Pisang serendah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Musa acuminata 'Dwarf Cavendish'
Pokok pisang serendah berumur dua tahun
SpesiesMusa acuminata
Kumpulan kultivarSubkumpulan Cavendish bagi Kumpulan AAA
Kultivar'Dwarf Cavendish'[1]
AsalKepulauan Canary

Pisang serendah ialah kultivar pisang yang ditanam bagi buah dan daunnya. Nama saintifiknya ialah Musa acuminata (Kumpulan AAA) cv. 'Dwarf Cavendish'.

Ia juga dikenali sebagai Musa acuminata Colla (Cavendish Group) cv. 'Dwarf Cavendish', Musa x paradisiaca L. cultigroup Dwarf Cavendish, Musa cavendishii Lambert & Paxton var. nana.[2]

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Pisang serendah biasanya mempunyai daun yang lebar dan tahan (tidak mudah koyak). Oleh itu, pisang serendah sering ditanam bagi mendapatkan daunnya yang mempunyai banyak kegunaan.

Buah pisang serendah boleh dimakan tetapi kurang digemari ramai. Oleh itu, penanaman pisang serendah kebiasaannya adalah untuk daunnya berbanding bagi mendapatkan buahnya. Buah pisang serendah ini biasanya dimakan begitu sahaja.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]