Pokok Sepit Udang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Heliconia
Heliconia latispatha
Pengelasan saintifik
Alam: Plantae
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Zingiberales
Famili: Heliconiaceae
Genus: Heliconia
L.
Species

See text.

Pokok Sepit Udang atau nama santifiknya Heliconia merupakan sejenis pokok hiasan yang sering ditanam dihalaman. Bagaimananya pokok yang yang rimbun agak menyemak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Heliconia adalah genus kepada sekitar 100 hingga 200 spesies tumbuhan berbunga asal di Afrika tropika dan kepulauan Lautan Pasifik barat ke Indonesia. Ia adalah genus tunggal famili Heliconiacae, tetapi dahulunya dimasukkan di bawah famili Musaceae. Nama Inggeris genusnya termasuk Sepit Udang - lobster-claw, plantain liar -wild plantain dan burung cenderawasih palsu - false bird-of-paradise, yang terakhir disebabkan rupanya yang menyerupai bunga burung cenderawasih (Strelitzia). Ia mempunyai bunga yang cantik dengan warna yang menarik, tetapi tidak mempunyai bau.

Daunnya sepanjang 15-300 cm, lonjong, tumbuh berlawanan pada batang tidak berkayu yang buiasanya lebih panjang berbanding daunnya, seringkali membentuk rimbunan apabila tua. Bunga yang dihasilkan pada tangkai yang tegak atau melendut, terdiri daripada pelindung berlilin bewarna terang, dengan bunga sebenar mengintai keluar dari celah pelindung. Tempat tumbuh heliconia menyerupai pokok Canna, Strelitzia (Burung Cenderawasih), dan pisang yang berkaitan.

Heliconia merupakan sumber makanan penting kepada kelicap hutan, terutamanya (hermit (hummingbird)) dan sesetengah daripadanya, seperti Rufous-breasted Hermit, turut menjadikannya sebagai tumbuhan bagi bersarang.

Spesies terpilih

Beberapa kultivar telah dipilih bagi tanaman laman, termasuk:

  • H. psittacorum L. f. x H. spathocircinata Aristeg., both species of South America, mainly Brazil.
  • H. x rauliniana Barreiros = H. marginata Pettier (Venezuela) x H. bihai L. f. (Brazil).

Penjagaan[sunting | sunting sumber]

Heliconia ditanam bagi perniagaan menjual bunga dan sebagai pohon hiasan. Bunga H. psittacorum, atau Sepit Udang Nuri (Parrot Heliconia), amat menyerlah, kerana bunganya yang bewarna kuning kehijauan dan tompok hita, menyerupai bulu burung Nuri.

Media[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]