Philosophiae Naturalis Principia Mathematica

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Naskhah Principia kepunyaan Newton, dengan pembetulan bagi edisi kedua.
Muka tajuk

Philosophiæ Naturalis Principia Mathematica (Latin: "prinsip matematik bagi falsafah alam semula jadi", sering disebut Principia atau Principia Mathematica sebagai singkatan) merupakan karya tiga jilid Isaac Newton yang diterbitkan pada 5 Julai 1687. Ia mengandungi pernyataan hukum gerakan Newton dan yang dijadikan asas dalam mekanik klasik, begitu juga hukum kegravitian semesta dan hukum Kepler bagi pergerakan planet (yang buat pertama kalinya diperoleh secara empirikal). Principia dianggap sebagai hasil penulisan kerja saintifik yang paling penting.

Dalam pengiraan teori fiziknya, Newton mengembangkan satu bidang matematik yang dikenali kini sebagai kalkulus. Walau bagaimanapun, bahasa kalkulus banyak ditinggalkan dalam Principia. Malah, Newton banyak menimbulkan buktinya melalui hujah geometri.

Dalam Principialah Newton menyatakan perkataannya yang terkenal, Hypotheses non fingo ("Saya tak mengada-adakan hipotesis").