Portal:Belanda/Pengenalan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Belanda (bahasa Belanda: Nederland; IPA: ["ne:dərland]) adalah sebahagian dari Kemaharajaan Belanda Eropah (bahasa Belanda: Koninkrijk der Nederlanden). Belanda adalah sebuah negara demokrasi berparlimen di bawah sebuah kerajaan raja berperlembagaan, terletak di barat laut Eropah. Ia bersempadan dengan Laut Utara di utara dan barat, Belgium di selatan, dan Jerman di timur.

Di banyak negara, Belanda sering dirujukkan dengan nama Holland, terutamanya dalam kegunaan Bahasa Melayu dan Inggeris. Walaupun tersebar, kegunaan ini tidak betul dalam Bahasa Inggeris, oleh kerana Holland adalah sebuah daerah di bahagian tengah-barat Belanda, terdiri dari dua provinsi. Juga, bentuk jamak kata bahasa Inggeris the Netherlands adalah saki-baki dari waktu bila negara ini belum lagi merdeka atau bersatu. Rujukkan pada 'konvensi namaan', di bawah.

Belanda adalah salah satu negara yang paling penduduk berpadat dan secara geografis rendah di dunia (nama negara ini secara harfiah bermakna "Tanah rendah") dan masyhur dengan, di antara yang lain, daik, kincir angin, kasut kayu, bunga tulip, basikal dan toleransi masyarakat. Polisi-polisi liberalnya (terhadap dadah dan pelacuran di antara yang lain) menerima perhatian antarabangsa. Negara ini tuan rumah Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Ibu negaranya adalah Amsterdam, yang dinyatakan oleh perlembagaan, tetapi Den Hague adalah tempat duduk kerajaan, rumahnya raja. Kebanyakan kedutaan terletak di Den Hague juga. Belanda ditempatkan kelima dengan Indeks Pembangunan Insan UN 2004, di belakang Norway, Sweden, Australia, dan Kanada.

Kata sifat dan kata nama bahasa Melayu untuk "dari atau berkaitan Belanda" adalah "Belanda", yang juga nama bahasa Belanda. "Belanda" juga digunakan sebagai sebuah kata sifat, terutamanya dalam tulisan lebih rasmi dan di Belanda Antilles.