersebut. Sebagai contoh, munāẓarat al-ḥurūf al-ʻarabīyah buat Bahasa Arab: مناظرة الحروف العربية‎ merupakan transkripsi, yang menunjukkan cara sebutan; contoh transliterasi adalah mnaẓrḧ alḥrwf alʻrbyḧ.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]