Pokok Kekabu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Kekabu
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malvales
Famili: Malvaceae
Genus: Ceiba
Spesies: C. pentandra
Binomial: Ceiba pentandra
[[{{{Ksubspesies}}}]]

Ceiba pentandra (L.) Gaerth Var. pentandra.
Ceiba pentandra var. indica (DC.) Bakh,
Eriodendron anfractuosum DC. Var. indicum DC,
E. pentandrum (L.) Kurtz var. indicum (DC.) Backer,
E. orientale Kurtz,
Bombax pentandrum L.
B. orientale spreng.

Pokok Kekabu merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Mexico, Amerika Tengah, Caribbean, utara Amerika Selatan, dan (sebagai C. pentandra jenis guineensis) barat Afrika serta Asia Tenggara. Nama botaninya Ceiba pentandra.

Pokok kekabu.

Pokok Kekabu tergolong dalam famili Bombacaceae. Ia memiliki daun yang jarang dan dahan mendatar bertingkat pada sudut mendatar. Pokok Kekabu malar hijau ini memiliki batang kelabu pucat berduri banyak ditanam dikalangan penduduk kampung Melayu (Allen 1971).[1]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Pokok kekabu merupakan sejenis pokok yang amat dihargai pada suatu masa dahulu. Ini kerana buahnya berbentuk kekapas, merupakan satu gentian pelbagai guna yang penting pada suatu masa.

Antara lain, sehingga kini, kekabu masih digunakan sebagai isian bantal dan tilam cara tradisional. Bantal atau tilam yang disi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun, tetapi ia perlu dijauhkan dari air, dan dijemur dan dipukul dengan pemukul rotan bagi menyingkir debu kekabu yang telah hancur.

Tetapi generasi masa kini lebih selesa menggunakan bantal atau tilam kapas kerana mudah dibeli. Pada masa kini, kekabu tidak digunakan dalam industri kerana masaalah kekurangan bekalan Kekabu yang banyak dan murah dan berpanjangan. Ini kerana pokok Kekabu tidak ditanam di ladang-ladang besar yang mampu menjamin bekalan yang berterusan.

Pokok kekabu.


Buah Kekabu[sunting | sunting sumber]

Buah kekabu

Buah Kekabu memiliki kelongsong bujur yang menyerupai buah koko. Kelongsong berkayu itu tumbuh segugus seperti timun kecil (Corner 1988). Pada mulanya ia bewarna hijau dan kemudian bertukar perang dan kehitaman apabila matang. Apabila mencapai tempoh buah kekabu akan pecah kepada lima bahagian dari hujung ke pangkal dan membebaskan biji benihnya yang diselitupi dengan kekabu (Lotschert & Beese 1991).

Gentian lembut bersutra, putih kekuningan merupakan unjuran dari dinding dalam kelonsong berkayu yang turut menyelitupi biji benih dalamnya. Ini berbeza sama sekali dari pokok kapas di mana gentian itu terbentuk daripada penutup luar biji benih (Simpson & Ogorzaly 1988).

Gentian kekabu sepanjang antara 10-35mm, ianya terlalu halus dan licin untuk diputar menjadi benang. Ia juga gebu, kerana diselitupi lilin, menjadikannya bahan penebat yang sesuai. Kandungan fiber terdiri daripada 64 % selulos. Kekabu amat anjal dan sesuai untuk dijadikan bahan pengisi seperti kusyen, bantal, tilam, jaket keselamatan, dan tali pinggang keselamatan (Vaughan 1970).

Biji benih Kekabu[sunting | sunting sumber]

Biji benih kekabu adalah antara 25-28 % (wt/wt) bagi setiap buah kekabu. Biji benihnya bewarna perang gelap, dan terdapat 118 yang terbenam dalam gentian kekabu. Biji benih kekabu mengandungi kadar minyak mentah yang agak tinggi sekitar 22-25% daripada jumlah berat keseluruhan dan dilaporkan menyamai minyak biji benih kapas yang boleh dimakan. Dengan itu minyak biji benih kekabu boleh dijadikan minyak masak, sama seperti minyak biji benih kapas tetapi sehingga kini tidak diusahakan.


Bantal yang diisi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun.
Pokok kekabu berbuah
Bunga kekabu

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z