Politik Afghanistan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Politik Afghanistan kini merupakan sebuah kerajaan sementara telah ditubuhkan. Ia diketuai oleh presiden Hamid Karzai, kebanyakkannya dianggotai ahli-ahli Perikatan Utara, serta campuran ahli-ahli daripada kumpulan-kumpulan etnik dan serantau yang dibentuk daripada kerajaan terdahulu oleh Loya jirga (majlis tertinggi). Bekas raja, Mohammed Zahir Shah kembali ke negaranya, tetapi tidak ditabalkan sebagai raja dan hanya memegang kuasa istiadat terhad.

Sebuah Jawatankuasa Perlembagaan Afghanistan telah ditubuhkan dibawah Perjanjian Bonn untuk berunding the orang ramai dan mencipta sebuah draf perlembagaan. Sebuah draf telah ditetapkan untuk dihasilkan pada 1 September, 2003 tetapi jawatankuasa tersebut telah memohon penangguhan agar dapat melaksanakan rundingan tambahan. Satu mesyuarat Loya jirga (majlis tertinggi) berperlembagaan telah diadakan pada bulan Disember 2003 apabila sebuah perlembagaan baru telah diterima, seterusnya membentuk sebuah kerajaan berpresiden.

Tentera dan agensi perisikan dari Amerika Syarikat dan beberapa negara lain hadir di Afghanistan, memikul tanggungjawab memelihara keamanan dan memburu sisa-sisa pejuang Taliban dan Al-Qaeda. Tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa beroperasi di Kabul sejak Disember 2001. NATO mengambil alih pasukan tersebut pada 11 Ogos, 2003. Panglima perang menguasai kebanyakan daripada negara tersebut.

Pada 27 Mac, 2003, Abdul Rashid Dostum, Naib Menteri Pertahanan Afghanistan dan seorang panglima perang yang berkuasa telah menubuhkan sebuah pejabat untuk Zon Utara Afghanistan dan melantik pegawai-pegawai untuk pejabat tersebut. Ini adalah bertentangan dengan perintah presiden sementara, Hamid Karzai yang melarang penubuhan zon-zon di Afghanistan.

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]