Pigmi Marmoset

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pygmy Marmoset
200px
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Mamalia
Order: Primat
Keluarga: Cebidae
Genus: Callithrix
Subgenus: Cebuella
Spesies: C. pygmaea
Nama binomial
Callithrix (Cebuella) pygmaea
Spix, 1823

Pigmi Marmoset (bahasa Inggeris: Pygmy Marmoset) ialah sejenis monyet yang berasal dari sudur hutan-hutan hujan Brazil Barat, Colombia Tenggara, Ecuador Timur, dan Peru Timur. Nama saintifiknya Callithrix (Cebuella) pygmaea.

Pigmi Marmoset merupakan monyet yang paling kecil, dengan panjang badannya hanya 14 -16 sentimeter (tidak termasuk ekornya yang 15-20 sm panjangnya), serta juga salah satu primat yang terkecil di dunia. Monyet jantan sekitar 140 gram (5 auns) beratnya, manakala berat betina hanya sebanyak 120 g (4.2 oz).

Walaupun namanya, Pigmi Marmoset adalah agak berbeza dengan marmoset-marmoset yang tipikal dalam genus Callithrix. Oleh itu, ia digolongkan dalam subgenus tersendiri yang dahulu diiktiraf sebagai Cebuella. Terdapat dua subspesies Pigmi Marmoset, iaitu:

  • Callithrix (Cebuella) pygmaea pygmaea
  • Callithrix (Cebuella) pygmaea niveiventris.


Huraian biologi[sunting | sunting sumber]

Pigmi Marmoset mempunyai bulu yang kuning keperang-perangan, serta ekor bergelang yang sepanjang badannya. Kukunya disesuaikan khusus untuk memanjat pokok, satu ciri yang unik bagi spesies ini.

Pigmi Marmoset adalah omnivor dan makan buah, daun, serangga dan kekadang juga reptilia yang kecil. Bagaimanapun, kebanyakan dietnya terdiri daripada sap pokok. Sehingga dua pertiga masanya dihabiskan untuk menebuk kulit pokok supaya dapat memperoleh sap yang lekit. Ia mempunyai gigi kacip yang sangat khusus untuk kegiatan ini.

Disebabkan oleh saiznya yang kecil serta pergerakan yang tangkas dan pantas, Pigmi Marmoset tidak mudah dilihat di kawasan-kawasan liar. Dalam kurungan, monyet ini boleh hidup sehingga 11 tahun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]