Sellapan Ramanathan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
S. R. Nathan
செல்லப்பன் ராமநாதன்
President of Singapore SR Nathan.jpg

Tempoh jawatan
1 September 1999 – 1 September 2011
Perdana Menteri Goh Chok Tong
Lee Hsien Loong
Didahului oleh Ong Teng Cheong
Diganti oleh Tony Tan Keng Yam

Lahir 3 Julai 1924 (90 tahun)
Singapura
Parti politik Bebas
Pasangan Urmila Umi Nandey
Alma mater Universiti Malaya
Profesion Pekerja awam
Religion Hindu

Sellapan Ramanathan[1] (Bahasa Tamilசெல்லப்பன் ராமநாதன், Cellappaṉ Rāmanātaṉ [?]; lahir 3 Julai 1924) merupakan Presiden Republik Singapura yang memegang jawatan pada tahun 1999 hingga 2011. Beliau dipilih sebagai Presiden dalam pilihan raya tanpa bertanding pada tahun 1999 dan 2005. Pada tahun 2009, beliau memintas Benjamin Sheares sebagai Presiden Singapura yang paling lama berkhidmat.

Nathan mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Menengah Anglo-Chinese, Rangoon Road Afternoon School serta Sekolah Victoria. Beliau mula bekerja sebelum tamat pengajaran di sekolah. Selepas Perang Dunia II, sambil bekerja, beliau belajar bersendirian hingga ke peringkat menengah dan berjaya melayakkan diri ke Universiti Malaya (di Singapura). Di situ, beliau berjaya meraih Diploma dalam Bidang Kemasyarakatan (Kepujian).

Nathan memulakan kerjayanya dengan Perkhidmatan Awam Singapura pada tahun 1955 dan telah berkhidmat dengan pelbagai jabatan pemerintah sebelum beliau dilantik sebagai Presiden.

Bagi menghargai sumbangannya kepada negara, pemerintah Singapura telah menganugerahkan beliau Bintang Bakti Masyarakat pada tahun 1964, Pingat Pentadbiran Awam (Perak) pada tahun 1967 dan Pingat Jasa Gemilang pada tahun 1974.

Nathan berumahtangga dengan Puan Urmila (Umi) Nandey dan mempunyai seorang anak perempuan dan lelaki dan tiga orang cucu.

Jawatan politik
Didahului oleh
Ong Teng Cheong
Presiden Singapura
1999–2011
Diikuti oleh:
Tony Tan Keng Yam

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Yap, Sonny; Lim, Richard; Leong, Weng Kam (2009). Men In White - The Untold Story of Singapore's Ruling Political Party, p.145. Singapore Press Holdings Ltd., Singapore,ISBN 9789814266246