Presiden Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Standard of the President of Singapore.svg
Bendera Presiden Singapura

Presiden Singapura merupakan ketua negara yang dipilih oleh rakyat menerusi undi majoriti sejak Ogos 1993. Sebelum ini, hanya Parlimen sahaja yang bertanggungjawab melantik Presiden.

Presiden yang terpilih akan memegang jawatan selama enam tahun. Beliau mempunyai kuasa untuk menolak belanjawan negara dan tidak menerima perlantikan seseorang dalam jawatan penting negara. Beliau juga diberi kuasa untuk memeriksa kerajaan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang keharmonian agama dan di dalam penyiasatan kes-kes rasuah. Beliau merupakan institusi bebas yang ditubuhkan untuk memeriksa pemerintahan yang kurang baik.

Sebuah Majlis Penasihat Presiden ditubuhkan untuk memberi nasihat dan saranan untuk membantu Presiden melaksanakan tanggungjawabnya. Presiden mesti meminta pandangan majlis untuk melakukan tugasnya, seperti meluluskan perlantikan pegawai awam dalam jawatan penting.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pejabat Presiden dicipta apabila Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965. Ia menggantikan pejabat Yang di-Pertuan Negara yang dicipta apabila Singapura diberi hak untuk memerintah secara sendiri pada tahun 1959. Encik Yusof Ishak, Yang di-Pertuan Negara yang terakhir, sekaligus menjadi Presiden pada 9 Ogos 1965.

Presiden yang terkini adalah S. R. Nathan.

Senarai Presiden Singapura[sunting | sunting sumber]

Presiden Tempoh mula memerintah Tempoh akhir memerintah Hari
1 Tun Yusof bin Ishak
(dari Malaysia)
[1]
Yusof bin Ishak
(12 Ogos 1910 – 23 November 1970)
9 Ogos 1965 23 November 1970
[n 1]
1932 hari
Ketika tempoh ini, Speaker Parlimen, Yeoh Ghim Seng, telah dilantik oleh Parlimen sebagai presiden bertindak sehingga 2 Januari 1971. 40 hari
2 Benjamin Henry Sheares[1]
Benjamin Henry Sheares
(12 Ogos 1907 – 12 Mei 1981)
2 Januari 1971 12 Mei 1981
[n 1]
3783 hari
Ketika tempoh ini, Speaker Yeoh Ghim Seng telah dilantik oleh Parlimen sebagai presiden bertindak sehingga 23 Oktober 1981. 164 hari
3 C.V. (Chengara Veetil) Devan Nair[1]
Devan Nair
(5 Ogos 1923 – 6 Disember 2005)
23 Oktober 1981 28 Mac 1985
[n 2]
1252 hari
Ketika tempoh ini, Ketua Hakim Singapura, Wee Chong Jin telah dilantik oleh Parlimen sebagai presiden bertindak sehingga 29 Mac apabila beliau digantikan oleh Speaker Parlimen Yeoh Ghim Seng hingga 2 September 1985. 158 hari
4 Wee Kim Wee[1]
黄金辉
(4 November 1915 – 2 Mei 2005)
2 September 1985 1 September 1993
[n 3]
2921 hari
5 Ong Teng Cheong[1]
王鼎昌
(22 Januari 1936 – 8 Februari 2002)
1 September 1993 31 Ogos 1999 2190 hari
6 S.R. Nathan (Sellapan Ramanathan)[2]
செல்லப்பன் ராமநாதன்
(lahir pada 3 Julai 1924)
1 September 1999
[n 4]
Penyandang
(tempoh akhir 31 Ogos 2011)
4382 hari
7 Tony Tan Keng Yam
陈庆炎
(lahir pada 7 Februari 1940)
Pemilihan-Presiden
(tempoh bermula pada 1 September 2011)
(tempoh berakhir pada 31 Ogos 2017) 1096 hari
Notes
  1. 1.0 1.1 Died in office of natural causes.
  2. Resigned.
  3. After the Constitution was amended in 1991, the term of President Wee was fixed to end on 1 September 1993.
  4. S.R. Nathan was returned unopposed on Nomination Day in 1999 and 2005.

All the Presidents of Singapore to date have been men. Nonetheless, in a 2008 poll of 1,256 Singaporeans conducted by MyMailMoment.com, a lifestyle research portal run by Singapore Telecommunications, 63% of women respondents and 58% of male respondents said they would vote for a female president. Those aged 50 and older were the most receptive to the idea.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 Former Presidents, Istana Singapore: Office of the President of the Republic of Singapore, 28 April 2006, diarkibkan daripada yang asal pada 1 August 2008, http://web.archive.org/web/20080801172419/http://www.istana.gov.sg/FormerPresidents/index.htm, capaian 24 January 2009 .
  2. President S R Nathan, Istana Singapore: Office of the President of the Republic of Singapore, 4 May 2006, diarkibkan daripada yang asal pada 22 August 2008, http://web.archive.org/web/20080822063958/http://www.istana.gov.sg/PresidentSRNathan/index.htm, capaian 24 January 2009 .
  3. Ansley Ng (6 August 2008), "Madam President? Yes, says 1 in 2" (PDF), Today (reproduced on the National University of Singapore website), diarkibkan daripada yang asal pada 24 January 2009, http://www.webcitation.org/5e3DyQFjb, capaian 24 January 2009 .