Semut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Semut
Julat zaman: 130–0Jtl
Usia Kapur - Kini
Seekor semut daging memakan madu
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Artropoda
Kelas: Serangga
Order: Hymenoptera
Suborder: Apocrita
Superfamili: Vespoidea
Famili: Formicidae
Latreille, 1809
Subfamili

Semut ialah serangga sosial dalam famili Formicidae, dan bersama dengan penyengat dan lebah yang berkaitan, mereka tergolong dalam kumpulan Hymenoptera. Semut berevolusi daripada keturunan seakan penyengat dalam zaman pertengahan Usia Kapur antara 110 dengan 130 juta tahun lalu dan mempelbagai selepas muncul pokok bunga. Kini, terdapat lebih 12,500 spesies diklasifikasikan dengan jumlah anggaran lebih kurang 22,000 spesies.[1][2] Mereka mudah dikenalpasti dengan antena yang menyigung dan struktur seperti nod yang tersendiri yang membentuk suatu pinggang langsing.

Semut membentuk koloni yang bersaiz daripada beberapa puluh individu pemangsa tinggal di rongga alamiah kecil ke koloni besar berorganisasi yang menghuni satu kawasan besar dan terdiri daripada jutaan individu. Koloni-koloni besar ini sebahagian besar ahlinya merupakan semut betina tanpa sayap mandul yang membentuk kasta "pekerja", "askar", atau kumpulan khusus lain. Koloni ini juga mempunyai semut jantan subur yang dipanggil "dron" dan satu atau lebih semut betina sebur yang dipanggil "ratu". Koloni-koloni ini kadangkala digambarkan sebagai satu superorganisma kerana semut-semutnya kelihat seperti berfungsi sebagai satu entiti bersatu, bekerja bersama-sama menyokong koloni.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Hymenoptera name server. Formicidae species count.". Ohio State University. 
  2. La nueva taxonomía de hormigas. Pages 45-48 in Fernández, F. Introducción a las hormigas de la región neotropical.. Instituto Humboldt, Bogotá. 2003.  |coauthors= requires |author= (bantuan)
  3. Oster GF, Wilson EO (1978). Caste and ecology in the social insects. Princeton University Press, Princeton. ms. 21–22. ISBN 0691023611. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]