Politik Hong Kong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong adalah diketuai oleh Ketua Eksekutif yang merupakan Ketua Kerajaan. Pada masa kini Encik Donald Tsang Yam-Kuen bertindak sebagai Pemangku Ketua Eksekutif dan berkuatkuasa pada 12 Mac 2005 selepas peletakan jawatan oleh Encik Tung Chee Hwa. Tsang sebelum ini adalah Ketua Setiausaha sejak dari tahun 2001 dan berkhidmat sebagai Setiausaha Kewangan semasa Pemerintahan British. Pilihan raya bagi memilih Ketua Setiausaha baru akan dibuat oleh 800 orang ahli perwakilan akan dijalankan pada 10 Julai 2005. Tung memulakan perkhidmatan sebagai Ketua Ekesekutif pada 1 Julai 1997 sebaik sahaja British menyerahkan Hong Kong kepada RRC; yang waktu itu beliau dipilih oleh 400 orang ahli perwakilan. Sepanjang tempoh 5 tahun sebagai Ketua Eksekutif yang bermula pada Julai 2002, Tung merupakan satu - satunya calon yang sah dipilih melalui penamaan, suatu keunikan kerana lazimnya Suruhanjaya Pilihan Raya yang akan memilih Ketua Eksekutif.

Pilihan Raya Majlis Perundangan telah dibuat pada 24 Mei 1998, 10 September 2000, 12 September 2004 dan seterusnya akan dibuat pada tahun 2008. Merujuk kepada Perundangan Asas, "Perlembagaan Mini" Hong Kong, tempoh ketiga bagi Majlis Perundangan yang mempunyai 30 orang ahli yang dipilih secara langsung yang dibuat dari Perlembagaan Geografikal, dan 30 ahli yang dipilih adalah bebas, terbuka dan "Widely Contested", berbeza berbanding kebanyakan ahli politiknya merupakan ahli politik prodemokrasi yang menduduki fungsi pilihan raya perlembagaan dan Jawatankuasa Pilihan Raya (sewaktu tahun 1998 and 2000).

Perjalanan perkhidmatan awam cukup bermutu dan bebas, yang dipantau secara tidak langsung dari Beijing. Kebanyakan operasi kerajaan dan pentadbiran terletak di Pulau Hong Kong Pusat yang terletak berhampiran dengan kawasan bersejarah Bandaraya Victoria yang merupakan petempatan awal British.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]