Politik Arab Saudi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Cabang Legislatif[sunting | sunting sumber]

Badan perundangan disini dipanggil Majlis Al-Shura. Sebelum 1993, ahlinya terdiri daripada 60 orang berpengaruh dari pelbagai latarbelakang sosial, politik dan keagamaan di Arab Saudi. Tetapi pada Ogos 1993, mendiang Raja Fahd telah mengstrukturkan semula majlis ini untuk menjadikannya lebih efisyen. Kini majlis ini terdiri daripada 90 orang ahli. Majlis Al-Shura menasihati Raja dan juga Majlis Menteri-Menteri mengenai isu-isu berkaitan program-program serta polisi-polisi kerajaan. Peranan utama majllis ini ialah untuk menilai, menafsir serta memperbaiki undang-undang kerajaan, undang-undang kecil, kontrak dan perjanjian antarabangsa.

Cabang Eksekutif[sunting | sunting sumber]

Ketua eksekutif di Arab Saudi ialah raja dan Perdana Menteri iaitu ABDULLAH bin Abd al-Aziz Al Saud (sejak 1 Ogos 2005). Arab Saudi merupakan salahsatu negara di dunia dimana raja memegang dua peranan utama iaitu sebagai ketua negara dan ketua kerajaan.

Majlis Menteri-Menteri adalah dilantik oleh raja dan kebanyakannya terdiri dari kaum kerabat raja. Namun pada Oktober 2003, Majlis ini telah mengumumkan niat mereka untuk mengadakan pilihan raya bagi setengah daripada ahli wakil kerajaan tempatan dan provinsi dan sepertiga ahli Majlis al-Shura, dalam jangkamasa empat hingga lima tahun.

Cabang Kehakiman[sunting | sunting sumber]

Mahkamah tertinggi di sini adalah Majlis Kehakiman Agung yang membicarakan perkara-perkara yang dirujuk oleh Raja. Ia juga merupakan makhamah rayuan tertinggi dan menimbang rayuan dan juga menyemak semula kes-kes yang melibatkan hukuman mati atau mutilasi yang dijatuhkan oleh mahkamah-mahkamah rendah.

Mahkamah diperingkat kedua terdiri dari dua mahkamah yang mendengar rayuan dan yang tertinggi ialah Mahkamah Rayuan yang terdiri dari lima atau lebih hakim. Mahkamah ini boleh mendengar semua rayuan kecuali kes-kes dari badan pentadbiran dan tribunal atau konflik antara mahkamah syariah rendah dengan tribunal yang lain.

Selepas itu ialah Mahkamah Terhad yang mendengar kes-kes kecil melibatkan perkara sivil atau jenayah. Manakala mahkamah terendah ialah Mahkamah Am yang mendengar kes persendirian, sivil, keluarga dan jenayah.

Kerajaan Daerah[sunting | sunting sumber]

Terdapat 13 daerah atau mintaqah di sini dan setiap kawasan adalah diketuai oleh seorang gabenor yang dipanggil Amir yang dilantik oleh raja. Amir ini pula adalah dibantu oleh seorang naib gabenor dan juga majlis daerah. Majlis ini terdiri daripada ketua-ketua jabatan kerajaan diperingkat daerah. Disamping itu, majlis ini turut dibantu oleh suatu majlis 10 ahli orang-orang ternama di masyarakat masing-masing yang dilantik setiap empat tahun.

Kerajaan Tempatan[sunting | sunting sumber]

Terdapat 178 Majlis Munisipal disini dan setiap majlis mempunyai ahli antara empat hingga empat belas orang bergantung kepada saiznya. Bandar raya yang utama seperti Riyadh, Dammam, Jeddah, Mekah dan Madinah mempunyai 14 orang ahli dalam kerajaan tempatannya. Kerajaan tempatan di Taif, Al-Ahsa, Buraidah, Abha, Hail, Tabuk, Jizan, Baha, Najran, Al-Jouf dan Wilayah Sempadan Utara mempunyai 12 orang ahli dan majlis di Khamis Mushait, Unaizah, Alkharj, Hafr Al-Baten dan Yanbu ada 10 orang ahli.

Pada 2005, separuh daripada Majlis ini dipilih melalui cara demokratik iaitu secara pilihan raya. Manakala yang selebihnya lagi dilantik oleh kerajaan.