Polistirena

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dulang polistirena dengan kecambah tomato

Polistirena (IUPAC Polyphenylethene) merupakan suatu polimer aromatik yang diperbuat daripada monomer stirena aromatik, sejenis hidrokarbon cecair yang dikilang secara komersil daripada petroleum oleh industri kimia. Polistirena merupakan bahan termoplastik, biasanya wujud dalam keadaan pepejal pada suhu bilik, tetapi cair jika dipanaskan (untuk pengacuan atau penyemperitan), dan akan kembali pejal apabila disejukkan.

Pencemaran[sunting | sunting sumber]

Persatuan Pekilang Plastik Malaysia menyatakan sebanyak 1.8 juta tan metrik plastik pelbagai jenis telah digunakan di Malaysia pada tahun 2008 . Sementara 108,000 tan metrik polistirena digunakan pada 2007 dan menurun kepada 106 000 tan pada tahun 2008. Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Tan Sri Dr Salleh Mohd Noor berharap penggunaan polistirena sebagai bekas makanan dapat dikawal. Kita boleh gantikan dengan plastik seperti tupperware.

Ketua Pegawai Operasi Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) S. Peiarapakaran menyatakan terdapat Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985. Namun peraturan ini tidak menghalang peniaga dan orang ramai.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.