Polimorfisme (biologi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jaguar morf terang (biasa)
Jaguar morf terang (biasa)
Jaguar morf gelap (sekitar 6% populasi Amerika Selatan)
Jaguar morf gelap (sekitar 6% populasi Amerika Selatan)

Templat:Evolutionary biology

Dalam ilmu biologi, Polimorfisme[1] berlaku apabila wujudnya dua atau lebih fenotip yang nyata berbeza dalam populasi yang sama dalam sesuatu spesies — dalam erti kata lain, kewujudan lebih daripada satu bentuk atau morf. Untuk dikelaskan sedemikian, morf-morf itu mestilah menduduki habitat yang sama dan tergolong dalam sebuah populasi panmiksia (yang ada pengawanan rambang).[2]

Polimorfisme adalah satu kebiasaan alam; ia berkaitan dengan kepelbagaian biologi, variasi genetik dan adaptasi; fungsi yang lazimnya adalah untuk mengekalkan kepelbagaian bentuk dalam sesebuah populasi yang hidup dalam persekitaran yang penuh kelainan.[3]:126 Contoh yang paling am ialah dimorfisme seks yang berlaku bagi sebilangan besar hidupan. Contoh-contoh lain termasuk bentuk mimetik kupu-kupu (rujuk kemimikan), serta hemoglobin dan jenis darah manusia.

Polimorfisme berpunca daripada proses-proses evolusi, seperti dengan mana-mana aspek dalam sesuatu spesies. Ia adalah terwaris dan diubah suai oleh pemilihan semula jadi. Dalam polifenisme, bentukan genetik sesuatu individu membolehkan morf yang berbeza-beza, apatah lagi mekanisme peralihan yang menentukan morf mana yang diperlihatkan adalah ditentukan oleh persekitaran. Bagi polimorfisme genetik, bentukan genetik menentukan morfnya. Semut memperlihatkan kedua-dua perihal itu dalam sesebuah populasi yang sama.[4][5]

Polimorfisme yang diterangkan dalam rencana ini melibatkan morf-morf fenotip. Istilah ini juga digunakan dengan takrifan yang agak berbeza dalam bidang biologi molekul untuk menerangkan mutasi titik yang tertentu dalam genotip, seperti SNP (rujuk juga RFLP). Takrifan ini tidak dibincangkan dalam rencana ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. (Klasik: πολύ = banyak, dan μορφή = bentuk)
  2. Ford E.B. 1965. Genetic polymorphism. Faber & Faber, London.
  3. Dobzhansky, Theodosius. 1970. Genetics of the Evolutionary Process. New York: Columbia U. Pr.
  4. Clark, W. C. (1976). "The Environment and the Genotype in Polymorphism". Zoological Journal of the Linnaean Society 58 (3): 255–262. doi:10.1111/j.1096-3642.1976.tb00831.x. 
  5. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Ford_1975 tidak disediakan