Puan Rosmerta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Watak Harry Potter
Madam rosmerta hp.jpg
Julie Christie sebagai Puan Rosmerta in Harry Potter and the Prisoner of Azkaban
Puan Rosmerta
Dilakonkan oleh Julie Christie
Kemunculan pertama Harry Potter and the Prisoner of Azkaban

Puan Rosmerta adalah salah satu watak kecil rekaan J. K. Rowling dalam novelnya iaitu Harry Potter. Puan Rosmerta merupakan pemilik pub Tiga Penyapu. Dia diminati oleh ramai pelajar antaranya Ron Weasley. Dalam Harry Potter and the Prisoner of Azkaban, Puan Rosmerta sangat marah dengan kehadiran Dementor di Hogsmeade kerana kemunculan mereka menakutkan para pelanggan. Selain mengadakan "mesyuarat tak rasmi" dengan Profesor McGonagall, Menteri Fudge, Filius Flitwick dan Hagrid dan menjadi objek intaian Ron, dia tidak lagi memainkan perana penting dalam siri Harry Potter.

Walau bagaimanapun, dalam buku keenam, didedahkan yang Rosmerta menjadi agen Death Eater tanpa disedari. Untuk memenuhi misinya untuk membunuh Albus Dumbledore, Draco Malfoy telah mengenakan Sumpahan Imperius terhadap Rosmerta. Dia menggunakannya untuk memberikan rantai kepada pelajar Hogwarts Katie Bell, yang secara tak sengaja menyentuhnya dan menjadi mangsa sumpahan yang ditujukan kepada Pengetua. Malfoy berkomunikasi dengan Rosmerta melalui galleon tiruan seperti yang digunakan Hermione Granger untuk Tentera Dumbledore dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix. Selepas Harry dan Dumbledore pergi ke gua untuk memperoleh loket yang dipercayai Horcrux Voldemort, mereka muncul Hogsmeade, dan ketika itu Puan Rosmerta memberi amaran tentang Tanda Kuasa Jahat yang muncul di atas sekolah dan memberikan penyapu untuk mereka pulang ke sekolah dengan segera yang membolehkan Draco menyudahkan kerjanya. Rosmerta antara mereka yang memberi penghormatan terakhir ketika pengkebumian Dumbledore.