Pokok Rambai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rambai
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tiada peringkat): Angiosperma
(tiada peringkat): Eudikot
(tiada peringkat): Rosids
Order: Malpighiales
Famili: Phyllanthaceae
Genus: Baccaurea
Spesies: B. motleyana
Nama binomial
Baccaurea motleyana
Müll.Arg.

Rambai (Baccaurea motleyana) ialah spesies pokok berbuah yang hidup meliar di bahagian Asia Tenggara dan ditanam untuk buahnya di Thailand dan Semenanjung Malaysia.

Pokok rambai biasanya tumbuh pada ketinggian antara 9 hingga 12 meter dengan dahan pendek dan bahagian atas yang rendang. Pokok rambai memiliki daun malar hijau yang berkilat di bahagian atas dan perang kehijauan berbulu halus di bahagian bawah daun. Setiap daun pokok rambai sepanjang 33 sentimeter dan selebar 15 sentimeter. Spesies pokok rambai merupakan pokok berjantina ("dioecious"), dengan bunga jantan dan betina membesar pada individual yang berlainan. Kedua jenis bunga berbau harum dan memiliki sepal kuning. Stamen raceme pokok rambai mampu membesar sehingga 15 sentimeter dan pistillate inflorescences mampu mencecah 75 sentimeter panjangs.

Buah pokok rambai setiap satunya antara 2 hingga 5 sentimeter panjang dan sekitar dua sentimeter lebar dan tumbuh segugus. Setiap buah memiliki kulit velvet merah jambu, kuning, atau perang yang berkedut apabila matang dan memiliki dua pulp keputihan berisi antara tiga hingga lima bijibenih. Setiap kantung berasa manis hingga berasid. Ia boleh dimakan mentah atau dimasak atau dijadikan jem atau ditapai. Pokok rambai juga digunakan sebagai teduhan dan kayu berkualiti rendah.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Lihat juga Pokok Rambai Hutan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z