Piuter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pinggan piuter
Pasu piuter

Pewter ialah sejenis aloi logam tertempaan yang lazimnya terdiri daripada 85–99 peratus kandungan timah, dan selebihnya terdiri daripada tembaga, antimoni, bismut dan plumbum. Tembaga dan antimoni bertindak sebagai pengeras, manakala plumbum sering digunakan untuk menghasilkan piuter bergred rendah yang menampakkan sedikit warna kebiruan. Takat lebur piuter agak rendah, iaitu sekitar 170–230 °C, bergantung pada campuran logamnya.[1] Perkataan pewter mungkin berasal daripada perkataan Inggeris spelter, iaitu jolokan untuk zink.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penggunaan terawal piuter adalah pada awal Zaman Gangsa di Timur Dekat. Hasil piuter terawal yang dijumpai hingga kini diperoleh daripada sebuah makam Mesir Purba dari 1450 SM.[3]

Jenis[sunting | sunting sumber]

Juzuk piuter mula dikawal oleh persatuan bandar di Perancis pada abad ke-12. Pada abad ke-15, syarikat Worshipful Company of Pewterers mengawal juzuk piuter di England. Syarikat ini pada mulanya ada dua gred piuter, diikuti gred ketiga pada abad ke-16. Jenis pertama, iaitu fine metal yang terdiri daripada timah dan secukup tembaga yang boleh diserap (sekitar 1%), digunakan untuk penghasilan pinggan mangkuk. Jenis kedua, iaitu trifling metal atau trifle yang terbentuk daripada fine metal dengan kira-kira 4% plumbum, digunakan untuk membuat barang cembung (teko, tekoan kopi, mangkuk gula dsb). Jenis piuter yang terakhir pula, iaitu lay atau ley metal yang terdiri daripada timah dengan 15% plumbum, digunakan untuk barangan yang tidak bersentuhan dengan makanan atau minuman. Ketiga-tiga aloi ini digunakan tanpa banyak perubahan sehingga abad ke-20.[3]

Kini, piuter mesti mengandungi sekurang-kurangnya 90% timah dan dialoikan dengan tembaga, antimoni, atau bismuth, barulah menjadi piuter, sementara plumbum tidak diterima sebagai unsur pengaloian lagi.[3] Piuter lama yang lebih banyak mengandungi plumbum adalah lebih berat, lebih cepat kusam, dan berwarna perak kekelabuan kesan pengoksidaan.

Aloi tuangan Eropah biasanya mengandungi 94% timah, 1% tembaga, dan 5% antimoni. Helaian piuter Eropah mengandungi 92% timah, 2% tembaga, dan 6% antimoni. Piuter Asia yang pengeluarannya tertumpu di Malaysia, Singapura, dan Thailand, mengandungi peratusan kandungan timah yang lebih tinggi, iaitu lazimnya 97.5% timah, 1% tembaga, dan 1.5% antimoni, jadi aloi ini lebih lembut sedikit berbanding piuter Eropah.[3]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Barangan hasil piuter sering ditemui dalam gereja. Piuter digunakan dengan meluas sejak Zaman Pertengahan hinggalah berkembangnya penghasilan kaca pada abad ke-18 dan ke-19. Piuter merupakan bahan pembuatan pinggan mangkuk meja terutama sebelum bangkitnya hasil porselin. Ramai yang menyangka bahawa penggunaan hasil piuter berplumbum ada kena mengena dengan kecurigaan orang ramai terhadap pemakanan tomato di Eropah Utara pada abad ke-16, tetapi tanggapan ini tiada kebenarannya.[4]. Pengeluaran hasil kaca secara besar-besaran telah menyebabkan piuter terpaksa memberi laluan kepada kaca untuk kegunaan seharian. Namun begitu, bahan artifak piuter masih dihasilkan, terutamanya sebagai barang hiasan atau cenderahati. Piuter juga digunakan di Asia Timur, tetapi di Rom Purba pula jarang sekali ditemui.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]