Petak pertama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Istilah "petak pertama" digunakan di dalam sukan bermotor, di mana seorang pelumba akan bermula dari bahagian hadapan petak di barisan permulaan. Pemandu ini disebut sebagai polesitter. Kedudukan petak biasanya sama ada ditentukan oleh sesi kelayakan yang berasingan di mana pemandu cuba untuk menetapkan pusingan terpantas, atau berdasarkan kedudukan mereka dalam perlumbaan sebelumnya. Sukan bermotor yang berbeza menggunakan format yang berbeza untuk menentukan pemandu yang akan bermula dari petak pertama.