Pulasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pulasan
Buah pulasan
Buah pulasan
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Hidupan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Sapindales
Keluarga: Sapindaceae
Genus: Nephelium
Spesies: N. mutabile
Nama binomial
Nephelium mutabile

Buah Pulasan atau nama saintifiknya Nephelium mutabile adalah sejenis buah yang menyerupai bentuk dan rasa seperti buah rambutan. Tetapi biji buah pulasan adalah lebih keras, dan isinya agak kering dan kasar berbanding buah rambutan.

Isi kandungan

[sunting] Ciri-ciri botani/morfologi

Buah pulasan diselitupi bulu yang lebih keras berbanding rambutan. Di Filipina ia dikenali sebagai bulala. Buah Pulasan dimakan begitu sahaja, ia sesedap rambutan dan laici, tetapi amat jarang dijumpai di luar Asia Tenggara.

[sunting] Pokok Pulasan

Pokok Pulasan sering ditanam sebagai pokok hiasan. Ia mencapai ketinggian 10-15 m; mempunyai batang yang halus 30-40 cm; dan dahan yang berbulu keperangan semasa muda. Mempunyai daun berselang, pinnate atau pinnate-ganjil, dengan sepanjang 17-45 cm, mempunyai 2 hingga 5 pasang daun kecil bersetentangan atau hampir bersetentangan, bujur atau menirus (oblong-or elliptic-lanceolate), sepanjang 6.25-17.5 cm dan sehingga 5 cm lebar; agak beralun, hijau gelap dan hampir tidak berkilat pada permukaan atas; pucat, agak kebiruan, dengan bulu halus pendek jarang di bahagian bawah. Mempunyai bunga yang agak kecil, tanpa kelopak dengan 4-5 sepal berambut, secara tunggal atau bergugus pada hujung dahan utama atau dahan kecil, dipenuhi bulu halus kuning atau keperangan.


Spesies berkait

[sunting] Sapindaceae

  • Dimocarpus longan Longan
  • Litchi chinensis Laici
  • Meliococcus bijigatus Longan Fiji, Mamoncillo
  • Nephelium lappaceum Rambutan
  • Nephelium xerospermoides Rambutan Gondol
  • Paullinia cupana Guarana

[sunting] Rujukan

  • classic volume by Julia Morton, "Fruits of Warm Climates".


[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain