Hukum kegravitian semesta Newton

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fizik kosmologi
WMAP 2008.png
Alam semesta · Letupan Besar
Umur alam semesta
Garis masa Letupan Besar
Nasib muktamad alam semesta

Teori kegravitian semesta Isaac Newton merupakan hukum fizik yang menerangkan tarikan graviti antara jasad berjisim. Ia sebahagian daripada mekanik klasik dan pertama kali dirumuskan dalam karya Newton, Philosophiae Naturalis Principia Mathematica, yang diterbitkan pada 1687. Dalam bahasa moden, ia menerangkan bahawa:

Setiap jisim titik menarik setiap jisim titik lain dengan daya yang ditujukan sepanjang garis yang bersilang dengan kedua-dua titik. Daya itu berkadaran dengan hasil darab kedua-dua jisim dan berkadar songsang dengan kuasa dua bagi jarak antara kedua-dua jisim:

F = G \frac{m_1 m_2}{r^2},

iaitu:

  • F ialah magnitud daya graviti antara dua jisim titik,
  • G ialah pemalar graviti,
  • m1 ialah jisim bagi jisim titik pertama,
  • m2 ialah jisim bagi jisim titik kedua,
  • r ialah jarak antara dua jisim titik.

Anggapkan unit SI, F diukur dalam newton (N), m1 dan m2 daam kilograms (kg), r dalam meter (m), dan pemalar G adalah lebih kurang 6.67 × 10−11 N m2 kg−2.

Nilai pemalar G ditentukan dengan jitu buat pertama kali dalam keputusan eksperimen Cavendish yang dijalankan oleh saintis British, Henry Cavendish pada 1798 (though Cavendish did not himself calculate a numerical value for G[1]). Eksperimen tersebut juga merupakan ujian pertama bagi teori kegravitian Newton antara jisim dalam makmal. Ia mengambil masa 111 tahun selepas penerbitan Principia Newton dan 71 tahun selepas kematian Newton, maka tiada pengiraan Newton yang beliau menggunakan nilai G; malah Newton hanya mengira daya yang berkaitan dengan daya lain.

Hukum kegravitian Newton berkaitan dengan hukum Coulomb dalam daya elektrik, yang digunakan dalam mengira magnitud daya elektrik antara dua jasad bercas. Kedua-duanya adalah hukum kuasa dua songsang, iaitu daya adalah berkadar songsang dengan kuasa dua bagi jarak antara jasad.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. [http://www.public.iastate.edu/~lhodges/Michell.htm The Michell-Cavendish Experiment, Laurent Hodges