Puteri Bukan Nama Sebenar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Puteri Bukan Nama Sebenar
GenreDrama
Ditulis olehEenaz Mokhtar
PengarahAzma Aizal Yusoof
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Masih Berdiri" oleh Tengku Adil
Lagu penutup"Masih Berdiri" oleh Tengku Adil
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifMira Mustaffa
Penerbit
Tempoh siaran40–42 minit
Syarikat penerbitan
Filmscape
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal27 Mac 2015 – 19 Jun 2015

Puteri Bukan Nama Sebenar merupakan siri drama televisyen Malaysia 2015 arahan Azma Aizal Yusoof, terbitan Filmscape. Dibintangi oleh Saharul Ridzwan dan Cristina Suzanne, siri ini bersiaran di Slot Zehra TV3 dari 27 Mac 2015 hingga 19 Jun 2015.[1][2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Puteri yang sedang sarat mengandung mahu bertemu dengan keluarga suaminya di Kuala Lumpur. Puteri berkahwin dengan Mikail (Hafeez Mikail) secara rahsia kerana keluarga Mikail sudah ada calon pilihan mereka iaitu Alisha (Faralyna Idris), anak kepada seorang hartawan yang bijak tetapi pendengki.

Mikail yang bertugas sebagai wartawan dan juga jurufoto untuk agensi berita telah dihantar ke Gaza semasa usia kandungan Puteri 7 bulan. Sebelum bertolak ke Gaza, Mikail berpesan kepada Puteri agar mencari keluarganya di Kuala Lumpur jika apa-apa berlaku kepadanya. Suatu hari, Puteri telah menerima berita buruk dari agensi berita yang Mikail telah terkorban dalam satu letupan di Gaza. Jadi, Puteri telah bertolak ke Kuala Lumpur untuk mencari keluarga Mikail.

Malangnya, bas ekspres yang dinaiki oleh Laila (Cristina Suzanne) dan Puteri terlibat dalam kemalangan. Puteri dan kandungannya terkorban. Laila telah membuka beg tangan Puteri untuk mencari maklumat keluarga mertua Puteri tetapi cuma ada alamat rumah. Jadi, Laila telah membawa Adam untuk mencari keluarga mertua Puteri di Kuala Lumpur.

Laila telah dianggap sebagai Puteri selepas ibu Mikail, Puan Zarina (Aida Khalida) melihat cincin dan rantai yang dibawa oleh Laila. Laila cuba berterus-terang tetapi dia tidak sampai hati untuk mengecewakan hati Zarina yang kehilangan 3 orang dalam keluarganya apabila melihat kegembiraan Zarina. Laila membuat keputusan untuk terus jadi ‘Puteri’ dan akan mencari masa yang sesuai untuk menceritakan hal yang sebenar nanti.

Mirza (Syarul Ridzwan), abang kepada Mikail ialah seorang yang kacak tetapi ego. Mirza menganggap ‘Puteri’ sebagai pisau cukur dan tidak menyukai ‘Puteri’. Malahan, Mirza juga mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan ‘Puteri’ yang berasal dari Johor tetapi bercakap dalam loghat Pahang.

Lama-kelamaan, Mirza dan “Puteri’ mula serasi dan menjadi rapat. Sebelum Mirza mengungkap cintanya kepada Puteri, mereka sekeluarga dikejutkan dengan berita bahawa Mikail masih hidup dan akan pulang ke tanah air. ‘Puteri’ menjadi serba salah kerana dia bukan Puteri yang sebenar. Malah, ‘Puteri’ juga telah jatuh cinta dengan Mirza. Apabila rahsia ‘Puteri’ terbongkar, masihkah ada cinta dan kebahagiaan untuk dia?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Syarul Ridzwan dan Cristina Suzanne dalam Puteri Bukan Nama Sebenar Sensasi Selebriti (2 April 2015). Dicapai pada 21 April 2015.
  2. ^ Wajah sama, haluan berbeza Harian Metro (6 April 2015). Dicapai pada 21 April 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]